June 28, 2013

Cheese Cake terbaik!!


Cheese cake ni memang paling akak suka kali ni.. Makin lama makin nyaman di mulut. Manisnya pun sedang2 je. Walau haritu merekah macam gunung merapi, tapi di dalamnya.... mmmmmm  :))
Takde kerja ni... sambil tengok drama sedih "Dia Ayahku" kat TV AlHijrah.


Kuih Qasidah

Satu lagi resipi makanan tradisional.. Hasil penemuan akak di satu gerai kuih di pekan pagi Jitra. Itu pun bukan selalu ada. Bila siasat, memang popular kat Utara belah Kedah dan Perlis especially masa bulan puasa katanya..


Pagi ni dengan penuh semangat ber'projek' di dapur dengan pelbagai menu dan resipi. Maka jadi jugalah kuih qasidah airtangan orang Jawa ni hehehe... Tapi mata akak sedikit kero sebab silap pandang resipi. Mindset tu buat separuh adunan je, padahal penuh. Mujur jadi elok dan manis pun sedang2 walau gula terkurang 1/2 bahagian. Abe kata boleh la jual... :P

Untuk yang tak pernah tau rasanya (macam akak dululah..), dia rasa lemak manis dan bawang goreng tu buat kadang2 rasa macam bubur lambuk atau mee Sedaap goreng kriuk kriuk.. hahaha! Pandai je akak describe. Sebenarnya sukar di terjemah rasanya. Tapi boleh la.. sedap jugak. Tepung tu rasa halus je bila masuk mulut. Untuk orang2 utara, ia mungkin banyak nilai sentimental sebab ni kuih orang lama kot... Macam kalau orang jawa makan bubur somsom tu.. ehehh.

Resipi ni akak dapat dari myresipi oleh Shanie. Dapat 1 loyang kecil..




KUIH QASIDAH

Bahan2:

1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula (saya letak 3 1/2 sudu je, salah baca :P)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu teh air kapur (pun saya silap baca, letak 1/2 je..)

Untuk tabur di atas:
3 sudu besar minyak masak (saya guna minyak jagung)
3-4 ulas bawang merah - mayang halus

Cara2:

1)  Masukkan semua bahan iaitu tepung, air, gula, garam dan air kapur ke dalam periuk, kacau sebati. (Saya tapiskan dulu baru masuk ke dalam periuk).
2)  Masak dengan api sederhana, kacau sentiasa sehingga pekat dan berkilat (tak melekat).
3) Tuang ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian dan sejukkan.
4) Goreng bawang sehingga berwarna kuning keemasan. Kemudian, tuang terus bersama minyaknya ke atas kuih yg disejukkan tadi. Rata2kan bawang dan minyak supaya cantik.
5) Potong bila kuih betul2 sejuk.


June 25, 2013

Bahulu Kemboja


Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Tapi kadang kalau orang tu clumsy, tertuang juga ke tepi pinggan...hehehe!

Hari ini akak nak letak resipi sejenis makanan tradisional seperti gambar di atas, bernama Baulu Kemboja. Kuih ni boleh tahan manis dan tahan lama tanpa perlu disimpan dalam petisejuk. Kalau 2-3 hari tu tak basi kalau buatnya dengan kaedah yang betul sebab kandungan gula yg banyak, berbanding kuih bakar yang selalu dijual dalam bentuk dan rupa yang sama.

Akak dapat resipi dari mak akak yang memang bisnes kuih ni sejak sekian lama di Sg Besar. Tapi sebab tak duduk dengan dia, tak pernahla akak tengok macamana dia buat. Selalu datang rumah, benda tu dah siap kat atas oven atau dalam bekas jualan. Akak setakat dapatkan sukatan je dan alter sikit2. Bila dah siap, baru adikku berikan petua2 macamana mak buat sebab dia yang selalu mengadap mak mengadun kuih ni...  TQ adikku!

Untuk first time ni tak berapa nak elok macam mak buat, tapi OK laa... rasa pun sedap  ;)

**********************
Yang ni versi mini... guna acuan tart


BAHULU KEMBOJA MAK

Bahan2:
(boleh dapat 4-5 acu kemboja)

2 cawan santan
2 cawan gula
1 cawan telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung (mak cakap sedikit tepung beras jee... hehhh)
1 helai daun pandan atau boleh guna paste (saya tambah)
Pewarna hijau
Bijan secukupnya

Cara2:

Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas. Kacau dengan senduk. (tapi akak guna blender sesuka hati :D)
Sapu acu kemboja dengan sedikit minyak atau majerin.
Tuang adunan ke dalam loyang atau acu. Tabur bijan di atasnya.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 40 minit atau ikut mana nak tahap warna kulitnya tu..

TIPS:
Petua mak saya, simpan semalaman adunan dalam petisejuk untuk hasil yang lebih cantik.
Adun guna senduk kayu sahaja..




