Pages

June 28, 2013

Cheese Cake terbaik!!


Cheese cake ni memang paling akak suka kali ni.. Makin lama makin nyaman di mulut. Manisnya pun sedang2 je. Walau haritu merekah macam gunung merapi, tapi di dalamnya.... mmmmmm  :))
Takde kerja ni... sambil tengok drama sedih "Dia Ayahku" kat TV AlHijrah.


Kuih Qasidah

Satu lagi resipi makanan tradisional.. Hasil penemuan akak di satu gerai kuih di pekan pagi Jitra. Itu pun bukan selalu ada. Bila siasat, memang popular kat Utara belah Kedah dan Perlis especially masa bulan puasa katanya..


Pagi ni dengan penuh semangat ber'projek' di dapur dengan pelbagai menu dan resipi. Maka jadi jugalah kuih qasidah airtangan orang Jawa ni hehehe... Tapi mata akak sedikit kero sebab silap pandang resipi. Mindset tu buat separuh adunan je, padahal penuh. Mujur jadi elok dan manis pun sedang2 walau gula terkurang 1/2 bahagian. Abe kata boleh la jual... :P

Untuk yang tak pernah tau rasanya (macam akak dululah..), dia rasa lemak manis dan bawang goreng tu buat kadang2 rasa macam bubur lambuk atau mee Sedaap goreng kriuk kriuk.. hahaha! Pandai je akak describe. Sebenarnya sukar di terjemah rasanya. Tapi boleh la.. sedap jugak. Tepung tu rasa halus je bila masuk mulut. Untuk orang2 utara, ia mungkin banyak nilai sentimental sebab ni kuih orang lama kot... Macam kalau orang jawa makan bubur somsom tu.. ehehh.

Resipi ni akak dapat dari myresipi oleh Shanie. Dapat 1 loyang kecil..




KUIH QASIDAH

Bahan2:

1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula (saya letak 3 1/2 sudu je, salah baca :P)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu teh air kapur (pun saya silap baca, letak 1/2 je..)

Untuk tabur di atas:
3 sudu besar minyak masak (saya guna minyak jagung)
3-4 ulas bawang merah - mayang halus

Cara2:

1)  Masukkan semua bahan iaitu tepung, air, gula, garam dan air kapur ke dalam periuk, kacau sebati. (Saya tapiskan dulu baru masuk ke dalam periuk).
2)  Masak dengan api sederhana, kacau sentiasa sehingga pekat dan berkilat (tak melekat).
3) Tuang ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian dan sejukkan.
4) Goreng bawang sehingga berwarna kuning keemasan. Kemudian, tuang terus bersama minyaknya ke atas kuih yg disejukkan tadi. Rata2kan bawang dan minyak supaya cantik.
5) Potong bila kuih betul2 sejuk.


June 25, 2013

Bahulu Kemboja


Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Tapi kadang kalau orang tu clumsy, tertuang juga ke tepi pinggan...hehehe!

Hari ini akak nak letak resipi sejenis makanan tradisional seperti gambar di atas, bernama Baulu Kemboja. Kuih ni boleh tahan manis dan tahan lama tanpa perlu disimpan dalam petisejuk. Kalau 2-3 hari tu tak basi kalau buatnya dengan kaedah yang betul sebab kandungan gula yg banyak, berbanding kuih bakar yang selalu dijual dalam bentuk dan rupa yang sama.

Akak dapat resipi dari mak akak yang memang bisnes kuih ni sejak sekian lama di Sg Besar. Tapi sebab tak duduk dengan dia, tak pernahla akak tengok macamana dia buat. Selalu datang rumah, benda tu dah siap kat atas oven atau dalam bekas jualan. Akak setakat dapatkan sukatan je dan alter sikit2. Bila dah siap, baru adikku berikan petua2 macamana mak buat sebab dia yang selalu mengadap mak mengadun kuih ni...  TQ adikku!

