November 1, 2012

Saja Nak Mengulas..

Akak ni tengah bakor kek chocolate moist untuk sahabatku Dr Madihah a.k.a Maddy.  Tadi dah siapkan Japanese ciskek seketul.. Nanti malam satu lagi ciskek.  Semua untuk dia, 4 biji kek. Alhamdulillah dapat kawan gini kennn..hihihi!  Sambil nak tunggu masak tu, biar pekena nescafe se'mug' dulu. Biar bertenaga!  Ada pulak ciskek hasil dari balance adunan tu.. fanas2.. perghh!!  Walau tak cantik pada pandangan rupa, namun rasanya tetap sedappp... :D

Durian crepe pun ada 4 ketul lagi.. punyalah slow nak abiskan. Setakat saya dan suami nak habiskan 15 ketul (kalau tak silap haritu..) memang kena ambik masa sebulan! Exaggerate namanya la kann.. haha! Takdelah, tak boleh makan banyak2 sekali harung. Muak walau sedap.  Bila dah lama gini, saya dapati adunan yg dari Jom Masak tu pulak yg best sebab masih lembut crepe nya.  Cuma nak melempengnya tu lah yg agak mencabar bagi yg tak pro macam akak ni.  Semalam saya dah beli setepek lagi durian di AEON supermarket (tak pastilah namanya sekarang ni..) untuk membuat DC sekali lagi.  Kali ni hubby minta buatkan untuk anak daranya yg nak balik ke UiTM selepas break.

Ha! 2 biji choc moist ku pun dah masak.. Syukurrr tak merekah. Sedang2 elok je.  Hari tu buat merekah.. Kenapa entah ye, kadang elok kadang tak.  Malam nanti boleh siram dgn ganache.  Permintaan Maddy, nak kek ceklat kampung2 je.. jangan banyak sangat cream nye.. hahaha! Mana sedap kalau tak meleleh2, dah nama choc moist with ganache.  Abislah reputasi kek akak nanti.. :P

Nak masak lauk dulu, pastu sambung lepas maghrib untuk kek seterusnya iaitu Japanes Cheesecake yg ke-2.  Nasib baik tak jadi minta 3, sebab agak haru biru juga nak buat kek jenis tu.  Lauk apa nak buat? Kari ikan kembung sudah lah... hehe!

October 29, 2012

Durian Crepe.. lagi


Perghh... Nampak gaya akak dah kena sampuk Durian Crepe! Hehehh... Sejak makan cebisan terakhir  DC yang akak buat haritu sambil memandu di pagi raya yang hening.  Sebab takut hilang sejuknya, sebelum dan selepas melepasi tol Kesas tu, akak ngap DC tu secara berhemah. Dan ianya habis bila dah sampai RnR Elmina... Akak ni sebenornya slow eater.. Sopan je kannn makan. Berkilometer baru habis makan seketul. Tapi memang akak rasa benda ni sedapnya bila dah berlama2.. Masa mula2 makan dulu, agak biasa2 je perasaan.  Masuk hari ke2 dan 3, baru terasa nikmat.

Petang tadi saya mencoba 2 resipi crepe yang saya search dari internet. Kalau haritu saya guna resipi yg digunakan oleh Azlita yang menggunakan santan, tadi saya guna resipi dari facebook (Jom Masak) dan yang satu lagi tu dari blog Liana Hobby.  Yang pasti kesemua resipi yang saya guna ni berlainan antara satu sama lain.  Saya suka resipi Liana yg menggunakan 4 jenis tepung tu (kurang setepung je kot dari resipi bzee bakery sifu DC yang fofular tu...). Takpelah, untuk yg berkira atau susah nak gi kelas, boleh je guna ni.  Saya ni pun memang susah nak gi kelas, sebab banyak kekangan yang tak perlulah nak digembar-gemburkan.. hehe!  Jangan pula marah2 kalau minta kat orang yg dah pernah attend kelas dan dorang tak bagi resipi.. Dorang bayar mahal beb!! Dan dorang tu kebanyakan buat bisnes.. Buat macam akak ni, searching n searching.. Usaha tangga jaya.. :P

Oklah.. untuk sesiapa yang teringin nak cuba, marilah kita tengok apa yg ada neh.. Saya guna bahasa sendiri je, bukan CnP bulat2.  Senang kalau nak buat lagi nanti..


