Pages

February 25, 2013

Nasi Ulam Cik Siti


Sebenarnya dalam seminggu dua ni adalah 2 kali akak buat nasi ulam yg sempoi ni. Memang best. Mudah dan berkhasiat. Kat Jitra ni, kalau ke pasar pagi tu, macam2 ulam akak nampak. Masa duk di KL memang tak pernah jumpa. Kalau rajin ke pasar tani ada lah kot. Tapi akak pun tak ingat, sepanjang hidup ni pernah ke masuk ke pasar tani.. huwaaa. Memang macam tak pernah!

Jadinya, bila nampak macam2 benda baru, akak pun suka mencuba. Alaa.. setakat makan daun apalah sangat. Cuma makan rebung jugak forever akak tak mencuba. Minta maaf jelah je kepada pencinta rebung. En abe, rebung pun dia buat ulam. Orang Kedah ni memang suka makan ulam na... Kalau orang Jawa, tak jangan bening, jangan bobor (santan) je yg disuka.. pastu tumis kobis.. hehe keluarga akak la tu!!!

My version of nasi ulam is very simple. Tetiba nak cakap London! Guna ulam2 yg depan mata je, tak banyak macam orang sini buat kott.. Pastu lauk ikan masin, sambal belacan dan ayam goreng berempah. Tapi akak rasa healthy walau makan lauk masin dan bergoreng. Dapat pula minum air teh herba panas lepas tu...


 

NASI ULAM UTARA

Bahan2:

Nasi secukupnya
Ikan masin - goreng
Udang kering - goreng
Lada hitam - tumbuk/kisar
Ulam-ulaman : pucuk putat, pucuk gajus, daun kaduk, daun cekur, 1 btg serai, kobis, pegaga... boleh tambah sebayak mana jenis ulam lagi

Lain2 aksesori:
Lauk pauk ikut citarasa
Sambal belacan

Cara2:
Ulam2 dibersihkan dan racik halus
Tumbuk udang kering, isi ikan masin dan lada hitam
Gaulkan kesemuan ulam dan bahan tumbuk dengan nasi.
Makan bersama lauk kegemaran atau yg bersesuaian.

Ikut yang saya baca, orang sini suka makan nasi ulam ni dengan sayur asam pucuk keladi... Bilalah nak rasa hat original resipi ni ye... :)

February 22, 2013

Moi Mangkuk Kecik

Dah lama teringinkan bubur nasi.. Yang dimakan dengan benda2 masin dan bawang goreng yang banyak. Baru hari ni lah dapat buat. Sebab pagi yang tenang, tak payah hantar anak ke sekolah. Orang utara panggil bubur nasi ni "moi".. kan kan??!!  Dulu masa kerja dengan kawan2 bangsa Cina, dorang suka makan moi ni dengan cakoi. Tapi akak tak pernah pulak tengok cara makannya.. Tak amik pot pun.

Standard akak, makan semangkuk kecik ni je...

Sudahnya, menu akak dari pagi hingga ke malam ialah si ah moi ni. Akak memang macam tu dek! Kalau boleh masak tak mau lebih sekali dalam sehari. Dapat pulak petang hari ni pi jalan2 ke Kuala Kedah. Tengok muzium, bukan nak pi Langkawi...erk!! Balik rumah dah maghrib. On the way pulak cik abe tak singgah mana2 setelah terlepas laksa apa entah tu... Dia pulak tak kisah makan apa2 (dlm hati cheq tak tau la... heeee). Especially malam, akak akan tanya dia nak makan apa. Kalau ada request, akak buat le. Jawapan paling digemari "apa2 yang ada je..." hehehe.. Tadi sebenarnya ada kak buat sambal kerang, tapi siang2 dia kata "banyak kolestrol ni!". Jadi dah malam akak tak offer walau nasi tu ada... Buat tak hengat kaedahnya  :P

So, cara2 akak buat moi ni...

