November 17, 2012

Kisah Cendol

Hari ni saya dah balik ke KL.. Macam sekejap sangat 5 hari tu. Abe saya pun dah perli tadi, ingat lama sangat nak balik, rupanya 5 hari je!  Ayoo.. kalau ikutkan hati nak cuti sebulan kat kampung tu.  Tapi teringat2 pulak pada tempahan yg belum selesai.. Walau tak janji tarikhnya, tetap tak senang hati kalau tak siapkan dengan segera.

Selama di kampung panas sokmo, tak hujan pun.  Tadi balik, sedari Kuala Selangor sampailah ke Kelana Jaya, hujan.  Tak hujan bila dah masuk ke Sunway dan kering bila masuk Kinrara.  Wah! Macam pengulas cuaca pulak hehehe..

Melepasi pekan Kuala Selangor dan masuk ke Assam Jawa, ada satu gerai cendol popular bernama Cendol Bakar.  Memang full house selalu. Tapi saya tumpang lalu je, sebab malas nak bersesak2 di situ.  Dah makan tahun juga saya terkesima dengan banner dia yg sungguh menarik perhatian tu.  Bukanlah cantik sangat, tapi macam magnet kuasa tarikannya.  Besar.  Apalagi nama tu buat orang tertanya2 rupa paras cendol yg dibakar hehehe.. Ada yg bagi tahu saya, gulanya di bakar. Ada yg cakap nama owner dia Bakar.  Betul dan hampir betul.. Tadi saya ambil pengesahan dengan membaca sepintas lalu bunting yg diletak di situ.  Gulanya dibakar dan nama datuk kepada pengusahanya yg seorang wanita, ialah Abu Bakar.  Nah! Terjawab sudah..

 Gambar dari kereta sewaktu hujan..

Ehsan Google

Bagi saya, rasanya boleh tahanlah sedap.. Sebab ada pelbagai campuran seperti jagung, nata de coco, pulut, durian dan macam2.  Ikut pakej.  Harga pun tak mahal.  Sepanjang jalan dari KL ke Sabak Bernam, saya pernah rasa pelbagai cendol di situ seperti Cendol Durian Ayu di Permatang dan Cendol Borhan di Tg Karang.  Cendol Borhan ni sama popular dgn cendol Bakar dan sentiasa full house.  Bezanya di Cendol Borhan ada hidangan2 sampingan yg ditawarkan seperti mee dan lain2. 

Kalau di Sg Besar pula saya selalu beli cendol yg dijual di kenderaan.  Paling nostalgia ialah cendol di kampung Parit Baru.  Dulu masa saya kecil, selalu makan sewaktu ke pasar siang di sana. Rasa pandannya kuat. Santannya cair.. Manisnya sedang2.. Minum dalam mangkuk batu.

Cendol mamak pun boleh tahan.. Masa saya bersekolah menengah, kami selalu berkerumun, kadang2 minta dibelanja cendol mamak bawah pokok depan Sek Men St John.  Masa tu saya bersekolah di Convent Bukit Nanas.  Lepas tu kecoh kata cendol mamak tu bubuh cacing. Terus break! Tapi sekejap je.. hahaha!!  Cendol mamak depan apartment saya ni pun boleh tahan sedap.  Ramai kawan dan saudara saya yg approved.  Rasanya lemak manis, ada rasa garamnya. Dia cuma letak cendol, kacang merah dan cincau sahaja.  Kalaulah ada pulut dan jagung, pasti lagi mantap! Tapi dulu2 masa permulaan memang dia letak jagung.  Sekarang ni je tak letak. Harga pun makin mahal.  Dari RM1.40 sekarang dah RM2.


Bestnya cerita pasal cendol kan.. Inilah antara minuman kegemaran terutama bila musim panas.  Nak buat sendiri tak reti.  Bukan tak pernah cuba, tapi tak menjadi muahahaa...

No comments: