July 3, 2011

Karipap Emirates

Hehe... saya je daku memberi nama itu - karipap emirates.  Sempena nama emirates apartment yg kami duduki ni.. Sejak balik mid Jun hari tu, saya tak berniat nak berjual karipap kat bangunan ni lagi macam dulu2.. Semangat tu pergi macam tu je, sejak berlaku kejadian bulan Mac di negara Bahrain ni.  Sejak SIAEC hantar sebahagian staff dan dependence balik negeri dan melarang ke sini semula sampailah pertengahan Mei.  Kebanyakan staff dan pelanggan lama yg setia termasuk Siti, Sham, Khalili dll dah takde kat sini, balik bertugas di S'pore.

Sekarang saya buat karipap hanya untuk santapan suami je... dan sekali haritu pelanggan setia, Umi.  Untuk sorang lagi yg bernama Dilip, saya katakan "no intention to sell kuih again!".  "Alamak! So sad!" Balas dia... Dilip ni kalau order, bukan sikit2... Lagipun akak malas la kalau kat dapur kejap2 kena panggil dek tuan kecik nehh... Baik akak layan dia sepenuh masa.. kadang2 dia paksa umi dia ni selesaikan game dia...

Untuk meriahkan blog airtanganku ini, marilah lihat cara daku membuat karipap yg bukan untuk tujuan komersial ni... Entri lepas2 pun tak silap ada juga pasal karipap.. saja nak ulang tayang.


miss me, miss me not...


Bahan2 kulit (boleh dapat 10 biji) :

1 1/2 cawan tepung
2 sudu besar majerin - dipanas/cairkan
Sedikit garam
Air sejuk secukupnya - saya guna air sejuk dari dispenser tu

Cara2:

1)  Masukkan majerin panas ke dalam tepung dan buat macam 'breadcrumbs'.. masukkan garam sekali
2)  Tuang air sedikit2 takut terlebih lembik dan uli.... kemudian ambil sikit2 dan bulat2kan (kecil sikit dari bola pingpong)
3)  Canaikan dan isi dengan inti karipap yg dah sedia... lepas tu goreng la!

Inti Karipap (main agak je):

Kentang atau keledek
Bawang merah - kisar
Bawang putih -kisar
Cili kering kisar
Udang kering atau bilis - kisar
Rempah kari daging
Daun kari - takde pun OK je..
Garam
Gula
Air
Minyak

Cara2:

1)  Kentang di dadu dan cuci bersih
2)  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing... boleh je nak masukkan garam dan gula sekali masa ni... Kalau saya suka gula tu lebih, jadilah pedas2 manis dan berkari... Ikut citarasa masing2 lar ye!
3)  Masukkan rempah kari dan kacau sebentar... tuang sedikit air
4)  Masukkan pula kentang dan gaul rata dengan perancah... Sesudah tu tuang air separas dengan kentang tu..
5)  Masak di atas api sederhana.... sampai kentang lembut dan airnya kering.  Sesekali kacau ye... boleh juga tutup kuali tu kalau nak cepat lembut
6)  Sejukkan dulu sebelum guna


sesetengah jenis kentang, walau begini banyak air pun tetap lambat lembut..

No comments: