Pages

February 5, 2013

Pelbagai Cream Cheese Frosting


Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velvet, kek rainbow/pelangi dan kek carrot. Saya kumpulkan di sini supaya lebih mudah dijadikan rujukan nanti.

Kita boleh olah semula resipi2 berikut mengikut kesesuaian, kesukaan atau mungkin bahan apa yg ada dalam simpanan kita. Sebagai contoh, kalau tak suka manis, boleh kurangkan gula. Atau kalau nak sedikit lembut (tetapi mudah cair atau sukar membentuk bunga), boleh guna whipping cream. Paling sedap dan lemak, bila kita campurkan dengan mascarpone. Saya tuliskan apa yg saya rasa mudah bagi saya je... Adakala orang mementingkan kualiti atau jenama cream cheese yg digunakan. Bagi saya, dan mengikut pengalaman, saya guna yang sesuai dengan kek dan harga kek. Yang pasti sedap dan rasanya tetap mantap! Customer pun puas.


RESIPI 1

500g cream cheese
1/2 cawan mentega
1 sudu kecil ektrak vanilla
2 cawan gula aising (boleh kurangkan ikut citarasa)

- Pukul cream cheese dan mentega sampai lembut dan gebu...  Setelah itu masukkan bahan2 lain dan putar lagi sampai kembang..  Sapu pada kek yg telah sejuk dgn berhati2...

**********************

RESIPI 2 - Kesukaan saya

360g cream cheese
70g mentega - untuk lebih sedap, guna jenis pure butter
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla

- Pukul cream cheese bersama mentega hingga kembang.
- Masukkan gula aising dan vanilla sedikit demi sedikit sambil memutar

*************************

RESIPI 3 - Joy of Baking

227g cream cheese
227g mascarpone cheese
1 sudu kecil ektrak vanilla
1 cawan gula aising
1 1/2 cawan (360ml) heavy whipping cream - saya tak berapa guna whipping cream

****************************

RESIPI 4 - selalu saya guna utk kek Russian Black

500g cream cheese
250g mascarpone
100g gula aising - ayak
1 sudu besar serbuk nescafe - ayak

- Pukul cream cheese, mascarpone dan gula hingga lembut
- Tambah serbuk nescafe dan gaul
- Masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum deko

**************************

RESIPI 5 - Buku Panduan Asas Menghias Kek

250g krim keju - suhu bilik
125g mentega
120g gula aising
1/2 sudu kecil perisa lemon

- Putar krim keju sehingga lembut dan tidak berbintil
- Masukkan mentega dan putar lagi
- Masukkan gula aising dan perisa lemon. Putar hingga sebati.

Nota:
1) Anda boleh tambahkan jus lemon sebanyak 1 sudu kecil pada setiap resipi jika suka.
2) Kebiasaannya, saya menggunakan cream cheese yang masih sejuk (baru keluar dari peti), dan mentega pada suhu bilik. Tiada masalah untuk menggunakan mentega sejuk, malah mudah untuk kita membentuk bunga.
3) Adalah sering disarankan menggunakan 'unsalted butter'. Tetapi ia tetap bergantung kepada citarasa anda. Macam saya, lebih suka menggunakan mentega Anchor (salted). Atau kalau untuk makan sendiri, guna je Buttercup. Tak cacat pun rasa...dan boleh di sedapkan lagi dengan mascarpone ;)
4) Untuk frosting kek RV dan rainbow, saya akan gandakan setiap adunan. Untuk RV selalunya menggunakan tidak kurang dari 500g cream cheese, manakala rainbow dalam 700g sebab banyak layer.


141 comments:

  1. Akak nak tanye kalau buat cream cheese tu ltk trus kalu buat pgi kene ltk dlm pti aiske kalu x die cair x??

    ReplyDelete
  2. Cream cheese elok letak terus atau simpan dulu dalam peti ais supaya tak lembik. Tengok pada campurannya.. Selalu kalau akak guna campuran buttercup, dia agak tahan diluar.. kalau jenis anchor atau yg sewaktu, agak lembik kalau lama di luar tp lebih sedap. Kalau tambah mascarpone, mmg kena sentiasa sejuk..