BUBUR NASI a.k.a MOI

1 cawan beras (sebenarnya agak2 sebab tak guna pot beras tu)
1 inci halia
1 batang serai
1 ketul dada ayam
1/2 kiub ayam
Garam secukup rasa (dalam 1 sudu kecil)
Air yang banyak

Perhiasan /Aksesori

1 biji telur masin - hancurkan
1 genggam bilis - goreng
Bawang goreng
Daun bawang
Lada sulah

Cara2:

Cuci beras.
Masukkan semuan bahan dan masak sehingga nasi hancur. Terpulang suka yang pekat atau sedikit cair
Keluarkan ayam dan siat2 dagingnya
Tabur dengan aksesori sebelum menghidang.


February 19, 2013

Mampir Buk...

Singgah kejap kat rumah yang satu lagi ni... Sejak duk kat Jitra ni 'kedai' tutup belake.. Lama dah takde update pasal tempahan kan... Macam tu lah. Orang kata 'the ups and downs'. Jadi, saya mengambil kesempatan ni untuk berangan... tapi sebenarnya bukan berangan kosong. Lebih kepada perancangan membina dapur yg menawan... kaedahnya!

Setakat ni duk nak kaji pastu buat pertimbangan.. Dah tengok set dapur Rubine, Leben, Faber, Elba... tapi seriously akak masih sayang dengan dapur/oven Zanussi ku yg usang itu. Ingat lagi, beli dengan hasil penjualan saham Proton kala itu hoho.. Cuma kalau nak pakai, kena do s'thing kata abe.. hahahh! Takkan nak kena spray cat color silver pulak! Dahlah tak dapat petisejuk kaler putih.. hat yang memang putih, nak digelapkan. Tak taulah penyudahnya nanti kan... apa ye!!


February 17, 2013

Pelbagai Resipi Chocolate Ganache

Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk topping pelbagai kek coklat saya termasuk kek opera. Hasilnya sangat menggembirakan... :)
Gambar ihsan Google
RESIPI 1

300g coklat masakan - potong kecil
200g UHT whipping cream (selalu saya guna jenama Anchor)
1 sudu besar mentega

- Panaskan whipping cream di atas api hingga mendidih sedikit dan matikan api.
- Masukkan coklat atau tuang atas coklat dan kacau hingga sebati. Masukkan pula mentega dan sebatikan.


RESIPI 2 - Dayangjack

100g coklat masakan
125ml susu segar
50g mentega
4 sudu besar madu/gula

- Satukan kesemuanya dan masak dengan kaedah double boil sehingga agak pekat


RESIPI 3 - Kak Nor

300g coklat masak
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1/4 cawan air panas (untuk step ke2 nak bagi cair dan meleleh)

- Panaskan susu pekat dan susu cair menggunakan double boiler.
- Masukkan coklat, kacau sebati. Sesudah itu masukkan mentega dan curah 1/2 bahagian atas kek. Simpan dalam 15 - 30 minit.
- Panaskan lebihan coklat dan tambah air panas. Kacau dan curahkan ke atas kek tadi


RESIPI 4 - Buku Panduan Asas Menghias Kek

300g krim putar (whipping cream)
600g coklat masakan - cincang
1/2 cawan sirap glukos/madu
2 sudu kecil mentega

- Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih. Curahkan ke atas coklat dan kacau sebati.
- Masukkan sirap glukos
- Akhir sekali masukkan mentega


RESIPI 5 - Dari buku lama saya

50g serbuk koko
1 sudu besar minyak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (atau ikut manis yg disukai)

- Campurkan kesemuanya dan panaskan atas api perlahan sambil mengacau hingga sebati dan likat

**********************************


Nota:
- Chocolate ganache boleh disimpan di luar dengan suhu bilik atau di dalam peti sejuk untuk tempoh yang lama. Anda boleh variasikan penggunaannya mengikut kreativiti masing-masing.
- Fungsi mentega ialah untuk mengilatkannya

February 16, 2013

Resipi Kek Coklat Kukus

Malam tadi cuba nak cari semula link kek coklat kukus Khalijah yg moist lagi sedap tu.. Bertambah sedap bila dah sehari berkurung dalam peti sejuk. Tapi dah scroll panjang2 di Buku Resipi tu, tak jumpa pulak. Mata dah kelat semacam... Jadi kalau nak mencari kepastian, kenalah cari sendiri di fb page Buku Resipi tu ye.. Tapi dalam tu dia letak atas karamel.