DURIAN CREPE

RESIPI 1

Bahan2:
50g tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar gula halus
1 biji telur - kacau
40 ml susu cair - saya guna susu full milk
160 ml air
3 sudu kecil mentega - dicairkan
1 sk esen vanilla - lain kali nak kena kurangkan atau tengok vanilla jenama apa.. :)
Pewarna ikut citarasa - saya guna kuning telur

Cara2:
Ayak tepung terlebih dahulu.
Masukkan gula halus, telur, susu dan air.  Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan mentega cair.
Kacau sebati dengan whisk atau boleh juga blender.  Kemudian ditapis.
Panaskan non-stick pan (saya guna jenis yg leper).  Untuk permulaan lenser dengan mentega dan tak perlu untuk crepe yang kedua dan seterusnya sebab dah ada butter dalam adunan.
Kecilkan api dan tuang satu senduk batter (adunan) ke atas pan.  Tak perlu diterbalikkan.  Masak 1 permukaan je.
Adunan ni agak cair dan agak sukar untuk saya membentukkan crepe menjadi bulat elok dengan menggoyang2kan pan.  Jadi, bab ni kenalah ikut kepakaran masing2 ye... hihi!

RESIPI 2
Saya hanya membuat separuh adunan dari resipi di bawah dan membuat sedikit adjustment terhadap adunan tersebut.  Ianya menghasilkan 11 keping crepe. Adunan ni bagi saya sedang2 elok dan mudah dibentuk.

Bahan2:
100g tepung superfine / gandum
50g tepung naik sendiri
15 g tepung ubi
25g tepung jagung
400g susu segar
1 biji telur
2 sudu besar butter cair/minyak
1/2 esen vanilla - saya guna yg serbuk

Cara2:
Campur kesemua bahan tepung.
Masukkan susu dan gaul dengan whisk.
Masukkan telur dan esen vanilla.
Akhir sekali masukkan mentega cair.  Tapis.
Perap selama 1/2 jam.
Cara memasak adalah seperti di atas.

FILLING
Isi durian secukupnya
Fresh cream atau non-dairy whipping cream yang telah dipukul hingga kental dan bertanduk.

- Ikut kreativiti masing2 nak buat presentation lagu mana.. Kali ni saya gaulkan kedua2 durian dan fresh cream, baru bungkus dengan crepe.  Jadinya cream tu pun rasa deroyan.. sedap yong!!!  Rasa eskrim deroyan pun ada..

Esok pagi nampaknya bekfast durian crepe le teman... Alhamdulillah!

********************************
Edited : Antara gambar peristiwa, sewaktu proses mengerip.. :D

 Kekadang bertanduk2.. Sila kemaskan, potong ke apa...

 

October 25, 2012

5 biji Kek Raya..

Sedaps nye lepak2 depan TV nonton Umizoomi.. sambil memangku netbook dan menyuap durian crepe! Hari ni makan baru terasa nipis crepe tu, tak macam yg semalam. Sebenarnya saya buat cuma 5 ketul.  Dua dimakan semalam, satu masa buka tadi dan satu di kala ini.. Jadi, tinggal berapa anak2 murid? Hehe.. satu cikgu reserve untuk esok pagi.  Dalam perjalanan balik kampung.. Tak larat la nak abiskan sekali harung.

Sekarang saya tau, yang digaul2 isi durian tu dengan fresh cream lagi sedap dari yg asing2 atau dilapiskan.. Saya gaulkan dulu baru letak atas crepe dan lipat.  Yg satu lagi punya method, letak cream - isi durian - cream.  Lepas raya nanti nak try resipi yg lain pulak. Ada banyak ni... ;)

Hari ni kepenatan menyiapkan 2 biji kek red velvet untuk dibawa balik kampung esok. Bukan untuk makan sendiri, tapi makcik sedara tempah.. Yang untuk sendiri tak terbuat sebab dah tak larat. Mujor ada satu ekstra Japanese Cheesecake. Ditambah kebingungan dengan satu insiden, dan kehabisan cream cheese membuat saya terpaksa merempit ke kedai bakeri.  Ingat kat MyMydin yang dekat sebelah ni je ada, rupanya takde.  