Untuk first time ni tak berapa nak elok macam mak buat, tapi OK laa... rasa pun sedap  ;)

**********************
Yang ni versi mini... guna acuan tart


BAHULU KEMBOJA MAK

Bahan2:
(boleh dapat 4-5 acu kemboja)

2 cawan santan
2 cawan gula
1 cawan telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung (mak cakap sedikit tepung beras jee... hehhh)
1 helai daun pandan atau boleh guna paste (saya tambah)
Pewarna hijau
Bijan secukupnya

Cara2:

Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas. Kacau dengan senduk. (tapi akak guna blender sesuka hati :D)
Sapu acu kemboja dengan sedikit minyak atau majerin.
Tuang adunan ke dalam loyang atau acu. Tabur bijan di atasnya.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 40 minit atau ikut mana nak tahap warna kulitnya tu..

TIPS:
Petua mak saya, simpan semalaman adunan dalam petisejuk untuk hasil yang lebih cantik.
Adun guna senduk kayu sahaja..




June 21, 2013

Tempahan Hari Ni - RV Cuppies & Japanese Cheesecake


Hari ni, pagi2 lagi akak dah sibuk baking.. Sampai tak memperdulikan suasana cuti bersama hubby di sisi ehehh.. Sebabnya, petang nak buat delivery ke Alor Star. Tak mau buat awal2, nanti tak berapa nak fresh kek tu..

Tapi, bila buat ala2 last minute ni, macam2 kejadian boleh berlaku. Dengan susu segar tiba2 tak cukup... bila ke kedai mamak, satu2nya yang buka awal pagu, takde jual hat yang elok2 pulak.. Main beli yg HL tu (lama tak minum susu ni).. Bila satu kek dah siap, baru teringin nak rasa susu tu.. Rupanya susu lowfat HL sekarang ni manis ye. Dulu rasanya macam tu..?  Mujur kek tu jadi elok...

Kejadian kedua pulak, Japanese cheesecake meragam yakni merekah. Hari tu buat elok jeee... Tak puas hati, buat yang lain pulak. Pun sama merekah. Huwaaaaa.... Perut pun mulalah nak berdenyut2. Akak memang macam tu. Kalau symptom stress melanda, mulalah macam gastrik. Ni semua pasal nak kejar masa lah.. Dengan nak masak lauk tengahari lagi. Nak urus rumah, suami & anak.. Maklum, nak jadi isteri & ibu perfect... Erkkk ehh??  :P

So, inilah hasilnyaaa.... Baru harini dapat kenal & jumpa si empunya kek.  TQ je lah dik ye!! Sebab sanggup terima kek yang tak sempurna tu, walau akak dah bagi pilihan. Akak ni sempoi je... Kalau airtangan akak kena pada citarasa customer, akak suka dan bersemangat. Tapi kalau tak kena, akak redha je.. Sebab citarasa orang ni tak sama. Kalau customer dapat beritahu, lagi akak suka sebab boleh perbaiki.  :D



TERIMA KASIH MADI! Moga2 menepati citarasa sekeluarga  :)

June 20, 2013

Choc Moist with Cream Cheese & Choc Ganache Frosting

Dah hampir seminggu akak dan anakku Fawwaz buka tutup petisejuk.. berusaha menghabiskan kek harijadinya yang sedap itu. Adalah sikit bahagian lagi tu. Lepas tu pulak, tak boleh makan sekali banyak. Cukup, sehari 1-2 slices yg kecil. Ini adalah cara mak mendisiplinkan mulut dan perut. Maklumlah, kami berdua je yang banyak masa di rumah. Abe pulak tak boleh bagi sangat sebab kena pantang sikit...

Tapi kek ni memang tahan lama dan tahan sedapnya. Bertambah sedap dengan cream cheese dan chocolate ganache tu. Fawwaz pun suka sangat2 dan akan minta setiap kali dia teringat. Mujur tak selalu teringat.. hehehe.

