Maafle.. kualiti gambar pakai kamera hp biasa tu jee... hehe
DURIAN CREAM PUFF
Choux Pastry (dipetik dari buku resipi usang saya)
Bahan2:
100 g mentega
1 cawan air
1/2 sk gula
125g tepung gandum
Secubit garam
3 biji telur
Cara2:
Masukkan mentega, air dan gula ke dalam periuk. Didihkan
Bila dah mendidih, kecilkan api. Masukkan tepung yang bercampur garam ke dalam periuk tersebut dan kacau sebati hingga tak melekat.
Sejukkan dalam 15 minit.
Masukkan telur sebiji ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati. Ulangi step ini hingga telur habis.
Sediakan dulang yang di alas dengan baking paper atau aluminium foil pun boleh. Panaskan oven 200C.
Masukkan doh ke dalam 2 piping bags. (1) tanpa nozel, dan potong hujungnya dengan saiz sedikit besar. (2) dengan nozel lubang kecil atau nozel bergerigi (macam k.wan).
Paipkan doh dlm piping bag (1) berbentuk bulat. Kemudian doh di piping bag (2) untuk membuat duri di sekeliling pastry.
Bakar dengan kepanasan 200C untuk 15 minit dan 170C untuk 15 minit berikutnya.
Angkat dan sejukkan sebelum diletak filling mengikut citarasa.
Akak ada 2 fillings sebenornya.. Satu kastard durian dan satu lagi cream cheese. Kan akak sentiasa ada stok cream cheese tu... ahhh sedap tau kalau makan tengah sejuk tu.
DURIAN CUSTARD CREAM
Sumber: Resipi Citarasawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad/jagung
4 sudu besar gula
200ml susu segara
3 biji kuning telur
1/2 sudu besar mentega
3-4 ulas durian
Cara2:
Satukan semua bahan kecuali mentega dan isi durian. Kacau (whisk) hingga rata dan tapis.
Masak dengan api perlahan hingga pekat (saya masukkan sekali isi durian masa ni)
Masukkan mentega. Kacau hingga licin dan tidak berketul
Simpan dalam peti sejuk sebelum guna.
P/S: Saya ada stok CREAM CHEESE FILLING di peti tu. Saya rasa lebih sesuai dgn jiwa saya utk dimakan dengan puff. Nom nom nom!! ;))
No comments:
Post a Comment