Semalam dah over budget guna cheese tu.  Mula2 buat sebiji Cotton soft Japanese Cheesecake.. Tak elok sangat kejadiannya dan merekah lalu mengempis.  Dah tu sebab agak lama tak buat, tunggang langgang sikit.  Saya ni mudah lupa kalau tak tengok betul2 resipi tu.. Maklumlah amatur..hehe!  Dah tak puas hati, buat lagi sekali.. pun kejadian yg sama.  Entahlah... konfius akak.  Kejap elok, kejap tak elok. Hari tu buatkan Ayu, elok je.. Lepas tu bab deco kek chocolate moist pun sedikit hancus.  Macam2 kemalangan.. terkuis la, melengkung la.. jenuh nak adjust.  Alhamdulillah, dengan apa cara pun siap juga kek2 tu.. Moga2 dapat membahagiakan empunya kek..

Chocolate Moist untuk Maddy.. Ciskek tu pun Maddy punya... :)


2 biji RV untuk Bde Mah..


Yay! Esok nak balik kampung... Macam biasa, drive ngan sikecik tu je. Harap2 tak mengantuk.  Dah cakap kat makcik nak bawa badan je, sebab dah tak larat nak masak apa2. Semua tenaga dah kena sedut dek kek2 tu.  Ini pun mata kelat je, tapi gigih berjaga.. Nak abiskan sesi ustaz Don ni dulu kot.. Nak sidai baju, clearkan meja, etc etc.. Akhir kalam, EID MUBARAK all!

October 24, 2012

DURIAN CREPE.. ke der?

Hehe.. sebagai seorang rakyat di sebuah gua batu, akak memang tak pernah makan 'durian crepe' nih. Benda 'crepe' pun akak ala2 tak reti dek non.. kalau cikgu sekolah akak dulu cakap 'tak erti' ngeee..

Tapi punyalah popular durian crepe ni.. Sudahlah mahal, nak belajornye pun mahal.. Orang kata 6 biji 10 hengget.  Kalau belajar pulak, agak2 RM180 kot satu resipi. Tapi berbaloi la kot.. Pastinya dapat rahsia menghasilkan produk yg cantik secara hands on.. Tak macam akak punya ni. Walau tuan punya resipi tunjukkan betapa cantiknya hasil dia.. ku lihat bagai langit dengan bumi oh ohhh!!

Takpe, sebab baru first attempt.. Lagipun masa buat ni agak kelam kabut.  Sambil membakar Cotton Soft Japanese Cheesecake.  Dah tu ciskek ku agak mengecewakan petang ni.  Dua kali bikin pun hasilnya sama..

Malam ni tunjuk gambar je lah... Kalau nak resipi yang saya guna ni, boleh klik blog Masam Manis atau tuan punyanya yang sangat kreatif, Azlita.  Memang tak berkedip tengok..  Untuk crepe, saya ikut resipi dia.. Manakala untuk isinya, saya suka hati je.. Sebab readymade fresh cream memang dah ada dalam freezer tu.  Balance masa buat butterscotch nut cake.  Jadi saya campurkan je dengan isi durian.

Boleh lahh.. walau tebal sikit, menghampiri ketayap.. kihkihkih!

Dah lepas simpan dalam petisejuk, boleh ngap... ginilah isinya
 Tunjuk lagi.... ;)
 Konon jenuh nak abiskan.. tapi ambik seketol lagi.  Buat ganti lunch yg tak terambil sebab sibuk baking huhu!

SEKIAN... Lalalaa hati gumbira sebab dapat rehat.  Walau sedikit kesal sebab tak sempat bagi Fawwaz makan nasi, sebab dia tertidur waktu saya sibuk transfer gambar ke laptop :(

October 20, 2012

Tempahan RV Cuppies & Carrot Cake

Semalam (Jumaat) saya selesaikan Red Velvet cuppies untuk Ayu sebanyak 16 biji (min order).  Since Ayu pun tak sebut nak berapa, saya bagi je yg minimum.. Lagipun rakyat dia sikit je hehehh..

 Seninya RV dalam cawan ni... :D 

Petang ni pula ustazah dah pick up Kek Carrot Walnut yg menjadi dambaannya bersama suami yg juga ustaz.  Punyalah rahsia identiti pasangan ni... ;)

TERIMA KASIH SEMUA!  I LOVE U... :D

October 17, 2012

Kek Coklat Jonah

Spesel nama kek ceklat ni.. Saja saya letak nama gitu sebabnya saya dapat resipi ni dari satu forum yg saya pun tak ingat (dah lama simpan..).  Forum tu kata ni resepi Jonah.. saya tak baca pun perbincangan selanjutnya, terus cut n paste ke word.. Jadinya, tak tau nak link ke mana..