Bila fikir balik, baik akak share dengan orang lain untuk resipi dengan portion yang kecil. Dalam 740g saja beratnya sebelum di bakar.  Bila dah siap dengan deco nya tu, memang simply irresistible gitu!


CHOCOLATE MOIST CAKE
(Credit to my sis Wa)

Bahan A
125g mentega - akak guna Anchor (iklan sikit.. ;))
150g gula kaster
1/2 sudu besar ovallette
3 biji telur A

Bahan B - ayak bersama
125g tepung gandum - saya guna yg biasa tu je
1 sudu kecil serbuk penaik
3/4 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan C - jadikan paste
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan air
30g gula kaster

Cara2:

1)  Panaskan oven dengan suhu 160C
2)  Pukul mentega dan gula sehingga sebati dan gebu. Masukkan telur dan ovallete, pukul hingga kembang.
3)  Masukkan tepung dan paste koko secara selang seli sambil memukul dengan kelajuan minimum.
4)  Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan minyak/butter dan dialas dengan baking paper. Saya gunakan loyang 8".
5)  Bakar selama 40 minit atau hingga masak.
6)  Bila dah masak, sejukkan sebentar baru ditelangkupkan di atas redai.
7)  Adunan ini juga boleh dikukus dengan masa 1 1/2 jam.

**************************

CREAM CHEESE FROSTING

Bahan2:
360g cream cheese
70g mentega
200g gula aising - ayak dulu
1 sudu kecil vanilla extract

Cara2:
1)  Pukul cream cheese dengan mentega sehingga gebu. CC dan mentega dipukul dalam keadaan sejuk, tak perlu biarkan pada suhu bilik.
2)  Masukkan gula aising dan vanilla sedikit demi sedikit. Pukul sampai halus dan gebu
3)  Untuk memudahkan proses deco, simpan sebahagian di dalam petisejuk

Pilih je, nak guna cream cheese jenama apa. Pastikan halal...

******************

CHOCOLATE GANACHE
(Seeloknya siapkan awal atau sehari sebelum kejadian dan simpan dalam petisejuk. Atau sejukkan dalam petisejuk dalam 1/2 hari)

Bahan2:
300g coklat masakan - potong kecil2
200ml UHT whipping cream
1 sudu besar mentega

Cara:
Didihkan whipping cream sebentar dan matikan api.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga coklat larut semua. 
Masukkan mentega dan larutkan.
Simpan dalam petisejuk sehingga menjadi kental.

********************

CARA DECO

1) Bila kek dah sejuk, belah menjadi 2 keping. Nak senang, lilitkan benang di tepi (tengah bhg) kek dan tarik perlahan2 sehingga kek terbelah dua.
2) Masukkan cream cheese yg sejuk ke dalam piping bag. Potong sedikit di hujungnya. Boleh juga guna nozzle bulat
3) Ambil sebahagian chocolate ganache dan masukkan ke dalam piping bag. Sama caranya seperti step (2) - cream cheese.
4) Sebahagian ganache dibiarkan cair atau boleh dipanaskan sedikit untuk di tuang ke atas kek kemudian
5) Bermula dengan cream cheese, paipkan cream melingkari permukaan tepi kek.
6) Paipkan pula ganache dan buat selang-seli seperti dalam gambar.

7) Tutup dengan kepingan kek yang lagi satu secara pantas tapi teliti. Jika tidak, dibimbangi kek terbelah atau tidak tepat kedudukannya. Boleh tahan mencabar.. :D
8) Sapukan lebihan cream cheese di keseluruhan kek. Lagi tebal, lagi sedap!
9) Mengunakan senduk, tuangkan perlahan-lahan chocolate ganache ke atas kek mengikut citarasa anda. Sebaiknya ganache tidak terlalu cair supaya lebih mudah mengendalikan coklat yang akan meleleh. Proses ini agak memerlukan kepakaran dan kesabaran sedikit... hehe!
10) Sejukkan dahulu kek dalam 2-3 jam supaya cantik bila dipotong.

