Pages

August 29, 2010

Sup Ayam Special

Sejak jumpa resipi sup ayam special ni, aku dah tak masak sup guna bunjut lagi.. Memang sedap hasilnya... baunya semerbak satu rumah.. Resipi yg ni berdasarkan isi rumahku ye... credit tu Tulip..




Bahan2 (untuk 2 org):

Ayam (agak2 dapat semangkuk)
1 biji kentang - potong 6 atau 8
1 biji karot - potong tebal dlm 2 cm
6 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - ketuk
1 batang kayu manis *
2 biji bunga lawang *
2 biji buah pelaga *
4 biji cengkih *
1/2 kiub ayam (nak letak 1 pun boleh..)
Lada sulah
Garam
Bawang goreng
Daun sup/bawang

Cara2:

1) Rendam dalam mangkuk semua rempah * dengan air mendidih. Bila dah suam airnya, keluarkan dan toskan. Simpan air rendaman.
2) Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih sampai wangi.
3) Setelah itu masukkan halia dan rempah, kacau seketika dan masukkan pula ayam.
4) Kacau dan balik2kan ayam tersebut dan biarkan seketika dalam 5-10 minit.
5) Tuangkan air rendaman rempah dalam periuk dan tambah air, agak2 separas atau lebih dari ayam.
6) Bila air sup mendidih, masukkan kentang dan karot. Tunggu sampai kentang empuk.
7) Masukkan garam, lada sulah, kiub ayam dan ajinomoto (kalau suka - aku tak letak).
8) Akhir sekali tabur bawang goreng dan daun sup/bawang dan tutup periuk untuk beberapa ketika...


August 28, 2010

Kuih Makmur lagi

Semalam buat sikit kuih makmur untuk stok kat Bahrain ni.. maaflah ye, tak bolehlah nak bawa balik M'sia.. nanti hancur la pulak. Bawak Mamoul yg mcm biskut Bantal Peluk Saloma (tgk resipi Kak Fida) dan Guraiba yg macam suji tu kira cukup lah... banyak rumah nak kena agih nih.. maklum larr, ramai benor mak2 den ni hah.. Itu pun mak mertua dah takde :(

Yang sebelum ni (b4 puasa) try resipi citarasawan tapi kali ni buat reference kat resipi kak fida di MYR dan Citarasawan. Sudahnya aku buat 2 jenis resipi untuk perbandingan... 2-2 sedap tapi aku masih mencari formula makmur yg macam Kak Lena sepupuku beri kpd makcikku tahun lepas.. sedikit cruncy dan sangat sedap! Takpelah, aku tulis je dulu yang mana aku buat utk reference masa akan datang..


Kuih Makmur I
Basic menu tiru kak fida tapi aku ubah sikit.. buat 1/2 adunan. So bawah ini adalah versi 1/2 tu...

color hijo...

Bahan2 :

125g mentega golden churn
1/2 sudu minyak sapi (tapi lepas masuk tepung aku tambah dan tambah sampai tepung lembut)
300g tepung gandum (patut ikut resipi 1 1/2 kg bahagi 2)
Sedikit garam
Gula castor untuk salut selepas bakar

Inti (ini ikut citarasawan tapi boleh dikurangkan kuantitinya):

100g roasted cashew nut (ku tak pakai kacang tanah)
150g gula
1 sudu besar mentega dicairkan

Cara2:

1) Pukul mentega dan minyak sapi separuh kembang. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli, sehingga tepung boleh dibentuk. Tinggalkan tepung yg berlebihan... Juga boleh tambah pewarna kalau suka..
2) Kalau terlebih tepung atau agak berderai, tambah lagi sedikit minyak sapi..
3) Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 20-25 min (ikut oven memasing..)
4) Bila dah sejuk baru salut dengan gula....



Kuih Makmur II

Resipi Citarasawan... tak tau kenapa kali ni result yg aku buat tak sama dengan yg hari tu.. mungkin aku salah timbang kot..huhu. Tapi tetap sedap cuma very soft and fragile..


melt in your mouth...

