Masa abe cakap "nanti beli durian, buat durian crepe.." minggu lepas, akak rasa macam berat hati. Macam malas je.. Lepas tu, akak dah macam tak berapa menggemarinya walau nahhh... bubuh kat header tu besor2! Bukan apa, rasa dapur akak tu, walau besor sangat berbanding kat apartment Anjung Hijau dulu, tak berapa nak syiok untuk aktiviti memasak macam dulu2. Dah pasang lagu2 dari Kedah.FM pun masih belum cukup mewarnainya.
Akak kata, kalau nak buat durian crepe kena plan betul2. Cari bahan dulu.. bukan setakat ada durian je. Entah ada ke tidak, sebab kita pun tak mahir lagi kat sini. Setakat ni jumpa satu je kedai bakeri terdekat dan yg satu lagi kat Alor Star yg macam rasa2 ingat kat mana..
Malam tadi abe balik bawa durian. Sebut durian crepe lagi. Jadi, pagi tadi pergilah ke kedai bakeri tu. Baik punya, sebab dia jual semua jenis tepung dan ada yg bungkus besar, sederhana dan kecik. Semua repacked. Kat KL pun takde gini. Takyah nak beli banyak2 kalau guna sikit. Tapiiii.... dia kehabisan stok fresh cream pulak. Dia kata semua orang masuk situ nak buat DC. Ahahaha!! Tak tau bila stok baru masuk. Selain durian, fresh cream tu lah yg penting. Akak malas la nak pakai cream lain.. Kita ni cepat muak.
Masih tak putus asa, petang gi pulak ke Alor Star sorang2. Konon ingat jalan. Masa pusing2 ngan abe haritu, macam nampak kedai bakeri sebelum sampai stadium. Tapi petang ni tak jumpa pun stadium tu selepas je bayar tol. Semua simpang masuk, tetap tak jumpa. Mula2 tu nampak lampu stadium jugak. Lepas tu ghaib! Jadi, buat ubat sedih, akak singgah jap kat Giant, beli jajan Mister Potato, pastu balik. Bagitau abe, DC tak boleh buat. Tempoyak je boleh!!
Kesimpulannya, kekadang akak rasa naluri hati ni selalu betul. Kalau siang2 dah rasa tak mau buat, atau belum bersedia, maka apa usaha pun tak jadi. Macam haritu, abe ajak gi kedai 'kitchen'. Untuk perancangan dapur di rumah kami nanti. Akak berat hati rasanya.. tak berminat, tapi follow je. Bila sampai depan kedai, rupanya tutup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Sesekali memang sedap makan lauk simple macam ni.. lauk kering (tak berkuah) dengan nasi panas dan ayam goreng... Menyediakannya pun tak su...
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
No comments:
Post a Comment