TIPS:
Nak mudahkan proses deko, sejukkan kek terlebih dahulu di dalam petisejuk atau chiller sebelum deco. Jangan buat dalam keadaan tergesa-gesa untuk hasil yang lebih cantik.


Macam renyah kan? Tapi kalau dah mula tu, rasa mudah je... hehehh!


June 19, 2013

Teduhan Kasih


Hehe... jangan maree. Tetiba akak rasa nak tulis pasal drama ni kat blog masak2. Apa kes kan..

Sajalah, akak ni takde gang nak cerita pasal kehidupan. Kiri kanan atas bawah... takde orang. Kosong.. kosong.. kata Najwa Latif. Nak share lah tentang perasaan hati menonton cerita Teduhan Kasih yang tengah hot sekarang ni.. Nilah penangan masa balik kampung hari tu. La ni pukul 7, mesti duk depan TV.

Dah macam syok sendiri le pulak.. Iffa senyum, akak pun senyum... Ehsan senyum, akak senyum.. Makcik Ani orang gaji senyum, nak jugak tumpang semangkuk.. Kak Long meroyan, akak tergelak sensorang. Hahahh.. gila betul kalini. Baru nilah first time pertama kali akak stuck kat depan TV tengok drama pukul 7. Selalu akak tak layan sangat melainkan pagi2 yang kat TV9 dengan drama Korea & Jepun kat TV AlHijrah. Kalau pagi tu buat kerja rutin sambil cari ilmu... lepastu layan drama. Boleh tahanlah juga... Enak sungguh jadi surirumah. Tapi duit tak banyak laa... hahaha!

Apa kes pun, tak sabar nak tunggu cerita ni habis. Lepas tu nak kembali ke dunia asal.. Jenuh, maghrib2 nak ngadap TV. Tak larat nak sengih sorang2.. Akak tengok novel dia pun macam tengah hot sale sekarang. Mujur jugak akak bukan kaki novel. Hat percuma yang Karangkraf bagi hasil penulisan surat akak dulu pun tak terbaca lagi... :P


June 16, 2013

Order Tambahan - Red Velvet

Tetiba Su telefon... tanyakan kalau ada lagi RV untuk kawannya.. Di kala akak mula nak memejam mata di tengahari. Tengahari tadi memang akak kelemahan sedikit sebab baru lepas cabut gigi geraham yang dah sebulan meragam. Lemah sebab tak dapat makan nasi panas2 dengan kari ayam di kala cuaca sejuk..hahaha!!  Terus akak bangun ke dapur dan capai cream cheese.. :)

Inilah yang ada utk hari ni.. 10 biji RV cuppies. Sebab emergency, bekas pun tak berapa sempurna.. ;)


TQ ye kepada yg order! Moga2 menepati citarasa... :)

June 15, 2013

Tempahan Red Velvet Cupcakes


Mula2 akak nak bagi sedikit testimoni tentang kek harijadi Fawwaz semalam. Serious sedap!! Semalam tak berapa berperasaan sangat. Mungkin penat dengan aktiviti surirumah sepanjang hari. Tapi kejap tadi, masa Fawwaz request, akak ni rasalah sikit dia punya tu... ahhhh!! kok enak banget... hahaha! Puji kek sendiri..

Pagi harini pulak, bangun2 tido akak dah keluarkan butter dari refrigerator.. Sambil minum nescafe, sambil baking cupcake merah.. Masa panas2 tu, perghh rasa dia..!! Letak pulak cream cheese yang sejuk.. hulalaaa!!