Bahan2 :

200g minyak sapi
400g tepung gandum (aku tambah tepung beberapa kali sebab adunan lepas macam lembut sangat)
200g gula ising
1/8 sk garam halus
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonate

p/s 1: inti ikut yg di atas...

Cara2 :
1) Satukan semua bahan hingga jadi doh dan bentuk ikut kegemaran anda...
2) Yg versi ni aku salut dengan gula ising..


Murtabak Segera

Semalam tertengok satu resipi yang agak menarik untuk orang2 yang 'jauh' dari pasar malam dan bazar ramadhan macam aku. Ramai juga orang yang mencubanya dan yang pasti, sonang je nak buat... murtabak, lamanya tak makan... tak ingat sapa tuan resipinya, tapi boleh search kat MYR.

Tak abis makan 2 orang nih...


Bahan2 :

2 biji kentang - potong dadu
100g "minced meat"
1/2 labu bawang besar - dadu
1 ulas bawang puting - dadu
1 1/2 sudu rempah kari
Garam & perasa (opt)
Sedikit gula (aku yg tambah...)
Minyak
Daun saderi (kalau ada..)
2 biji telur (rasanya kalau letak lebih lagi best..)
Mixed vege (aku tambah)
Kulit popiah

Cara2 :

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar & bawang putih hingga wangi.
2) Masukkan rempah kari dan kacau hingga naik minyak. Boleh bubuh air sikit kalau perlu..
3) Masukkan daging... tumis seketika.
4) Masuk pula kentang diikuti garam, gula... bila dah 1/2 empuk masuk pula mixed vege.
5) Masak hingga kentang empuk dan boleh tabur daun sup.. angkat dan masuk ke dalam mangkuk. Tunggu sejuk..

Inti sebelum dimasukkan telur..

6) Pecahkan telur dalam mangkuk kentang/inti tadi dan gaul sebati.
7) Bentang kulit popia, sendukkan inti ke atas kulit tersebut dan lipat empat segi.. (mcm lipat popia, kata empunya resipi)
8) Goreng dgn sedikit minyak atas pan sampai masak.. balik-balikkan dan bayangkan yg ada di pasar malam... hehhehh


August 25, 2010

Ayam Goreng

Hahaha... ayam goreng pun aku nak upload sini. Sebenornya dah takde apa nak buat... eh tapi inilah sebenarnya ayam goreng kegemaranku.. mesti nak marinade juga sebelum goreng..



Bahan2 :

3 ketul ayam - ikut bahagian mana yg digemari
1 sudu teh ketumbar - kisar/tumbuk
3 ulas bawang putih - kisar/tumbuk
1 cm halia - kisar/tumbuk
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya
Sedikit tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara2 :

1) Bersihkan ayam. Kalau besar dan tebal, kelar2 sikit
2) Masukkan dalam bekas sekali dengan semua bahan di atas. Perap sekurang2nya 1 jam..
3) Bila nak goreng, tabur rata tepung gandum ke atas ayam, golek2kan dan goreng dalam minyak panas sampai masak. Tepung tu tak payah bancuh ke apa... tak payah juga guna telor (tu resipi lain... :P)



Kentang Masak Sambal

Sesekali memang sedap makan lauk simple macam ni.. lauk kering (tak berkuah) dengan nasi panas dan ayam goreng... Menyediakannya pun tak susah sangat, malah tahan lama tanpa perlu dipanaskan...

Bahan2 :

1 biji kentang - potong sederhana nipis
6-10 ulas bawang merah (atau 1 labu bawang besar) - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 sudu cili yg dah dikisar
Gula
Garam
Minyak

Cara2 :

1) Goreng kentang hingga lembut keseluruhan isinya. Angkat dan ketepikan.
2) Tumis bahan kisar iaitu bawang dan cili sampai hilang bau maung bawang & cili (layu dan sedikit kering).
3) Masukkan garam dan gula secukup rasa. Saya suka kalau gula lebih sikit... ianya juga boleh membantu lauk ni tahan lama.
4) Bila dah cukup masak (nampak berkilat), masukkan kentang tadi. Gaul rata dan angkat.

p/s : tak perlu tambah air.. balance kan dengan minyak yg mencukupi je.

