Pages

November 30, 2014

Spaghetti Carbonara

Favourite anak bujang akak, Ahmad Fawwaz.... Selalunya mak dia order je di Pizza Hut. Tapi semenjak peristiwa silap haritu, mak berusaha untuk buat sendiri. Sebenarnya bukan tak pernah buat, tapi belum dapat sentuhan yang kena pada citarasa kami. Walau tak sama, sekurangnya sipi2 ada rasa. Kadang order di tempat lain pun masih tak mampu menawan tekak anak syurga akak tu.

Maka di satu pagi yang indah, akak dapat restu abe untuk keluar sebentar ke kedai buku. Nak beli Al Quran terjemahan yang sangat menarik 'presentation'nya berbanding yang akak dah ada. Maklum, mata dah semakin rabun, tak larat baca tulisan kenit2. Dah ambil apa yang dihajati, nampak pulak buku2 masak. Terus capai buku2 Chef Hanieliza yang banyak lagi simple dan murah belaka tu. Salah satunya, buku Senangnya Memasak - Makanan barat. Sangat simple. Memang sesuai untuk menu En Fawwaz.


Resipi pertama yang akak cuba ialah carbonara. Tajuk asal fetucini carbonara, tapi akak tukar dengan spaghetti. Bahan2 pulak akak masuk je apa yang ada. Bahan yang rasanya tak akan merosakkan selera Fawwaz. Akak ambil bahan2 utama je.. dan main campak2. Maklum, chef terjun pokok... huhu.  Resipi di bawah adalah versi buku bersama tambahan nota akak.


SPAGHETTI CARBONARA 
Sumber: Chef Hanieliza, Senangnya Memasak Makanan Barat

Bahan2:

Spaghetti secukupnya (rebus hingga lembut) - resipi asal guna fettucine
1 labu bawang besar (potong dadu) - saya guna bawang holland yg kehijauan tu
1 ulas bawang putih (cincang halus)
10 batang sosej (dipotong kecil) - saya tak guna banyak ni
Kepingan isi ayam secukupnya (potong kecil) - yg ini saya tambah dan guna yang telah dipanggang
2 biji tomato (potong dadu) - saya tak letak
10 biji cendawan butang (dipotong) - saya tak letak
1 cawan susu segar
1 sudu makan serbuk lada hitam - saya letak sikit, takut Fawwaz tak suka
1 sudu makan serbuk oregano - saya letak sikit je
125g keju cheddar
1 biji capsicum merah & hijau (potong dadu) - tak letak
30 g daun parsli - tak letak
100g keju parmesan - tak letak
2 sudu makan minyak jagung - saya guna butter
Garam secukup rasa

Cara2:

1. Panaskan minyak/butter, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan sosej, tomato, cendawan butang, isi ayam dan susu segar. Kacau rata.
3. Masukkan serbuk lada hitam, oregano dan garam. Kacau rata sekali lagi.
4. Masukkan keju cheddar dan capsicum. Masak sehingga pekat.
5. Tuangkan ke atas spaghetti/fetucini dan taburkan daun parsley dan keju parmesan. Hidang.


Tengok tu... memang banyak list yang saya omit. Namun rasanya tetap sedap... ;)
Testimoni akak makan 2 round kasi habis.. mak sangat suka hati.. hehe.


November 22, 2014

Tempahan Mixed Cheese Tarts

Penyerahan semalam... cheese tart berinti blueberry dan coklat yang ditempah oleh Sis Fuzah dari Alor Staq sebanyak 150 biji.

Terima kasih ye Fuzah.. sedap katanya, dan banyak cheese.. hehe!

Akak memang selalu mengharap feedback dari customer akan produk airtangan cik siti ni. Kalau sedap beritahu orang, kalau tak sedap atau ada yg tak kena, beritahu akak. Jangan disimpan di dalam hati. Nanti akak tak tau mana nak improve kan. Sebab akak ni buat berdasarkan trial and error, mengikut kata sendiri.. :P




Sepetang membawa ke malam hujan turun tak berhenti. Nak tido sempat kudap tart dulu.. Tido awal lah nampak gaya ni... selamat malam ye!


