Tapi, bila buat ala2 last minute ni, macam2 kejadian boleh berlaku. Dengan susu segar tiba2 tak cukup... bila ke kedai mamak, satu2nya yang buka awal pagu, takde jual hat yang elok2 pulak.. Main beli yg HL tu (lama tak minum susu ni).. Bila satu kek dah siap, baru teringin nak rasa susu tu.. Rupanya susu lowfat HL sekarang ni manis ye. Dulu rasanya macam tu..? Mujur kek tu jadi elok...
Kejadian kedua pulak, Japanese cheesecake meragam yakni merekah. Hari tu buat elok jeee... Tak puas hati, buat yang lain pulak. Pun sama merekah. Huwaaaaa.... Perut pun mulalah nak berdenyut2. Akak memang macam tu. Kalau symptom stress melanda, mulalah macam gastrik. Ni semua pasal nak kejar masa lah.. Dengan nak masak lauk tengahari lagi. Nak urus rumah, suami & anak.. Maklum, nak jadi isteri & ibu perfect... Erkkk ehh?? :P
So, inilah hasilnyaaa.... Baru harini dapat kenal & jumpa si empunya kek. TQ je lah dik ye!! Sebab sanggup terima kek yang tak sempurna tu, walau akak dah bagi pilihan. Akak ni sempoi je... Kalau airtangan akak kena pada citarasa customer, akak suka dan bersemangat. Tapi kalau tak kena, akak redha je.. Sebab citarasa orang ni tak sama. Kalau customer dapat beritahu, lagi akak suka sebab boleh perbaiki. :D
TERIMA KASIH MADI! Moga2 menepati citarasa sekeluarga :)
Comel dan menyelerakan..
ReplyDeleteTerima kasih... :)
ReplyDelete