Note baru: Kentang di Bahrain tu besar, tu sebab sebiji je dapat sepinggan.  Agak2 le ye bahan2 tu dengan keperluan.. hehe!

August 24, 2010

Ghee

Memang ramai yang guna minyak sapi jenis ni untuk buat kuih raya terutama makmur, biskut arab, dll... Sesekali kena 'aware' dengan statusnya. Bolehla tukar dgn ghee jenama lain walau kurang umph.. Untungnya di Malaysia ada badan macam Jakim ni, senang sikit nak tau halal ke tak sesuatu produk. Tapi ada juga yg tipu punya... Macam aku di Bahrain ni, setakat check kat ingredients nya aja.. ikut gerak hati, keyakinan, negara pengeluar.. kalau nak beli. Tulisan "HALAL" pun kira cukup... cth kalau emulsifier dari soy atau vegetable dah boleh la tuu.. gelatine from halal slaughtered beef pun boleh laa... nak buat camna? Kalau duduk di Malaysia dan Singapore, untung banyak produk ada chop halal dari majlis/badan/pejabat agama... cuma masih kena hati2 dengan taktik 'orang2' itu...

-------------------------------------

PENGGANTUNGAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

JAKIM mengambil keputusan untuk menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.



August 23, 2010

Bingka Kentang

Hari ni intai kuih bakar kentang Hana... kalau kat kampung aku panggil bingka/bengkang... Sementelah aku memang nak rebus kentang untuk buat cucur badak, sekali jalan lah... Pastu boleh tertidur pulak masa merebus tu.. Nasib baik Fawwaz cuit aku, terkejut berlari ke dapur.. sebenarnya bukan lama aku tertidur pun, ayam2 je... ngantuk sangat pagi ni. Bila dah mula bakar, harum semerbak rumahku dengan baunya... tak taula rasanya, sebab belum waktu berbuka.. :D


ps: baru je edit...memang sedap kuih ni.. lemak2 gitu.


Bahan2 :

200g kentang yg dah direbus (resipi asal 2 biji kentang)
1 cawan tepung
1 cawan santan
2/3 cawan gula
1 biji telur
2/3 sudu mentega
Secubit garam
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Cara2 :

1) Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar sampai halus.
2) Tuang ke dalam loyang... (saya guna bekas kaca seperti dalam gambar je)
3) Bakar dalam oven dengan kepanasan 180C selama 60 minit (kalau suka kerak lebih)..


Kalau tabur bijan lagi cantik kot... tapi takde lak dalam gobok..

August 22, 2010

Acar Ikan Tenggiri

Lauk ringkas untuk berbuka puasa hari ni... masak acar guna cara paling simple..:)



Bahan 2:

2-3 keping ikan tenggiri (ikut size)
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 cm halia - hiris
1/2 labu bawang besar - hiris tebal
1/2 biji tomato - potong kecil2
2 biji cili merah/hijau - hiris
1/2 sk ketumbar - tumbuk
4 sudu cuka (boleh juga guna air asam jawa)
1 sk gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menumis

Cara2:

1) Goreng ikan yang dilumur dengan garam dan kunyit. Jgn sampai garing. Angkat..
2) Tumis bawang merah, putih dan halia hingga layu.
3) Masukkan ketumbar... tuang air agak2 paras ikan. Sekalikan juga cili, tomato, cuka, gula, serbuk kunyit dan garam. Biarkan mendidih.
4) Akhir sekali masukkan ikan. Biarkan seketika dan angkat.

August 21, 2010

Roti Jala dan Kari Ayam



Hari ni (Jumaat) aku sangat relaks. Kalau selalu belah pagi aku shopping groceries kat Lulu dan central market, puasa2 ni kiterang tukar trip belah malam (Khamis malam) sebab kalau pegi siang panas sangat kat luar. Nanti dahaga, payah la pulak heheh!! So, siang lepak2 je sambil layan mata yang mengantuk. Belah petang aku pun terus dapat idea nak buat roti jala dengan penuh kasih sayang... Buka aku makan ni je, tak makan nasi.. Hubby je makan kedua2nya.. sebab aku bakar ayam tandoori lagi utk dia...