RV cupcakes ni jiran sebelah yang tempah. Pastu beli karipap frozen sekali. Inilah jiran yang akan menjadi mangsa akak seterusnya.. Bukan mangsa apa, tapi mangsa untuk bantu makan hasil ujikaji akak..hihihi. Jiran, kalau terbaca jgn marah naa... Ipar duai, anak2, sepupu, menakan suma jauh.. Takat 10km tu pun dah kira jauh nak pas2 kek ujikaji ni.. Apa punya malas la mokcik ni nak bertandang umah orang kan..

Inilah hasilnya.... terima kasih daun keladi ye Su!! Kali ni buat bunga topping pesen lain sebab dah cemuih dgn yang putar2 dan rosette. Pakai nozzle lain lah pulak, bior nampak seksi kek tu.. ;)



TIPS:
Ada kawan bertanya, camna kek RV akak nampak moist.. Sebenarnya akak pun tak pernah rasa hat orang lain buat kecuali yang adik beli kat Just Heavenly tu, kalau tak silap. Akak cuma pastikan guna butter Anchor dan ayak bahan2 tak kurang 2 kali. Kalau dengan butter SCS tu pun akak tak berapa serasi. Masa kat Bahrain dulu akak suka guna Golden Churn, memang sedap. Cuma bila pernah jadi isu, akak terus tak pakai, selain butter tu mahal sikit... :)


June 14, 2013

Happy Birthday Fawwaz..


6th birthday superhero akak, Ahmad Fawwaz.. Walaupun dia tak sedar harini adalah hari istimewa dia, ummi tetap cuba menggembirakan dia dengan sebiji kek yang menjadi kegemarannya. Kalau boleh nak sentiasa ada kek coklat dalam rumah sebab bila2 masa dia akan bertanyakannya. Selain kek, makanan kesukaannya ialah pasta, specifically macaroni cheese dan spaghetti carbonara, pau, donut, karipap umi..
Jadi, semalam mak pun jadi midnite baker. Siang hari tak sempat sebab macam2 agenda kalau ada en abe ni. I follow je lah... Patut malam ni pun nak baking, tapi tak jadi. Tak larat. Esok pagi je lah... hehe!

************
Rahsia di sebalik sebiji kek... :D
chocolate cake + cream cheese + choc ganache + Strawberry choc
Semua kegemaran Fawwaz, dan dia makan hampir 1/4 bhg...

  

Birthday boy.. satu2nya pengarang jantung akak.. Masa duk cari2 gambar, baru kusedar banyak gambar masa dia baby dah takde. Hilang bersama laptop lama yang rosak dan tumbdrive yang corrupted. Mujur ada sikit2 kat memory card kamera lama. Sedih rasa  hati mengenang gambar2 waktu dia sangat chubby dan comel dulu... Masa kami duk merantau.. Harap2 pernah burn kat CD.. nak kena carilah pulak dalam kotak2 tu... huhuhu.

Semoga anak ummi dan abi menjadi insan soleh dan berjaya... dan sentiasa berjuang demi agama...
  

 Kad ni pun mak simpan lagi... buat kenangan... akak borong induce, vacuum dan forceps sekali.. pastu baby masuk incubator, dah keluar kuning pulak... berlama2 dalam spital sampai doktor kesian bil dah banyak, bagi keluar dan bawa ke klinik kerajaan.. huhu :)

taklah berat sangat kan masa ku preggie... 61.5kg.  Lepas pantang terus selim.. eksen kan!  :P


June 10, 2013

Kuih dan Lauk

Tengah cari mood nak baking... Mata pulak dah mengecik dan kabur. Tandanya dah waktu wajib tidur.. Tapi, sebelum tidur (walau hati meronta2 nak mencari drama petang yg ku terlepas tadi), nak anta gambar makanan dulu... Hasil kemalasan akak beberapa hari ni.. ;)

Nampak orang post gambar n resipi kuih bom ni kat fb, terus akak teringin. Kalah orang ngandung. Tapi orang ngandung kalau teringin dia buat sendiri ka? Ni kuih bom versi akak, guna keledek dan tepung pulut + tepung ubi. Inti pulak inti kelapa warna hijo + inti kacang merah. Combine sekali. Ahhh.. bestnya makan panas2 di waktu petang di kala hujan turun... 


