Tapi siang tadi, tiba-tiba teruja tengok Ita Masam Manis punya entry pasal pemanggang ajaib HiG ni. Maka akak pun terus ke dapur selepas tengok cerita Princess Atsu. Buat kek belang yang paling simple. Kejap je siapnya. Bakar tak sampai 15 minit rasanya. Lupa nak tgk masa betul2 sebab set timer 25 minit. Sebab ini first time, tak berapa mahir lagi.. bawah kek agak berkerak hangus. Tapi yg lain, sangat elok dan lembut kek tu.
Akak guna resipi kek belang yang biasa akak guna... Kek kampung yang evergreen dan sedap. Kalau nenek2 dan makcik dulu2 buat kek ni guna sukatan mangkuk putih dan guna pemukul tangan, yang ni guna cawan pulak. Sebenarnya dlm blog ni banyak entri kek belang dengan sukatan tak berapa nak sama. Sekejap secawan tepung, kejap 1 1/4, kadang-kadang 1 1/2 cawan. Dia lebih kurang je kejadiannya sebenarnya. Asalkan tak lari jauh. Cuma sebab macam dah hafal, post akak akan ikut pengalaman semasa. Pesan makcik saya yang mengajar buat kek ni, nak lebihkan baking powder pun boleh sebab guna tepung gandum je. Kek ni lembut dan moist. Tak kering macam sesetengah kek marble yang adik beradik sepusat sepusing dengan kek ni.
KEK BELANG
Bahan2:
1 1/2 cawan tepung gandum (boleh juga kurangkan 1/4 cawan..)
1 sudu kecil baking powder
1 cawan gula kaster (kalau rasa nak kurang manis lagi, boleh buat 3/4 cawan je)
1 cawan majerin
4 biji telur A (atau 1 cawan telur)
Sedikit esen vanilla
Pewarna - warna ikut citarasa
Cara2:
Ayak tepung dan baking powder. Saya selalu ayak 2 kali.
Pukul gula dan majerin sampai gebu atau majerin bertukar ke warna keputihan.
Masukkan telur dan pukul lagi sampai ringan dan gebu. Masukkan sekali esen vanilla.
Tuang tepung sedikit demi sedikit sambil memutar dengan speed min.
Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian dan letak pewarna.
Tuang ke dalam loyang secara berselang-seli.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 40 minit (atau sehingga masak) dengan suhu 160C.
* Kalau guna pemanggang ajaib tu, saya panaskan kejap pemanggang atas api yang sederhana kecil. Lepas tu sapu sedikit majerin di permukaan dan kelilingnya. Rasanya tak perlu lengser kot, sebab benda tu non-stick. Sendukkan adunan secara berselang seli dan ratakan. Tutup dan letak atas api. Bakar selama 15 minit. Yang ni kena study balik, supaya tak hangus di bawah tu.
19 comments:
Kak saya ambik resepik akk ni yer..nnt saya try uploads..nampk sedap pulak
Kak saya mohon kebenaran guna resepi akk ni yer...
Azian.. silakan.. resipi org lama :)
wah nampak cam senang ja kan, bakar kek guna pemanggang ajaib neh.. saya pernah cuba tapi kek jadik bantat.. xtau salah sukatan ataupon apa.. huhuhu...
Saya pulak inilah pertama dan belum ada ulangan buat kek guna pemanggang ni... Tiba2 rasa nak cuba lagi :D
Minta izin jd koleksi ye
Kekadang saya guna juga pemangang ajaib ni.klau nak bakar kek saya lapik gan tempat rak kek besi oven yg jaring2 tu kat bawah pemangang.lepas 20 minit gitu baru saya buka pemangang nampak agak keras tak goyang adunan kek baru kalis.kek jadi sekata di seluruh permukaan nya sama cantik.terima kasih ye kongsi resepi saya nak cuba resepi ni.sukatan cawan tu yg best.klau timbang tak pandai.
Terima kasih resepi tu kak. Memang mudah dah senang. Saya alas ngan rak besi jaring dlm oven tu. kek Nya gebu
T.kasih juga sebab share tips guna rak besi tu... dah lama tak buat ni :)
Salam..
Mintak izin ambil resepi yer..nanti nak cuba ;)
T.kasih
salam...saya nak minta izin share ye:)
Wsalam..
Silakan Azie...
Baru cuba td... tq kek yg gebus...😊
Kak mintak izin guna resepi ni..nk try buat jpgi..tknkiu
akak,kalo bakar guna pemanggang ajaib,bwh dia hangus x?
Kak mintak izin guna resepi ni ye
Nampk mcm sdap blh la terai buat kek tu .. mesti 2 ank pun suka dgn kek nie
Illiniza.. Kek orang lama.. memang sedap kalau menjadi.. dia moist, lembut...
Sedapnya kek akak siti buat ni...Simple ja...Nora mintak halalkan resepi ya kak siti
Post a Comment