Senang je buat roti jala ni.. tapi aku buat sekali setahun. Last aku buat sebelum ni ialah puasa tahun lepas hihihi...

ROTI JALA

Bahan2 :

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 cawan susu cair atau fresh milk
1/4 cwn minyak masak
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna kuning (boleh juga guna serbuk kunyit)

Cara2 :

1) Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sampai sebati dengan kelajuan tinggi
2) Tapis adunan tadi. Kalau masih pekat, campurkan sedikit air atau susu fresh tadi.. (agak2 le..)
3) Panaskan pan dan bolehlah dijala menggunakan acunya. Kalau pan melekat, sapu minyak atau majerin dulu untuk kiraian pertama. Lepas tu dah tak payah...


Karinye..
KARI AYAM

Bahan2 :

1/2 mangkuk ayam dipotong kecil. Nak sedap bahagian bertulang..
1 biji kentang sederhana besar - potong kecil
1/2 biji tomato
6 ulas bawang kecil - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1 ulas kunyit hidup - tumbuk
1 sudu cili kisar
2 sudu serbuk kari
Susu rendah lemak secukupnya (boleh tukar dgn santan)
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih *
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara2 :

1) Tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga wangi
2) Masukkan rempah kari dan kacau rata. Masukkan sedikit air supaya tak hangus..
3) Masukkan ayam dan kentang. Kacau rata dan biarkan seketika. Boleh juga tambah sedikit air. Masukkan juga rempah 4 sekawan*, tomato, daun kari (kalau ada).
4) Bila ayam dah agak masak, tuang susu ke dalamnya sampai ayam tenggelam. Tambah garam dan biarkan mendidih sehingga kentang lembut.
5) Air asam boleh letak terakhir sekali.. lepas tu angkat dan hidang :)

August 20, 2010

Ayam Masak Paprik


Masakan yang sangat simple dengan apa yg ada di dapur je... sedap juga walau tak boleh lawan restoran siam punya... Teringat zaman remaja, aku suka tanya setiap bahan yg dimasukkan oleh tukang masak ke dalam kuali, di Kampung Baru. Memang sedap giler dia masak, tapi pak ajinye kena letak 1 sudu teh penuh, lebih dari garam.. huhuuu

Bahan 2:

2 keping dada ayam - dipotong kecil2
1 labu bawang besar - mayang
2 ulas bawang putih - tekan/hancurkan dgn pisau
1 batang serai - titik
1 biji tomato - belah 4
Sos tiram
Sos chili
Sos Thai
Sos tomato
Kicap manis
Cili padi - jumlah ikut kegemaran, diketuk
Stok ayam - samada dari ayam yg telah direbus atau guna je kiub ayam
2 keping daun limau purut
Sedikit minyak
Garam

Cara 2:

1) Panaskan minyak dan masukkan ayam. Goreng seketika tapi jangan sampai garing, kemudian angkat dan ketepikan.
2) Masukkan pula bawang putih, tumis hingga keperangan.
3) Masukkan segala sos, stok ayam, cili, serai, daun limau, tomato dan bawang. Kacau-kacau kejap. Kalau suka, masukkan ajinomoto.
4) Masukkan ayam. Ratakan sos keseluruh ayam. Angkat bila dah mendidih.

p/s: sedap lagi kalau dicampur sayur-sayuran seperti jagung muda, karot dan kobis bunga.

August 19, 2010

Ikan Kembung Bakar Berlada


Ikan kembung bakar lagi... Sebenarnya pelbagai masakan ikan kembung yg boleh dibuat. Ikan kembung ni sebenarnya favourite aku sedari kecil.. murah pun ye. Tapi kat Bahrain ni, ikan dia sedikit hanyir berbanding di M'sia esp yg selalu beli kat kampung tu (ikan si Ah Seng jual..hehe) Mungkin kerana perairan dia kot.. nak kata fresh, memang banyak yg baru naik dari laut... Kalau goreng biasa2, jangan simpan sampai sejuk.. kena makan panas2, kalau tak rasa dia mmg lain sikit..

