Pages

November 30, 2014

Spaghetti Carbonara

Favourite anak bujang akak, Ahmad Fawwaz.... Selalunya mak dia order je di Pizza Hut. Tapi semenjak peristiwa silap haritu, mak berusaha untuk buat sendiri. Sebenarnya bukan tak pernah buat, tapi belum dapat sentuhan yang kena pada citarasa kami. Walau tak sama, sekurangnya sipi2 ada rasa. Kadang order di tempat lain pun masih tak mampu menawan tekak anak syurga akak tu.

Maka di satu pagi yang indah, akak dapat restu abe untuk keluar sebentar ke kedai buku. Nak beli Al Quran terjemahan yang sangat menarik 'presentation'nya berbanding yang akak dah ada. Maklum, mata dah semakin rabun, tak larat baca tulisan kenit2. Dah ambil apa yang dihajati, nampak pulak buku2 masak. Terus capai buku2 Chef Hanieliza yang banyak lagi simple dan murah belaka tu. Salah satunya, buku Senangnya Memasak - Makanan barat. Sangat simple. Memang sesuai untuk menu En Fawwaz.


Resipi pertama yang akak cuba ialah carbonara. Tajuk asal fetucini carbonara, tapi akak tukar dengan spaghetti. Bahan2 pulak akak masuk je apa yang ada. Bahan yang rasanya tak akan merosakkan selera Fawwaz. Akak ambil bahan2 utama je.. dan main campak2. Maklum, chef terjun pokok... huhu.  Resipi di bawah adalah versi buku bersama tambahan nota akak.


SPAGHETTI CARBONARA 
Sumber: Chef Hanieliza, Senangnya Memasak Makanan Barat

Bahan2:

Spaghetti secukupnya (rebus hingga lembut) - resipi asal guna fettucine
1 labu bawang besar (potong dadu) - saya guna bawang holland yg kehijauan tu
1 ulas bawang putih (cincang halus)
10 batang sosej (dipotong kecil) - saya tak guna banyak ni
Kepingan isi ayam secukupnya (potong kecil) - yg ini saya tambah dan guna yang telah dipanggang
2 biji tomato (potong dadu) - saya tak letak
10 biji cendawan butang (dipotong) - saya tak letak
1 cawan susu segar
1 sudu makan serbuk lada hitam - saya letak sikit, takut Fawwaz tak suka
1 sudu makan serbuk oregano - saya letak sikit je
125g keju cheddar
1 biji capsicum merah & hijau (potong dadu) - tak letak
30 g daun parsli - tak letak
100g keju parmesan - tak letak
2 sudu makan minyak jagung - saya guna butter
Garam secukup rasa

Cara2:

1. Panaskan minyak/butter, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan sosej, tomato, cendawan butang, isi ayam dan susu segar. Kacau rata.
3. Masukkan serbuk lada hitam, oregano dan garam. Kacau rata sekali lagi.
4. Masukkan keju cheddar dan capsicum. Masak sehingga pekat.
5. Tuangkan ke atas spaghetti/fetucini dan taburkan daun parsley dan keju parmesan. Hidang.


Tengok tu... memang banyak list yang saya omit. Namun rasanya tetap sedap... ;)
Testimoni akak makan 2 round kasi habis.. mak sangat suka hati.. hehe.


No comments:

Post a Comment