Sesekali memang sedap makan lauk simple macam ni.. lauk kering (tak berkuah) dengan nasi panas dan ayam goreng... Menyediakannya pun tak susah sangat, malah tahan lama tanpa perlu dipanaskan...
1 biji kentang - potong sederhana nipis
6-10 ulas bawang merah (atau 1 labu bawang besar) - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 sudu cili yg dah dikisar
Gula
Garam
Minyak
Cara2 :
1) Goreng kentang hingga lembut keseluruhan isinya. Angkat dan ketepikan.
2) Tumis bahan kisar iaitu bawang dan cili sampai hilang bau maung bawang & cili (layu dan sedikit kering).
3) Masukkan garam dan gula secukup rasa. Saya suka kalau gula lebih sikit... ianya juga boleh membantu lauk ni tahan lama.
4) Bila dah cukup masak (nampak berkilat), masukkan kentang tadi. Gaul rata dan angkat.
p/s : tak perlu tambah air.. balance kan dengan minyak yg mencukupi je.
Note baru: Kentang di Bahrain tu besar, tu sebab sebiji je dapat sepinggan. Agak2 le ye bahan2 tu dengan keperluan.. hehe!
Maaf.. saya tulis guna laptop. OK je.. background cerah (putih + light green), tulisan hitam :)
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, saya dah cuba & sedap sangat! Family suka.. ada yang buat meratah je! Hehe .. halalkan ya.. ��
ReplyDeleteAssalammualaikum kak...terima kasih atas kongsi resepi nye...dah buntu nk masak apa...nak try menu akk ni...minta halal ye kak...menu yang simple dan menarikkkk....terima kasih sekali lagi...
ReplyDeleteNmpk sedapp
ReplyDeleteKakkk!! Saya campur sos tiram sikit untuk bagi pekat. Serious sedap kakk!!
ReplyDeleteTerima kasih kongsi resipi ni
ReplyDelete