Bahan2 :

2 ekor ikan kembung - dibersihkan
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih (yg besar)
1 cm halia
Se'biji' kunyit hidup (konfius lak nak guna ulas ke biji..hehehh)
2 sudu cili kering yg dah siap dikisar
Air asam jawa (dalam 2 sudu - kalau pekat bancuhnya)
1 sudu gula
Garam secukupnya
Daun kunyit yg diracik halus (opt & kalau ada)

Cara 2:

1) Tumbuk bawang merah, putih, kunyit dan halia - ikut suka nak kasar ke halus.
2) Masukkan bahan2 lain seperti cili, air asam, garam dan gula. Gaul rata.
3) Lumurkan pada ikan dan bungkus dalam aluminium foil.
4) Bakar dalam ketuhar dgn suhu 220C selama 30 minit.

ps : bakar kat atas arang pun boleh... adjust ikut apa yg ada ye! Kalau pakai daun pisang lagi best.

August 17, 2010

Ayam Masak Lemak


Saja nak menambah bilangan masak lemak.... tapi aku memang selalu guna susu rendah lemak mahupun fullfat untuk ganti santan...

Bahan2 :

4 ketul ayam
1 biji kentang - potong empat
4 biji cili padi - tumbuk
1 tangkai cili merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
4 ulas bawang merah - tumbuk
2 cm lengkuas - potong nipis
2 helai daun limau purut
1 cm kunyit hidup - tumbuk
1/2 mangkuk susu rendah lemak - boleh je nak letak santan
Sedikit minyak utk menumis
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugur

Cara2 :

1) Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan lengkuas sampai layu
2) Masukkan kentang dan ayam. Kacau/ratakan bahan tumis ke seluruh ayam dan balik-balikkan sampai ayam keputihan atau 1/2 masak. Masukkan sedikit air dan tutup sebentar.
3) Masukkan susu sama paras atau lebih sikit dengan ayam. Biarkan sehingga ayam dan kentang masak.
4) Masukkan asam keping dan garam secukupnya. Siap!



August 14, 2010

Agar-Agar Roti Marble



Dah lama ku 'menenang' puding roti marble Hana kat MYR.. tapi bila seru dah sampai betul sempena bulan Ramadhan ni, cari serbuk agar-agar takde langsung kat mana2 hypermarket kat sini. Keciwa betul... Selalu macam tulah, ada je benda yang takde.. Akhirnya aku buat dengan caraku sendiri dengan menggunakan idea Hana tu... credit 2u! Jadilah agar2 marble seperti dalam gambar.. (yg mengambil masa 2 hari nak upload) huhuu

Internal...


Bahan2 :

<>12g agar-agar (yg sebungkus 25g tu aku potong 2 di tengahnya)
500 ml air
2 sudu besar susu pekat manis - hana letak 1/2 cawan
120ml susu cair
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
3 keping roti (bersamaan <> 70g)
1 biji telur
2 sudu serbuk koko
Sedikit esen vanila
1 sudu besar mentega

Cara2 :

1) Basuh agar2, toskan dan masukkan dalam air. Masak hingga mendidih.
2) Bila dah mendidih, tapis agar-agar tadi dan masukkan semula dalam periuk. Letak semula atas api.
3) Masukkan gula dan kacau sampai gula cair.
4) Semasa proses (1) berjalan, masukkan telur, susu cair, susu pekat, air 1/2 cwn dan roti yang telah dicarik2 ke dalam blender. Blend sampai halus.
5) Selepas proses (3), masukkan bahan (4) dan kacau. Tunggu sampai campuran agar2 tersebut mendidih untuk seketika.
6) Angkat dan bahagikan agar2 kepada 2 bahagian.
7) Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko. Kacau rata2 dan cepat2. Nak senang gunakan whisk sebab mungkin koko susah nak larut atau berketul2.
8) Satu bahagian lagi biarkan dengan warna asal.
9) Tuang kedua2 bahagian ke dalam bekas secara berselang seli bermula dari tengah, sehingga habis.
10) Sejukkan....