KEK COKLAT KUKUS

Bahan2:

Bhn A
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat (saya guna creamer manis je)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula

Bhn B - ayak bersama
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bhn C
3 biji telur - blend guna blender

Cara2:

1) Campurkan kesemua bahan A dalam periuk. Panaskan sebentar atas api dan kacau hingga sebati
2) Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Gaul sebati (saya guna hand whisk je)
3) Panaskan kukusan hingga air mendidih
4) Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas plastik tahan panas ikut citarasa anda.
5) Kukus selama 50 minit - 1 jam (sampai cukup masak). Pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kek.
6) Bila dah sejuk, boleh disiram coklat cair atau ganache

February 14, 2013

Kek Coklat Kukus Khalijah

Hehehe... Panjang nama kek ceklat ni. Asal namanya lain. Akak dapat resipi kek ni dari page "Buku Resipi". Dan pengirimnya ialah Khalijah (sebagaimana yg tertulis di buku nota comotku). Tapi kalau tak silap dia tulis untuk kek coklat yang ada karamel. Disebabkan akak tak berapa suka karamel (tu sebab takde post  pasal sebarang kek karamel), akak ambik bahagian kek coklat dia je. Kat gambarnya tu nampak yummilicous banget!!! Dah memang betul pun...

Malam ni nak boh gambar je. Esok kalau rajin, tepek resipinya. Nak kena search dulu link dia... Ni tgh maleh.. :P

Satu adunan dapat 3 bekas plastik ni.. 1 bekas dah di faraid kan. 1 bekas tinggal separuh. Lagi 1 bekas tunggu masa untuk di faraid jugak...

Moist dan sedap!!

Setakat ni, resipi ni sama baik dengan resipi yg akak selalu buat utk ala Russian B&W tu. Cuma kuantiti adunan dia kurang sedikit... Tak guna mentega, tapi guna minyak. Telur pun lebih sedikit...

February 13, 2013

Hidangan Jawa di Tengahari..

... buat suamiku. Hehe.. boleh sambung kat bawah lak!

Sementelah angin sepoi2 balik kampung masih menyelinap di hati sanubari, hari ini akak hidangkan lauk jawa kat en abe. Sejak balik hari Isnin semalam, baru ni pun masaknye.. Tadi kat pasar pagi, gagah akak menjala ikan keli. Beli 4 ekor je. Jangan lupa ikan temenung kegemaran akak sejak kenal dunia. Tak sangka orang Kedah pun panggil ikan kembung tu ikan temenung. Ingatkan orang Sg Tawar je hehehe... Ikan kat market balik2 itu je. Nampak tak berapa menarik. Agaknya raya Cina atau aku yg melihatnya tak menarik huhuhu..

Jadinya, harini akak masak PECEL LELE yakni ikan keli dan buat KERABU Jawa style. Buat sangatlaaa... padahal kelapa yang dah jadi bumbu kerabu tu akak tapau je dari peti sejuk makcik. Setakat ni baru buat sendiri sekali je kot. Selebihnya ambik stok makcik. Terbaik dari ladang kaedahnye!

PECEL LELE atau IKAN KELI MASAK LEMAK CEKUR.

KERABU yang juga berperisa cekur

Lauk2 berkenaan semuanya berasaskan cekur atau orang Jawa panggil kencur. Kebanyakan masakan tradisi orang2 Jawa yang agak lain sebegini menggunakan CEKUR sebagai antara bahan asas atau perencah. Memang agak jarang untuk mendapatkan lauk sebegini di kedai2 makan melainkan di kawasan yang ramai orang2 Jawa tinggal. Selalunya orang masak sendiri di rumah atau masa kenduri-kendara.