June 21, 2013

Tempahan Hari Ni - RV Cuppies & Japanese Cheesecake


Hari ni, pagi2 lagi akak dah sibuk baking.. Sampai tak memperdulikan suasana cuti bersama hubby di sisi ehehh.. Sebabnya, petang nak buat delivery ke Alor Star. Tak mau buat awal2, nanti tak berapa nak fresh kek tu..

Tapi, bila buat ala2 last minute ni, macam2 kejadian boleh berlaku. Dengan susu segar tiba2 tak cukup... bila ke kedai mamak, satu2nya yang buka awal pagu, takde jual hat yang elok2 pulak.. Main beli yg HL tu (lama tak minum susu ni).. Bila satu kek dah siap, baru teringin nak rasa susu tu.. Rupanya susu lowfat HL sekarang ni manis ye. Dulu rasanya macam tu..?  Mujur kek tu jadi elok...

Kejadian kedua pulak, Japanese cheesecake meragam yakni merekah. Hari tu buat elok jeee... Tak puas hati, buat yang lain pulak. Pun sama merekah. Huwaaaaa.... Perut pun mulalah nak berdenyut2. Akak memang macam tu. Kalau symptom stress melanda, mulalah macam gastrik. Ni semua pasal nak kejar masa lah.. Dengan nak masak lauk tengahari lagi. Nak urus rumah, suami & anak.. Maklum, nak jadi isteri & ibu perfect... Erkkk ehh??  :P

So, inilah hasilnyaaa.... Baru harini dapat kenal & jumpa si empunya kek.  TQ je lah dik ye!! Sebab sanggup terima kek yang tak sempurna tu, walau akak dah bagi pilihan. Akak ni sempoi je... Kalau airtangan akak kena pada citarasa customer, akak suka dan bersemangat. Tapi kalau tak kena, akak redha je.. Sebab citarasa orang ni tak sama. Kalau customer dapat beritahu, lagi akak suka sebab boleh perbaiki.  :D



TERIMA KASIH MADI! Moga2 menepati citarasa sekeluarga  :)

June 20, 2013

Choc Moist with Cream Cheese & Choc Ganache Frosting

Dah hampir seminggu akak dan anakku Fawwaz buka tutup petisejuk.. berusaha menghabiskan kek harijadinya yang sedap itu. Adalah sikit bahagian lagi tu. Lepas tu pulak, tak boleh makan sekali banyak. Cukup, sehari 1-2 slices yg kecil. Ini adalah cara mak mendisiplinkan mulut dan perut. Maklumlah, kami berdua je yang banyak masa di rumah. Abe pulak tak boleh bagi sangat sebab kena pantang sikit...

Tapi kek ni memang tahan lama dan tahan sedapnya. Bertambah sedap dengan cream cheese dan chocolate ganache tu. Fawwaz pun suka sangat2 dan akan minta setiap kali dia teringat. Mujur tak selalu teringat.. hehehe.

Bila fikir balik, baik akak share dengan orang lain untuk resipi dengan portion yang kecil. Dalam 740g saja beratnya sebelum di bakar.  Bila dah siap dengan deco nya tu, memang simply irresistible gitu!


CHOCOLATE MOIST CAKE
(Credit to my sis Wa)

Bahan A
125g mentega - akak guna Anchor (iklan sikit.. ;))
150g gula kaster
1/2 sudu besar ovallette
3 biji telur A

Bahan B - ayak bersama
125g tepung gandum - saya guna yg biasa tu je
1 sudu kecil serbuk penaik
3/4 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan C - jadikan paste
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan air
30g gula kaster

Cara2:

1)  Panaskan oven dengan suhu 160C
2)  Pukul mentega dan gula sehingga sebati dan gebu. Masukkan telur dan ovallete, pukul hingga kembang.
3)  Masukkan tepung dan paste koko secara selang seli sambil memukul dengan kelajuan minimum.
4)  Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan minyak/butter dan dialas dengan baking paper. Saya gunakan loyang 8".
5)  Bakar selama 40 minit atau hingga masak.
6)  Bila dah masak, sejukkan sebentar baru ditelangkupkan di atas redai.
7)  Adunan ini juga boleh dikukus dengan masa 1 1/2 jam.

**************************

CREAM CHEESE FROSTING

Bahan2:
360g cream cheese
70g mentega
200g gula aising - ayak dulu
1 sudu kecil vanilla extract

Cara2:
1)  Pukul cream cheese dengan mentega sehingga gebu. CC dan mentega dipukul dalam keadaan sejuk, tak perlu biarkan pada suhu bilik.
2)  Masukkan gula aising dan vanilla sedikit demi sedikit. Pukul sampai halus dan gebu
3)  Untuk memudahkan proses deco, simpan sebahagian di dalam petisejuk

Pilih je, nak guna cream cheese jenama apa. Pastikan halal...