Acar n Jelatah

Hari ni buat sayur acar untuk mengiringi rendang daging hitam bagi mengurangkan kuantiti minyak dalam masakan. Selalunya acar tu orang letak nenas, tapi sebab aku tak merancang, makan takdelah nenas dalam simpanan... Maka jadilah acar mentah/jelatah versi lain.. Sangat menyegarkan makan sayur2 macam ni...

Bahan2 :

1 biji timun
1/4 batang karot (sebab besar, guna sikit je)
1/2 biji tomato
3 sudu cuka
1/4 biji bawang besar
1 biji cili merah
1 biji cili api
Garam dan gula secukupnya

Cara2 :

1) Hiris semua bahan ikut bentuk kegemaran.
2) Masukkan dalam mangkuk. Letakkan cuka, gula dan garam. Sebatikan rasanya... simpan dulu untuk seketika sebelum hidang
3) Kalau rajin, rendamkan dulu timun dan karot ke dalam air kapur dan toskan. Baru masuk mangkuk. Hasilnya akan rangup..


Daging rendang hitam ku tadi... dah lama tak buat ni


August 12, 2010

Cucur Badak II


Semalam selain dari buat puding jagung, last minute teringin nak buat cucuq badak. Inti dah ada dalam fridge. Cumanye keledek takde dan tak sempat2 nak tunggu hari ni nak beli. Aku pun mulalah menjeling ke arah kentang yang sentiasa ada dalam stok. Maka selamatlah menjadi cucur badak kentang.. not bad juga.

- Rebus kentang macam biasa (dalam 2 biji = 400g). Toskan airnya. Lecek kentang yang ditabur 1 1/2 sudu besar gula. So dia jadi manis2 sikit macam keledek.... Yg lain2 sama je.



August 11, 2010

Puding Jagung



Dessert untuk buka puasa nanti... Dah lama teringin nak buat, dari sejak belum puasa lagi. Tapi duk perap je bahan2 tu dalam kabinet.


Bahan2 :

1 cawan krim jagung (cream style corn)
1 cawan tepung kastard
3 cawan air
1 cawan santan pekat dalam tin/kotak
3/4 cawan gula
Sedikit garam

Cara2:

1) Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Kacau hingga betul2 sebati.
2) Letakkan atas dapur dan sentiasa kacau sampai pekat/likat dan berkilat
3) Tuang dalam bekas dan sejukkan.

August 10, 2010

Caramel

Salam Ramadhan Kareem...

Hari ni aku malas nak cerita pasal resipi... sekadar nak paste gambar kejayaan aku membuat cream caramel segera jenama Al Alali ni.. Sedap dan senang membuatnya. Sepeket dapat 4 ketul. Modal pun tak besar.. heheh. Kalau puasa dessert nilah antara yg paling popular... nyamaan je kat tekak, apalagi kalau sejuk. Apalagi, weekend ni harus borong banyak2 kat Lulu...




August 6, 2010

Kek Coklat Kukus II



Hari ini, walau penat dan terasa tenaga cuma berbaki beberapa percent disebabkan memenuhi tempahan kuih karipap dan vadai untuk orang2 Singapura yg nak menyambut hari merdeka, aku masih bersemangat nak buat kek coklat kukus. Sebelum ni aku pernah post satu kek coklat kukus juga, tapi itu versi lain.

Sepatutnya kek ni buat semalam... tapi semalam lagi penat sebab kena buat karipap frozen dan donut serta lain2 kerja sampingan. Macam biasa, sumber ialah Myresipi. Penyumbangnya pula ialah Lisafiq. Adalah aku ubah sikit ikut apa yg aku ada. Namun hasilnya tetap mantap... gebu.