Selain cekur, masyarakat Jawa juga suka menggunakan LENGKUAS sebagai bahan utama untuk beberapa makanan tradisi seperti Sambal Taun dan Sambal Goreng. Ianya menghasilkan sedikit kelainan pada rasa makanan tersebut. Sajian Jawa juga selalunya agak manis tetapi pedas melainkan yang bernama sambal taun tu.. Kalau tak tahan pedas, kena pelan2 rasa ye.

February 5, 2013

Pelbagai Cream Cheese Frosting


Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velvet, kek rainbow/pelangi dan kek carrot. Saya kumpulkan di sini supaya lebih mudah dijadikan rujukan nanti.

Kita boleh olah semula resipi2 berikut mengikut kesesuaian, kesukaan atau mungkin bahan apa yg ada dalam simpanan kita. Sebagai contoh, kalau tak suka manis, boleh kurangkan gula. Atau kalau nak sedikit lembut (tetapi mudah cair atau sukar membentuk bunga), boleh guna whipping cream. Paling sedap dan lemak, bila kita campurkan dengan mascarpone. Saya tuliskan apa yg saya rasa mudah bagi saya je... Adakala orang mementingkan kualiti atau jenama cream cheese yg digunakan. Bagi saya, dan mengikut pengalaman, saya guna yang sesuai dengan kek dan harga kek. Yang pasti sedap dan rasanya tetap mantap! Customer pun puas.


RESIPI 1

500g cream cheese
1/2 cawan mentega
1 sudu kecil ektrak vanilla
2 cawan gula aising (boleh kurangkan ikut citarasa)

- Pukul cream cheese dan mentega sampai lembut dan gebu...  Setelah itu masukkan bahan2 lain dan putar lagi sampai kembang..  Sapu pada kek yg telah sejuk dgn berhati2...

**********************

RESIPI 2 - Kesukaan saya

360g cream cheese
70g mentega - untuk lebih sedap, guna jenis pure butter
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla

- Pukul cream cheese bersama mentega hingga kembang.
- Masukkan gula aising dan vanilla sedikit demi sedikit sambil memutar

*************************

RESIPI 3 - Joy of Baking

227g cream cheese
227g mascarpone cheese
1 sudu kecil ektrak vanilla
1 cawan gula aising
1 1/2 cawan (360ml) heavy whipping cream - saya tak berapa guna whipping cream

****************************

RESIPI 4 - selalu saya guna utk kek Russian Black

500g cream cheese
250g mascarpone
100g gula aising - ayak
1 sudu besar serbuk nescafe - ayak

- Pukul cream cheese, mascarpone dan gula hingga lembut
- Tambah serbuk nescafe dan gaul
- Masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum deko

**************************

RESIPI 5 - Buku Panduan Asas Menghias Kek

250g krim keju - suhu bilik
125g mentega
120g gula aising
1/2 sudu kecil perisa lemon

- Putar krim keju sehingga lembut dan tidak berbintil
- Masukkan mentega dan putar lagi
- Masukkan gula aising dan perisa lemon. Putar hingga sebati.

Nota:
1) Anda boleh tambahkan jus lemon sebanyak 1 sudu kecil pada setiap resipi jika suka.
2) Kebiasaannya, saya menggunakan cream cheese yang masih sejuk (baru keluar dari peti), dan mentega pada suhu bilik. Tiada masalah untuk menggunakan mentega sejuk, malah mudah untuk kita membentuk bunga.
3) Adalah sering disarankan menggunakan 'unsalted butter'. Tetapi ia tetap bergantung kepada citarasa anda. Macam saya, lebih suka menggunakan mentega Anchor (salted). Atau kalau untuk makan sendiri, guna je Buttercup. Tak cacat pun rasa...dan boleh di sedapkan lagi dengan mascarpone ;)
4) Untuk frosting kek RV dan rainbow, saya akan gandakan setiap adunan. Untuk RV selalunya menggunakan tidak kurang dari 500g cream cheese, manakala rainbow dalam 700g sebab banyak layer.


February 3, 2013

Pelbagai Resipi Buttercream

Gambar oleh Wilton

Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera Cake. Sebabnya, saya lebih menyukai rasa cream cheese atau fresh cream untuk beberapa kek saya yang memerlukan frosting.