November 21, 2014

Chocolate Filling (Inti Coklat)

Projek petang tadi... untuk melangsungkan projek cheese tart sebelah malamnya. Tiba-tiba akak dapat seruan untuk buat inti coklat sendiri. Sebelum ni guna inti ready made yang beli di kedai bakeri. Hanya beberapa ketik, akak terjumpa resipi dari dapur Madihaa. Nampak macam mebeles je! Bahan2 pun ada. Apa lagi, terus jalan...


Customer order cheese tarts dengan fillings blueberry dan coklat. Inti coklat yang dah siap ni akak rasa memang sedap. Lebih sedap dari yang dibeli selalu tu. Tapi akak ubah sikit dari resipi asal berdasarkan nota dari empunya blog juga. Jadi, kalau nak tengok resipi asal boleh klik link di atas. Saya punya ni untuk rujukan sendiri yang dah diubah segram dua bahan2nya.


INTI COKLAT (CHOCOLATE FILLINGS)

Bahan2:

250 ml susu/krimer sejat
150 ml air suam
60 g serbuk koko
40 g tepung jagung
160 g gula halus - boleh adjust sekiranya koko yg kita guna agak pahit
60 g mentega
1 sk esen vanilla

Cara2:

1) Campurkan susu, air suam, serbuk koko dan tepung jagung di dalam satu bekas. Kacau hingga sebati.
2) Tapis campuran bahan di atas dan tuang ke dalam periuk berisi gula.
3) Kacau dan masak dengan api perlahan sehingga pekat.
4) Masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau sebati dan matikan api.
5) Biarkan sejuk sebelum digunakan


Proses mengacau hingga pekat..

November 16, 2014

Tempahan Kek Opera

Alhamdulillah... selamat sudah kek yang akak buat sejak semalam dan finishing siap pagi tadi, ke tangan dan mungkin suapan penempahnya.. Sebab dah dapat message kek tu sedap.. hehe! Gumbira hati akak.. Bagi akak, sedap sesuatu makanan itu ikut citarasa yg makan. Sangat subjektif sebab citarasa orang tak sama.. Walau bagaimanapun, akak suka kek opera ni sebab itu citarasa akak yang suka kopi dan coklat serta kekacang.

Kek ditempah oleh Fizah dan kakaknya, Zaidah. TERIMA KASIH ya kerana sudi order.. :D






    November 15, 2014

    Kek Untuk Izz Syamil

    Untuk pertama kali, akak mengambil tempahan kek harijadi dengan frosting buttercream, Memang selama ini akak mengelak akannya disebabkan kerana diri sendiri yang tak suka makan kecuali yang diletak pada kek opera.. Lagi pulak hampir kesemua kek akak jual hanya sesuai untuk cream cheese, ganache atau fresh cream. Kali ni, bila anak buah sebelah suami buat request, terus akak setuju.. Demi untuk cucu tok cik, takpalah no.. Seronok pulak bermain dengan color..




    HAPPY 5TH BIRTHDAY SYAMIL.. moga menjadi anak yang soleh nanti ye!


    November 9, 2014

    Roti Manis (Asas Roti)

    Semalam merasmikan toy baru akak hasil dari memancing di Lazada. Ikutkan memang tak boleh selalu melawat Lazada tu sebab gatai je tangan nak mengisi troli.. hehe. Tapi bukan selalu pun..


    Geram tengok bread maker macam murah2 je. Yang mahal pun ada. Tapi akak ni kan suka beli benda murah je sebab setakat ni banyak yang bertahun pun elok je akak guna. Tapi ada jugak yang tak berapa tahan. Ikut rejeki la.. BM ni bukan kepentingan sangat. Sebelum ni akak dah ada penguli cum mixer yang dah tak boleh menguli akibat angkara akak sendiri yang tak patuh arahan. Sejak tu guna tangan kurus ni je untuk buat kerja2 uli ni sampailah termakan panggilan Lazada.