Bahan2 (untuk basic cake je) :

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar baking powder (resipi asal guna 1 sb cream of tartar - sini takde jual)
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat manis (resipi asal 1 tin susu)
Sedikit esen vanila (ingat kalau tak bubuh pun takpe kot..)
4 butir telur
1 cawan minyak masak (aku pakai minyak sunflower, lisafiq pakai minyak jagung)

Cara2:

1) Ayak tepung, koko, soda bikarbonat dan baking powder
2) Larutkan gula ke dalam air panas
3) Dalam mangkuk adun, pukul telur sampai kembang.
4) Kemudian masukkan susu, diikuti gula yang dilarutkan. Pukul...
5) Masukkan pula bahan (1).. sebatikan.
6) Akhir sekali masukkan minyak masak dan pukul atau kacau bagi memastikan adunan sebati.
7) Tuang dalam bekas dan kukus selama 35 - 40 minit (bergantung pada bekas). Aku guna ramekin cuma ambil masa 15 minit untuk masak... mcm apam lak heheh..
8) Sebelum mengukus, pastikan air betul2 menggelegak. Tak payah tutup dengan kain ke apa.. takde masalah...

Lapiskan dengan cream cheese + whipped cream di tengah2...

Topping (main agak2 je) :

120g whipped cream, 100g cooking chocolate, 1 sudu mentega. Kalau guna dark chocolate yg pahit tu, tambah susu manis secukupnya.
-> Didihkan whipped cream dan matikan api. Masukkan cooking chocolate dan kacau sehingga cair. Akhir sekali masukkan mentega.

p/s: Ada sejenis je cooking choc (dark choc) jual kat Geant Hypermarket yg aku pergi semalam. Nak tak nak beli juga, dahlah agak mahal (850 fils - RM8) utk 100g. Dah cairkan rupanya pahit teramat sangat. Nasib baik balance susu manis banyak lagi...


August 3, 2010

Serunding Ayam



Ramadhan tinggal seminggu je lagi. Teringin pulak nak buat serunding untuk kegunaan bersahur nanti. Maklum, puasa musim panas ni kena bangun sahur seawal 2.45 pagi sebab subuh antara pukul 3.35-3.40 pagi. Jadi kena fikir benda yg cepat nak disediakan...

Semalam testing buat sikit dulu sebab sebelum ni cuma jadi tukang tengok je masa makcik buat di kampung. Walau ada sikit 'kureng' dari sifu punya, bolehla layan..kekeke. Apa taknya, lengkuas dah kerepot, cili kisar tak sedar dah nak abis, malas lak nak rebus dan kisar lagi... jadi aci boleh jelaa. Serunding ni taklah jenis yg kering sangat tapi InsyaAllah tahan lama juga..

Bahan2 (anggaran 1 bekas container transparent) :

3 keping belahan dada ayam (senang nak ambil dagingnya je)
20 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
3 senduk cili kisar
3 cm lengkuas - kisar
2 cm halia - kisar
Sedikit jintan manis/kasar - kisar (opt - sifu tak letak ni)
Sedikit ketumbar - kisar (opt - sifu tak letak)
3 batang serai - titik/tumbuk sedikit
1 mangkuk santan pekat
1 cawan air asam jawa
4 sudu gula (kalau nak tahan lama, gula kena lebih..)
Garam secukup rasa

Cara2 :

1) Ayam direbus, angkat dan tos, kemudian disiat2 halus.
2) Panaskan santan terlebih dahulu dan biarkan sehingga menjadi tahi minyak (pekat dan berminyak)
3) Masukkan bahan kisar dan kacau hingga layu atau hilang bau maung bawang tu (teringat mummy chef selebriti kt S'pore dulu suka guna term ni).

Proses nak melenguhkan tangan..

4) Masukkan gula, garam, air asam dan seterusnya daging
5) Kacau kesemuanya sehingga sebati. Teruskan mengacau sehingga ayam/serunding menjadi kering dan kemerahan (masa mula masuk tu warnanya pucat je)


Dapatlah sebanyak bekas ni....

p/s: bahan2 tu banyak pakai anggaran je... yg sebenarnya ikut citarasa dan kepakaran masing2