Hari ni first time saya cuba resipi ni sebab bahannya agak mudah.  Saya pun buat ala2 emergency je.  Nak buat surprise cake utk BFF saya Tati yg nak ambil kuih pau tempahannya.  Hari ni birthday dia dan kebetulan saya agak relaks pagi tadi sebab cikmat anak saya mogok taknak sekolah.  Jadi, takdelah nak keluar masuk gate.. OK lah kek ni, tapi kurang sikit moist berbanding resipi yang selalu saya guna tu..

KEK COKLAT (CHOCOLATE MOIST CAKE)

Bahan2:

6 oz mentega
14 oz gula kaster
3 biji telur

Bahan2 untuk dibancuh bersama :

1 sudu kecil Nescafe
1 sudu kecil teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh coklat emulco

Bahan2 untuk diayak bersama :

8 oz tepung high protein - saya guna tepung gandum biasa
1 1/4 oz serbuk koko - tukar ke gram 64g
1/2 sk garam
1 sk soda bikarbonat
1 1/2 sk baking powder

7 oz air sejuk dari peti ais

Cara2:

1)  Pukul mentega dan gula hingga kembang
2)  Masukkan telur satu persatu
3)  Masukkan campuran bahan yg dibancuh (nescafe, esen...)
4)  Masukkan tepung (bahan ayak) sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Guna spatula atau whisker saja dalam 1 arah
5)  Tuang air sejuk sambil digaul perlahan2
6)  Bakar dalam loyang 9" dengan suhu 170C selama 50-60 minit - saya guna 2 loyang 8" dan bakar dengan suhu 160C selama 35 minit
7)  Dah sejuk bolehlah tuangkan dengan chocolate ganache

Asalnya nak buat coklat meleleh.. tp sebab struktur kek agak rapuh dan comot tepinya, terus cover dengan almond flakes hehe!

Lepas tu kann... 2 kek ni buat saya pening.  Yang satu, belah bawah elok, yg atas tak cantik.. Dan yg satu lagi atasnya cantik, bawah terkopek masa keluarkan dari loyang.  Terpaksa saya belah dua dan buat pertukaran badan.  Lepas tu letak filling ganache kat tengah2 kek (layer).. huhuuu

Seri Kaya II

 
Saya buat seri kaya ni untuk dijadikan inti pau yang kawan order tu.. Semenjak dua menjak ni susah nak cari yg segera di kedai bakeri. Selalu kalau ada pun kat kedai Makcik kat B.B.Bangi tu.  Memang tak sempat dan malas nak ke situ demi seri kaya. Jadi terpaksalah merajinkan diri buat inti sendiri... Bukan susah, nak tak nak je..

Selalunya saya guna resipi lain.  Kali ni saya search kat MyResipi yg dah lama saya tak kunjungi tu dan jumpa resipi Mat Gebu yang diambil dari Norzalina Nordin.  Resipinya lebih kurang macam di bawah, tapi ini saya guna bahasa sendirilah... Ada juga yg saya ubah sikit2.

SERI KAYA KARAMEL

Bahan2:

3 biji kuning telur - resipi asal 3 biji telur A
1 biji telur
300 ml santan - saya campur 200ml santan kotak dan selebihnya santan biasa yg tak berapa pekat
240 g gula pasir
2 helai daun pandan
1 sudu besar tepung gandum - campur sedikit air untuk melikatkan

Karamel
60 g gula
125 ml air panas

Cara2:

1)  Mula2 buat karamel - cairkan gula dalam periuk. Sampai perang sikit2 je atau asal berwarna.. Terus tuangkan air panas dan kacau sehingga gula larut kesemuanya.  Bila agak sejuk, tapiskan
2)  Satukan telur, santan dan gula dan pukul sampai gula hancur.  Nak masuk dalam blender pun boleh.  Tapiskan.
3)  Masukkan bahan (2) ke dalam periuk dengan api sederhana.  Kacau2 sehingga agak panas.
4)  Tuang karamel pelan2 sambil mengacau.  Masukkan tepung dan teruskan mengacau sehingga kaya menjadi kental dan angkat.  Masa panas kaya agak cair, tapi akan semakin pekat bila sejuk..

p/s: Sebelum ni saya letak sedikit pewarna kuning sebab takut tak cantik.. Rupanya bila tak letak pewarna, lagi cantik dan natural kejadiannya.  Gula tu perangkan sedikit je jgn sampai hangus..