    Akak nampak BM Takada dengan komen2 yang semuanya berpuas hati.. baik dengan servis Lazada atau barang tu sendiri. Lazada ni, kalau kita beli petang ni, esok tengahari dah sampai depan rumah. Tu yang akak suka.. Tak sampai 24 jam.


    Resipi roti akak ambil dari blog Yatimemories (Sinar Kehidupanku). Memang terbaik sebab Fawwaz dan abinya kata sedappp... gebu. Mak yang buat ni merasa yang balance je.. huhu. Lepas ni memang ikut resipi ni je sebab ngam2 untuk keluarga kecil ni.


    ROTI MANIS (ASAS ROTI)
    (<> 10 biji x 50g)

    Bahan2 :

    250 g tepung roti (high protein)
    50 g gula halus
    1/2 sk garam halus (sementara nak menguli, jgn dekatkan dgn yis)
    10 g susu tepung
    6 g instant yeast
    1/4 sk bread improver
    1/4 sk bread softner
    30g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
    20 g mentega
    125 liter air (kalau uli dgn tangan, guna air suam)

    Cara2:

    1. Jika gunakan breadmaker, satukan semua bahan ke dalam bekasnya. Tekan menu, pilih setting "DOH" dan tekan "ON" atau "START". Tunggu hingga siap atau isyarat selesai dah berbunyi. Macam BM akak tu mengambil masa selama 1 1/2 jam.

    2. Jika uli guna tangan :

    • Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
    • Satukan semua bahan kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata sehingga menjadi doh
    • Tambah mentega dan terus menguli sehingga mendapat doh yang kenyal (uli dalam 20 minit atau lebih)
    • Bulat-bulatkan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik bersih atau 'cling wrap'. Perap 45 minit sehingga naik berganda.
    3. Selepas step 1 atau 2, keluarkan doh dan tumbuk2 untuk membuang udara. Bahagikan doh kepada 10 bahagian atau 50g setiap satu.  Setelah itu, bentukkan mengikut citarasa cth bun bulat, leper, panjang, bersosej atau berinti  ;)

    4.  Letak doh yang dah dibentuk ke atas dulang yang telah dilengser dengan mentega/minyak. Jarakkan ketika menyusun. Perap selama 45 minit.

    5. Sebelum membakar, sapu permukaan roti dengan susu segar atau air susu bancuhan (1 sudu besar susu kering + 3 sudu air). Saya taburkan dengan gula halus selepas itu.. Boleh juga ditabur dengan cheese dan lain2 ikut citarasa dan kreativiti.

    6. Panaskan dahulu oven dengan suhu 170C (ikut oven masing2). Setelah itu bakar roti selama lebih kurang 20 minit. Sejukkan atas redai sebelum dihidang atau disimpan. (Sebaik keluar dari oven, saya sapu nipis mentega di atas permukaan roti)

    Petang ni punya.... dah 2 kali membuatnya

    Lepas ni boleh buat rupa macam2.. Cuma disebabkan penghuni rumah yang tak seberapa ni, tambah bukan jenis pemakan, mungkin makan masa mak nak tunjuk kreativiti tu.. huhu.


    November 8, 2014

    Tempahan dan Dilema Kek Coklat

    Akak ni memang jenis memikir... tu yang rambut banyak putih, gugur pulak tu... stress punya angkara kot.. :'(

    Baru dalam sejam kot akak pass tempahan kek coklat kat regular customer akak carta top 5 ni.. Tapi sebab malam dan hujan dan anak dah nak masuk tidur, otak tak berapa berhubung. Asalnya akak nak bagi diskaun kat dia, tapi terbalik lak.. dia terbagi lebih sebab akak tak pulangkan balance sepatutnya.. huhu. Lesson learnt, be focused!

    Kali ni Ain order 3 biji kek coklat. Akak pulak lupa nak tanya kek kukus ke bakor.. Terus je membakor dan deko. Kat Kedah ni sebenarnya setakat kek coklat memang banyak jual. Tapi yang bekas kecik2 tu.. Kadang akak pun beli sebab jemu kek sendiri. Sedap je cuma kadang tak puas makan hihi.. Depa kata sedap tak sangga!