Kali ni, saya nak kongsikan beberapa resipi buttercream yang ada dalam simpanan. Ini sebagai panduan bila2 masa saya perlu menggunakannya. Kadangkala saya mengadunkannya sebagai latihan dekorasi.

Ihsan Google

RESIPI 1

250g Buttercup
250g krimwell
250g gula aising - ayak 2 kali
2 sudu besar air susu

Cara2:
Pukul buttercup dan krimwell dengan kelajuan maksima hingga kembang dan gebu.
Masukkan gula dan susu dan pukul lagi dengan kelajuan sederhana.

****************************
RESIPI 2

250g buttercup
250g krimwell
250g krimer manis atau sirap gula
1/2 sudu teh esen vanilla

- Pukul buttercup dan krimwell dengan kelajuan tinggi
- Masukkan bahan2 lain dan pukul dengan kelajuan sederhana hingga gebu

***************************
RESIPI 3

250g butter
125g krimwell/marvello/supertact
125g gula aising - ayak

- Pukul semua bahan dengan kelajuan minima untuk mendapatkan krim yang cantik. Pukul sehingga gebu.

****************************
RESIPI 4 - BAJET

500g gula aising
100g majerin Pelangi
1 kg krimwell

- Pukul majerin dan krimwell hingga kembang. Masukkan gula aising dan pukul hingga gebu dengan kelajuan sederhana

***************************
RESIPI 5 - WILTON

1/2 cawan lemak sayuran (shortening)
1/2 cawan butter (boleh guna krimwell untuk hasil yang lebih putih)
1 sudu kecil ekstrak vanilla
4 cawan gula aising
2 sudu besar susu

- Pukul lemak sayuran dan butter sehingga kembang. Masukkan vanilla, gula sedikit demi sedikit dan susu.
- Pukul dengan kelajuan sederhana
- Jika menggunakan shortening, boleh tambahkan dengan 1/2 sudu teh perasa butter

***************************
 RESIPI 6  

500g krimwell
250g shortening / butter
100 ml air gula *
(cara buat air gula - 300g gula + 100 ml air + 2 st lemon jus. Masakkan gula dan air. Bila sejuk, baru masukkan jus lemon)

- Pukul krimwell dan butter/shortening. Bila dah kembang, masukkan air gula

*************************
RESIPI 7 - Buku Panduan Asas Menghias Kek

500g krimwell
200g lemak sayuran (shortening)
160g gula aising - ayak 2 kali
2 sudu besar susu pekat (boleh abaikan)
1 sudu kecil vanilla
1/2 sudu teh minyak mentega (butter oil)

- Pukul krimwell dan shortening sehingga gebu. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
- Masukkan vanilla dan minyak mentega. Baru masukkan gula aising dan putar sehingga gebu

****************************
Edited 040216

RESIPI 8 - dari Azlita Masam Manis BC untuk bunga sahaja

150g shortening
200g gula aising
Perasa nenas atau strawberry yang tiada warna

- Ayak gula aising
- Satukan semua bahan dan putar dengan speed perlahan sehingga kental
- Jangan terlalu lama kerana boleh lembik



Resipi 9 - Swiss meringue buttercream

Saya gunakan untuk kek pandan gula melaka. Kalau nak guna untuk kek lain, abaikan paste gula melaka tu.

Bahan2 (utk topping 13-14 biji cupcakes):

2 butir putih telur
100 g gula castor (fine granulated pun boleh)
Secubit garam
150 g mentega (suhu bilik) - potong kecil2
1 sudu teh esen vanilla

* Untuk kek pandan gula melaka sediakan paste lebih awal:
50 g gula melaka/gerek
1-2 helai daun pandan
1/8 cawan air

Cara2:

1) *Masak gula melaka, pandan dan air sehingga hancur keseluruhan gula dan sejukkan.
2) Masuk putih telur, gula dan garam dalam bekas tahan panas dan panaskan secara double boiled sehingga gula hancur. Rasa dengan jari, jika tiada berpasir2 terus angkat.
3) Pukul telur sehingga kental (bertanduk). Pastikan ia dah sejuk.
4) Masukkan esen vanilla diikuti mentega sedikit demi sedikit sambil memukul. Setiap kali masuk, pastikan sudah sebati baru masukkan sebahagian lagi, sehingga selesai.
5) *Tambah 2 sudu besar paste gula melaka atau lebih jika suka. Pukul sehingga sebati dan boleh terus digunakan.