******************

CHOCOLATE GANACHE
(Seeloknya siapkan awal atau sehari sebelum kejadian dan simpan dalam petisejuk. Atau sejukkan dalam petisejuk dalam 1/2 hari)

Bahan2:
300g coklat masakan - potong kecil2
200ml UHT whipping cream
1 sudu besar mentega

Cara:
Didihkan whipping cream sebentar dan matikan api.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga coklat larut semua. 
Masukkan mentega dan larutkan.
Simpan dalam petisejuk sehingga menjadi kental.

********************

CARA DECO

1) Bila kek dah sejuk, belah menjadi 2 keping. Nak senang, lilitkan benang di tepi (tengah bhg) kek dan tarik perlahan2 sehingga kek terbelah dua.
2) Masukkan cream cheese yg sejuk ke dalam piping bag. Potong sedikit di hujungnya. Boleh juga guna nozzle bulat
3) Ambil sebahagian chocolate ganache dan masukkan ke dalam piping bag. Sama caranya seperti step (2) - cream cheese.
4) Sebahagian ganache dibiarkan cair atau boleh dipanaskan sedikit untuk di tuang ke atas kek kemudian
5) Bermula dengan cream cheese, paipkan cream melingkari permukaan tepi kek.
6) Paipkan pula ganache dan buat selang-seli seperti dalam gambar.

7) Tutup dengan kepingan kek yang lagi satu secara pantas tapi teliti. Jika tidak, dibimbangi kek terbelah atau tidak tepat kedudukannya. Boleh tahan mencabar.. :D
8) Sapukan lebihan cream cheese di keseluruhan kek. Lagi tebal, lagi sedap!
9) Mengunakan senduk, tuangkan perlahan-lahan chocolate ganache ke atas kek mengikut citarasa anda. Sebaiknya ganache tidak terlalu cair supaya lebih mudah mengendalikan coklat yang akan meleleh. Proses ini agak memerlukan kepakaran dan kesabaran sedikit... hehe!
10) Sejukkan dahulu kek dalam 2-3 jam supaya cantik bila dipotong.

TIPS:
Nak mudahkan proses deko, sejukkan kek terlebih dahulu di dalam petisejuk atau chiller sebelum deco. Jangan buat dalam keadaan tergesa-gesa untuk hasil yang lebih cantik.


Macam renyah kan? Tapi kalau dah mula tu, rasa mudah je... hehehh!


June 19, 2013

Teduhan Kasih


Hehe... jangan maree. Tetiba akak rasa nak tulis pasal drama ni kat blog masak2. Apa kes kan..

Sajalah, akak ni takde gang nak cerita pasal kehidupan. Kiri kanan atas bawah... takde orang. Kosong.. kosong.. kata Najwa Latif. Nak share lah tentang perasaan hati menonton cerita Teduhan Kasih yang tengah hot sekarang ni.. Nilah penangan masa balik kampung hari tu. La ni pukul 7, mesti duk depan TV.

Dah macam syok sendiri le pulak.. Iffa senyum, akak pun senyum... Ehsan senyum, akak senyum.. Makcik Ani orang gaji senyum, nak jugak tumpang semangkuk.. Kak Long meroyan, akak tergelak sensorang. Hahahh.. gila betul kalini. Baru nilah first time pertama kali akak stuck kat depan TV tengok drama pukul 7. Selalu akak tak layan sangat melainkan pagi2 yang kat TV9 dengan drama Korea & Jepun kat TV AlHijrah. Kalau pagi tu buat kerja rutin sambil cari ilmu... lepastu layan drama. Boleh tahanlah juga... Enak sungguh jadi surirumah. Tapi duit tak banyak laa... hahaha!

Apa kes pun, tak sabar nak tunggu cerita ni habis. Lepas tu nak kembali ke dunia asal.. Jenuh, maghrib2 nak ngadap TV. Tak larat nak sengih sorang2.. Akak tengok novel dia pun macam tengah hot sale sekarang. Mujur jugak akak bukan kaki novel. Hat percuma yang Karangkraf bagi hasil penulisan surat akak dulu pun tak terbaca lagi... :P


June 16, 2013

Order Tambahan - Red Velvet

Tetiba Su telefon... tanyakan kalau ada lagi RV untuk kawannya.. Di kala akak mula nak memejam mata di tengahari. Tengahari tadi memang akak kelemahan sedikit sebab baru lepas cabut gigi geraham yang dah sebulan meragam. Lemah sebab tak dapat makan nasi panas2 dengan kari ayam di kala cuaca sejuk..hahaha!!  Terus akak bangun ke dapur dan capai cream cheese.. :)

Inilah yang ada utk hari ni.. 10 biji RV cuppies. Sebab emergency, bekas pun tak berapa sempurna.. ;)


TQ ye kepada yg order! Moga2 menepati citarasa... :)