Lauk tengahari tadi.. Gandingan yg tak berapa menarik. Buat ayam masak kicap supaya Fawwaz ada selera nak makan. Rupanya dah terkenyang makan cornetto... Masak kicap ni, kalau nak kelainan sikit dan menambah sedap, letak serbuk buah pala semasa menumis ramuan...


Kalau gigi kuat boleh makan ulam ni macam tu je... Mesti rangup kruk krak bunyi dia. Tapi sebab kami warga emas, kenalah soften sikit ulam tu dengan mengukusnya terlebih dahulu ((kecuali timun comel tu)... hehehe

Sambal belacannya tak mau berposing hari ni...

June 7, 2013

Kek Buah Kukus

Aktiviti hari ini ialah mengukus kek buah. Dah lama rasanya teringin nak membuatnya. Tapi seru tak datang2 sehinggalah buah pun expired! Sebenarnya kek tu pun bukan masuk kategori favourite sebab selalunya teramat manis kejadiannya. Hehe... padahal sama taraf manisnya dengan kek2 akak yang lain. Tapi akak lebih suka merasa yang orang bagi terutama masa raya. Untuk mengelak pembaziran bila kek2 tu terbiar sebab berlaku lambakan makanan...


Bila akak google, kebanyakan orang guna resipi dari sumber yang sama iaitu resipi Chef Zubaidah. Tadi akak merujuk di blog Yatiememories (Sinar Kehidupanku). Resipinya asal boleh dapatkan di SINI. Sayangnya, bahan yang ada tak berapa nak cukup.. Terpaksa omit beberapa benda iaitu cream of tartar, serbuk buahpala dan mentega pun guna buttercup je. Namanya dah tak boleh tunggu2 nak lari ke kedai kalau seru tu dah sampai. Alhamdulillah menjadi juga kek akak. Tak sempat nak bermalam... Janji sejuk, akak pun cepat2 potong.. nak tengok kejadian dan rasanya. Kekadang memang macam ni... kebudak-budakan sikit bila hati tak sabar2 nak rasa apa yang dimasak.

RESIPI KEK BUAH KUKUS
(Sumber Yatimemories)

Bahan2:

250g butter (seketul tu...)
350g gula pasir
60ml air panas
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum *
1 sk cream of tartar *
2 sk soda bikarbonat *
1 sk buah pala (nutmeg) *
1 sk esen vanilla

Cara2:

1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan2. Sebatikan. Kemudian masukkan butter sehingga cair. Masukkan buah2an campuran. Kacau dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan.

2. Ayak bahan2 bertanda *. Masukkan kedalam adunan buan2an sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu dan gaul sebati.

3. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan perlahan2 ke dalam adunan kek. Gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

4. Gunakan loyang 7x7. Jika loyang tin, alas dengan baking paper dan dilengser. Boleh juga guna plastic container tahan panas. Masukkan adunan dan tutup longgar dengan aluminium foil

5. Kukus selama 4 jam untuk mencapai kelembapan yang diinginkan (atau sekurang2nya 2 jam).

6. Sejukkan sebelum dipotong.

TIPS:

- Pada 2 jam pertama guna api sederhana dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Isi air pengukus banyak2 dan kalau nak tambah, gunakan air panas.
- Bila kek dah masak, biarkan 5 minit, baru dibuka penutup kukusan. Lap air di atas permukaan aluminium dan lubangkan sedikit supaya wap panas keluar. Selepas 10 minit baru buka penutup dan biarkan sejuk di atas pengukus.



Kata mereka... kena tunggu 2-3 hari baru ianya semakin lembab.. Nanti kita tengok ye.. :)
Kalau sedap betul, bolehlah buat iklan raya... hehehh!