February 2, 2013

Karipap Airtanganku


Akak tengah memerhati anak akak, Fawwaz makan karipap di tengahari. Dah masuk 4 ketul. Macam nikmat je dia makan. Pagi tadi macam tak pandang je. Akak goreng extra bersama2 karipap yg ditempah dek Kila, customer baru kat sini. Hari2 Kila tolong orderkan utk kawan2 dia kat BSN tu.. Suka akak!!

Fawwaz suka makan karipap mak dia ni kiranya baru-baru ni je. Dalam 6 bulan ni. Dulu2 dia diehard fan pau gebu mak dia. Sekali makan 3 biji. Tapi sebab la ni mak dah stop buat, dia pun dah tak sebut. La ni kalau pergi rumah orang bawa buah tangan karipap, dia yg tolong habiskan. Tersipu2 kucing mak dia. Malu dengan tuan rumah. Habis nak buat camna? Takkan nak cubit kecik2 macam zaman mak dulu... Mau dia buat hal dan2 tu jugak!

Tapi sebenarnya dia ada deria bau dan rasa yg agak tajam. Kalau dengan mencium dia dah tak berkenan, sampai bila2 pun dia tak mau makan. Macam tu juga rasa.. Kalau ada rasa2 asing atau pelik, memang dia takkan usik. Ada kacang pun dia tak mau. Ada bakat jadi chef bakery yg cerewet dan pembersih. Sementelah hari2 buat kek kat iPad tu... hahaha!

Tayangan percuma choc cupcake ku di sebalik rose... :D

February 1, 2013

Ikan Kembung Sumbat

Ada beberapa menu akak buat hari ni khas untuk santapan en suami... Kalau en abe takdak, akak makan cincai2 je.. Takpun tapau je kat gerai luar tu. Sedap dan murah. Kalau takat ikan kembung bakaq + sayur peria goreng favourite akak, harganya cuma RM3.50 kot.. Tak sampai RM4 pun. Tangan tak kasaq basuh periuk, peluh tak keluaq, hati pun senang bila dah kenyang... lalala.


Untuk sarapan, abe request kue tiaw goreng. Pastu buatkan kuih ketayap inti durian yg dia suka tu. Iyalah, isteri buat dengan penuh kasih sayang.

Untuk lunch, masak ringkas dan sihat je. Taknak berlebih2.. Sup sawi dan kembung sumbat je. Dah lama akak nak buat cencaru sumbat, tapi cencarunya tak mari2... Balik2 kembung jugak! Selain tukang masak suka, kucing pun sama2 suka... Takpelah, akak tepek juga resipinya. Kalau tak, sepi pulak blog yg memang sepi ni... hehe.

IKAN KEMBUNG SUMBAT KELAPA
(Versi apa2 je bahan yg ada kat rumah...)

Bahan2:

3 ekor ikan kembung - yg sederhana besar sikit
1 cawan kelapa parut
1/2 labu bawang besar - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
1 sudu cili kisar
1 sudu kecil tomyam paste
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit gula
3 helai daun pandan

Cara2:

Bersihkan ikan. Belah bahagian belakangnya.
Gaul kelapa parut dengan bahan tumbuk/kisar, tomyam paste, kunyit, garam dan gula. Boleh tambahkan serai untuk lagi sedap (tadi saya takde stok serai)
Sumbatkan kelapa ke dalam belahan ikan.
Lilitkan dengan daun pandan dan sematkan dengan lidi atau pencungkil gigi.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Letakkan ikan dan balik2 kan. Tutup supaya lebih cepat masak keseluruhan ikan.