    Akak nye kek coklat resipinya ada di SINI. Untuk Russian BnW tu akak guna resipi ni juga.. Takde rahsia.. Cuma kalau tak rajin buat, order je kat akak. Kalau rasa mahai tak macam kek orang lain, boleh nilai bahan apa akak pakai nah... Tapi kalau rasa nak belajar, setakat kek coklat boleh mai sini.. kita buat hands on. Tapi pastikan, kat rumah ada peralatan buat kek dulu supaya tak terbengkalai semangat. Paling penting ada mixer, pastu oven.. takde oven, pengukus pun jadik.

    Terima kasih AIN.. Akak sangat rasa bersalah dengan wang sepuluh hengget tu. Nak nangis rasa. Akak doakan murahla rezekimu dan dipermudahkan semua urusan. Jangan serik ya,,, nanti akak gorengkan karipap lagi.. ngeeee.



    November 6, 2014

    Hari Komplen, Hari Membebel Sendiri...

    Lega mata akak ni bila dah tukar ke template baru.. Akak rasa simple je. Sebenarnya jemu pun iya juga.. Seminggu dua ni memang duk kerja tukar menukar je. Dari profile fb ke blog ni. Chehh.. macamla banyak sangat yg ditukar.

    Hari ni Fawwaz dapat cuti.. Seghonok la dia.. ummi dia ja kurang seghonok sebab tak boleh merayau seperti yang dirancang. Mujurlah mau diajak ke kedai bakeri beli bahan2 untuk esok. La ni mak dia memang prestasi merudum.. ada order baru beli barang. Kadang ada yang call nak kek malam ni, esok ka, sat gi ka.. memang tak dapek akak nolong! Minta maaflah akak2, adik2... Adakala akak rasa nak layan anak dan suami je.. tak nak buat benda lain. Cabut2 rumput, minum2, sembang2... Nak jaga kualiti hubungan keluarga kekdahnya..

    Lepas beli barang tadi, terus ke Pizza Hut Jitra. Dah tanya boss kecik ni dia nak makan apa sebab temankan ummi dia keluar. Pilihan pizza, KFC ngan pasta.. dia nak pasta. Mak dia bukan taknak masak, tapi tekak budak tu memang lain sikit. Mak makan nasi ngan sambal hitam + tempe sudah cukup.. Nak kaya selalu kan.. huuuuu.

    Sementara tunggu pasta carbonara siap, mak pegi ke kedai depan tu cari selipar baru. Kesiannn... buruk benor selipar anak tu rupanya. Asyik lupa je nak beli.. Tapi dia tak mau ikut. Tinggal je kat dalam restaurant tu. Elok bayar, pasta pun siap terus masuk kereta. Baru cuba selipar. Patah balik ke kedai sebab terkecik sikit. Cuba saiz baru.. macam OK terus balik rumah.

    Sampai rumah, rupanya selipar masih tak ngam sangat. Terkeluar sikit hujung kaki (masih terkecil).. Besor dahhh anak ummi.. panjang kakinya. Hadohh... Masuk dalam nak makan pasta pulak.. Alamak.. bukan seperti yang selalu dan juga dalam gambar menu. Mati selera Fawwaz.. Sangkanya spaghetti tapi yang dapat fettuccine yang kasar tu. Terus tak mau.. Bawang putihnya pun kasar kat situ. Salah maklah jugak, tak check betul2.. Bukan tak pernah kena. Dulu kat KL pun pernah kena jugak. Hari tu masa makan kat dalam (eat in) tu pun kena juga.. lain di order, lain yang dihantar. Depa main ingat je masa kita order tu.. tak tulis macam restoran tomyam.. kennn. 'Bagus' memori dorang tuuu...



