Pages

November 9, 2014

Roti Manis (Asas Roti)

Semalam merasmikan toy baru akak hasil dari memancing di Lazada. Ikutkan memang tak boleh selalu melawat Lazada tu sebab gatai je tangan nak mengisi troli.. hehe. Tapi bukan selalu pun..


Geram tengok bread maker macam murah2 je. Yang mahal pun ada. Tapi akak ni kan suka beli benda murah je sebab setakat ni banyak yang bertahun pun elok je akak guna. Tapi ada jugak yang tak berapa tahan. Ikut rejeki la.. BM ni bukan kepentingan sangat. Sebelum ni akak dah ada penguli cum mixer yang dah tak boleh menguli akibat angkara akak sendiri yang tak patuh arahan. Sejak tu guna tangan kurus ni je untuk buat kerja2 uli ni sampailah termakan panggilan Lazada.

Akak nampak BM Takada dengan komen2 yang semuanya berpuas hati.. baik dengan servis Lazada atau barang tu sendiri. Lazada ni, kalau kita beli petang ni, esok tengahari dah sampai depan rumah. Tu yang akak suka.. Tak sampai 24 jam.


Resipi roti akak ambil dari blog Yatimemories (Sinar Kehidupanku). Memang terbaik sebab Fawwaz dan abinya kata sedappp... gebu. Mak yang buat ni merasa yang balance je.. huhu. Lepas ni memang ikut resipi ni je sebab ngam2 untuk keluarga kecil ni.


ROTI MANIS (ASAS ROTI)
(<> 10 biji x 50g)

Bahan2 :

250 g tepung roti (high protein)
50 g gula halus
1/2 sk garam halus (sementara nak menguli, jgn dekatkan dgn yis)
10 g susu tepung
6 g instant yeast
1/4 sk bread improver
1/4 sk bread softner
30g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
20 g mentega
125 liter air (kalau uli dgn tangan, guna air suam)

Cara2:

1. Jika gunakan breadmaker, satukan semua bahan ke dalam bekasnya. Tekan menu, pilih setting "DOH" dan tekan "ON" atau "START". Tunggu hingga siap atau isyarat selesai dah berbunyi. Macam BM akak tu mengambil masa selama 1 1/2 jam.

2. Jika uli guna tangan :

  • Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
  • Satukan semua bahan kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata sehingga menjadi doh
  • Tambah mentega dan terus menguli sehingga mendapat doh yang kenyal (uli dalam 20 minit atau lebih)
  • Bulat-bulatkan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plastik bersih atau 'cling wrap'. Perap 45 minit sehingga naik berganda.
3. Selepas step 1 atau 2, keluarkan doh dan tumbuk2 untuk membuang udara. Bahagikan doh kepada 10 bahagian atau 50g setiap satu.  Setelah itu, bentukkan mengikut citarasa cth bun bulat, leper, panjang, bersosej atau berinti  ;)

4.  Letak doh yang dah dibentuk ke atas dulang yang telah dilengser dengan mentega/minyak. Jarakkan ketika menyusun. Perap selama 45 minit.

5. Sebelum membakar, sapu permukaan roti dengan susu segar atau air susu bancuhan (1 sudu besar susu kering + 3 sudu air). Saya taburkan dengan gula halus selepas itu.. Boleh juga ditabur dengan cheese dan lain2 ikut citarasa dan kreativiti.

6. Panaskan dahulu oven dengan suhu 170C (ikut oven masing2). Setelah itu bakar roti selama lebih kurang 20 minit. Sejukkan atas redai sebelum dihidang atau disimpan. (Sebaik keluar dari oven, saya sapu nipis mentega di atas permukaan roti)

Petang ni punya.... dah 2 kali membuatnya

Lepas ni boleh buat rupa macam2.. Cuma disebabkan penghuni rumah yang tak seberapa ni, tambah bukan jenis pemakan, mungkin makan masa mak nak tunjuk kreativiti tu.. huhu.


No comments:

Post a Comment