    Ini yang makan haritu.. sebenarnya akak terkejut tengok bekas tu. Memang hangus gitu ke ghope dia.. cer orang pizza hut jawab. Tapi tulah, tak serik jugak nak makan situ. Nak masak sendiri pun tak berbaloi nanti.. yang nak makan sorang. Cuma harapnya, francaisor kena tengok2 juga francaisee dorang nih. Buat jatuh reputasi je.. Atau mungkin akak je kena. Nak uji hati jenis camna.. Selalu konon2 muhasabah nak bersyukur atas segala nikmat.. Teringat juga minggu lepas mengidam char kue tiaw. Tengok pinggan orang meriah kue tiaw nya. Sekali kena kat akak, adalah sejemput.. yg penuh kuah ngan toge. Mujur jenis sopan bila nak menyuap. Kalaulah orang yang selalu masuk pertandingan makan tu, rasanya sekali masuk je kua tiaw tu... Sedih tau akakkkk  :(



    November 5, 2014

    Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak

    Menu kampung lagi... tapi ini cerita semalam...


    Sejak duduk di rumah bertanah yang luas ni, memang macam2 tanaman ada di luar tu. Hasil kerajinan encik abeku. Nak harap bini dia ni, memang takde laa.. Tapi part mencadang, mengangkut benih dari kampung, dll tu memang kerja ahkak! Cabut rumput di kawasan rumah pun kerja akak sebab rasa best je kalau dapat cabut rumput atau semak sampai ke akar tu. Terapi juga namanya, selain terapi mendeko kek. Sayangnya tanaman yang kat luar pagar tu ada banyak ancaman, terutama ancaman kerbau. Si kerbau2 tu pulak pandai memilih daun atau pucuk yang sedap.  Makan jenuhle nak hidup subur pokok2 pisang dan kelapa.. habis botak dikerjakan depa yang berkumpulan tu. Ni dah bagi pagar kawat harap2 takle lepas..

    Berbalik kisah pucuk ubi, nampaknya dah meriah dedaun ubi tu.. Adalah 3 pokok kot. Pucuk muda tak macam kalau kat market atau pasar. Semalam akak ambil dalam secekak dan tanya abe dulu dia nak makan apa. Kalau dia tak kisah, akak teringin nak masak tempoyak. Sebenarnya akak ni bukanlah peminat tempoyak, cuma asal bukak freezer je, nampak tempoyak yg dah berlama bertapa dalam tu. Tu yang teringin juga nak masak..

    Seleralah nampak abe makan tengahari semalam.. Padankan dengan daging goreng dan tempe sambal (favourite akak). Ada sambal belacan lagi..  Masakan kampung untuk orang kampung... :D




    PUCUK UBI MASAK TEMPOYAK

    Bahan2:

    Secekak pucuk ubi (dalam 16 batang rasanya..)
    3 ulas bawang merah
    10 biji cili padi (nak pedas lagi boleh tambah..)
    1 inci kunyit hidup (akak guna je serbuk kunyit sbb yg hidup takda)
    1 batang serai
    3 sudu tempoyak
    Sejemput ikan bilis
    Sejemput udang kertas (akak main bubuh je sebab dah ada..)
    Santan secukupnya
    Air
    Opt : boleh tambah daun kunyit yang dimayang halus atau petai.

    Cara2:

    Rebus dahulu pucuk ubi sampai lembut.  Toskan dan potong halus
    Tumbuk bawang merah, cili dan bilis
    Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dengan santan separas atau lebih sedikit dengan isi/daun.
    Letak atas api dan masak sampai santan mendidih dan pekat. Kacau2 supaya santan tak pecah sangat.




    November 4, 2014

    Bubur Asyura versi Selangor

    Sehari dua lepas, akak teringin sangat nak makan bubur asyura. Tapi yang macam belah2 selatan punya.. atau spesifiknya, macam orang2 kampung akak buat. Walau sebenarnya akak suka yang manis tu. Dah tentu yang manis tu asalnya dari belah2 sini kan.. Cuma, akak rasa rindu sangat dengan kampung halaman ni...

    Bila akak jenguk2 kat google tu, memang yang paling popular ialah bubur asyura orang Utara. Adalah 2 kali akak merasa yang orang sini buat.. memang sedap sangat. Kalau yang belah selatan punya terutama Johor dan Selangor, buburnya seumpama bubur lambuk. Bezanya dibubuh kekacang yang pelbagai. Cuma akak semalam taklah letak pelbagai kacang.. cuma kacang tanah, kacang kuda dan kacang hijau. Sambil berjaga2 takut usus ni tak tahan.. duk nak kluaq angin ja nanti huhuuu..


    Puaslah akak makan, dari berbuka sampai supper. Cuma bila abe balik, adalah kekeliruan sikit. Bila akak sebut bubur asyura tu dia teruja nak makan. Bila akak suakan mangkuk tu, ada sedikit kekerutan di wajah.. "Ini bubur lambuk...". Maka akak pun jawab setelah membuat sedikit penerangan, "..suka hatilah nak buat yg macamana.. hihi".

    Bahan2 ni terutama kekacang, sebenarnya ikut suka kita. Saya pun tak merujuk sangat di mana2 melainkan ikut kepala sendiri.. Kita yg nak buat dia kan.. 



    BUBUR ASYURA (versi TENGAH/SELATAN)

    Bahan2 (dapat 1 periuk nasi kecil) :

    1/4 cawan beras  
    1/2 cawan daging yang dicincang (ikut suka)
    Segenggam kacang kuda - rendam 2-3 jam
    Segenggam kacang tanah (saya guna yg dah goreng dan dibuang kulit) 
    Segenggam kacang hijau - rendam 2 - 3 jam
    1/2 tongkol lobak merah - dadu 
    1/4 cawan santan kotak (ikut nak lemak yg bagaimana)
    Air secukupnya

    Ramuan tumis/perisa:

    Rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih dan 1 buah pelaga)
    1 1/2 inci halia - tumbuk lumat dan campur air 1/2 cawan lalu ditapis dan ambil airnya
    2 ulas bawang putih - hiris
    1/4 labu bawang besar - hiris
    1 batang serai - titik
    1 helai daun bay

    Hiasan:

    Daun bawang/sup
    Bawang goreng
    Ikan bilis goreng

    Cara2:

    Cuci beras bersih-bersih.
    Rendam terlebih dahulu kekacang supaya kembang dan mudah lembut. Kalau nak rebus siap2 sampai lembut pun boleh.
    Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah 4 sekawan dan kacau sehingga wangi dan bawang layu.
    Masukkan daging dan kacau sehingga daging menjadi pucat.
    Tuang air halia dan biarkan mendidih.
    Masukkan beras, halia dan air yang banyak dan renih sehingga beras separuh hancur.
    Masukkan juga kekacang (sekiranya belum direbus lembut) dan lobak.
    Renih sehingga beras hancur dan kekacang lembut.
    Masukkan santan yang dicampur air secukupnya (dalam 1 mangkuk kecil)
    Perisakan dengan garam dan lada hitam atau lada sulah.
    Tabur bawang goreng dan daun sup/bawang dan lain2 aksesori pilihan.

    Nota:
    Untuk kekacang, boleh tambah kekacang seperti kacang sayur, kacang soya, kacang merah dan lain2.


    Keinginan dan kerajinan ni jenis tak menentu datangnya. Sepatutnya bubur ni dimakan beramai-ramai atau bagi orang rasa.. Malangnya akak tak dapat berbuat begitu sebab duduk sendiri2 kat rumah yang di hujung banang ni. Jiran2 boleh dikatakan tak nampak dari pintu rumah yang dari pelbagai ni melainkan rumah kongsi yg dah sepi. Jiran sama nama jalan pulak terpisah dengan longkang besar dan tasik. Dan memang banyak dalihnya kalau nak keluar rumah.. Jawabnya, peti sejuklah yang jadi mangsa menyimpan makanan tak habis. Mujurlah kucing2 suka bertandang ke rumah.. Adalah makhluk nak berkongsi makanan di sini.. hehehhh.