    ReplyDelete
  3. Sorry, tadi ada satu komen saya terdelete guna tablet... maklum kecik sgt berbanding jari akak hehe!
    Pasal Kek Rainbow, sukatan gula dan butter tak sama.. Kek rainbow hat tingkat2 tu, butter 1 cawan : gula 2 1/2 cwn.. Tapi kalau kek belang kampung akak tu, memang sukatan gula dan majerin/butter sama banyak...

    ReplyDelete
  4. Salam.. macam mana ye nk buat cream cheese yg tahan di luar lama? X cair walaupun letak luar peti ais? Tq..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam..

    Kebiasaannya kalau guna hanya campuran ising sugar n butter cth buttercup, farmcows agak tahan lama di luar.. Kalau butter yg lebih mahal mcm anchor ke, lebih mudah lembik.. Jangan letak mascarpone ye. Cuma, cream cheese kalau lama2 di luar cth lebih sehari, mmg boleh rosak rasa..

    ReplyDelete
  6. sy ada buat cream cheese frosting guna philadelphia cream cheese, butter, icing sugar n lemon. tp agak x tahan kalau duduk luar. ap sy boleh buat nak bg tahan lama sikit? ada pendapat x? :)

    ReplyDelete
  7. Anon.. tak tahan macamana ye? Cair atau rosak rasanya? Mungkin nisbah campuran bahan tu.. Hakikatnya, utk mengekalkan rasa, cc frosting sebaiknya dalam keadaan sejuk. Tapi setakat seharian di luar, selalunya sy tak menghadapi masalah.. asal cuaca tak panas sgt

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..
    Saya nk tny.. sy nk try buat resepi no 2.. sbb saya rasa mudah.. tp sy nak tambah mascopone cheese.. jd sukatan nye mcm mne ye.. kalu blh saya nk yang keras sikit.. sbb buat bentuk.. ada suggestion x.? hihihi

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam Farah..

    Cuba letak 100g je mascarpone n the rest cream cheese.. dah rasa juga lemak2 berkrim dia tu. Saya selalunya tambah ikut sukahati je tak ikut sukatan khas.. just nak bagi tambah sedap.

    ReplyDelete
  10. Pagi ni saya makan carrot cake dgn cream cheese respi 2.. Kek tu buat sebelum puasa lagi. Simpan dalam fridge.. Nampaknya masih kekal sedap rasa creamnya nya sbb jarang usik :D

    ReplyDelete
  11. Kalau nak buat chocolate cream cheese frosting pulak camna??nak try flavour len plak la....ble tak??

    ReplyDelete
  12. Safrina... cuba tambahkan sedikit chocolate emulco.. kalau nak rasa strawberry letak stberry emulco.. atau nak rasa kopi, saya suka lagi letak nescafe.. macam tu lah.. :)

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum..
    Klu sye guna resepi no 2, blh uat deco x.. sye pnh uat sbelum ni, cream cheese tu jd lmbik.. xblh nk uat deco..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Waalaikumsalam Anon..
    Boleh. Kalau ikut betul2 resipi tu n instruction, takde masalah utk buat deco,, Cheese tu jangan tunggu sampai suhu bilik untuk putar. Sebaiknya cream cheese & butter masih sejuk atau baru keluar peti sejuk, terus putar..


    ReplyDelete
  16. datang cedok resepi frosting untuk kek red velvet..thanks!

    ReplyDelete
  17. Best la akak ni..tak kedekut ilmu.thanks kak!😘

    ReplyDelete
  18. assalam puan..boleh sy tau x..kalau x letak jus lemon dlm bahan2 kt atas..boleh x..kalau xde lemon blh gnti dgn yg lain x..maaf..sy br belaja nk buat kek2 nie..hihi:)

    ReplyDelete
  19. Waalaikumsalam Rieyn Anna..
    Takde masalah kalau tak letak jus lemon. Saya pun letak ikut mood samada nak masam sikit atau tak dan ikut jenis kek.. Cream cheese tu sendiri ada sedikit rasa masam. Takde lemon, boleh letak lime juice atau sunquick. Kalau saya lebih suka letak vanilla extract jenis serbuk tu..

    ReplyDelete
  20. mcm mana nak hias cream cheese guna bentuk rose tu ya?

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah,blog resepi terbaekklah..thanks atas ilmunya..

    ReplyDelete
  22. T.kasih... masih tahap biasa2 je, sekadar guna pengalaman sendiri

    Miazdalyana.. sy tak pasti nak jawab macamana. Kalau saya, guna nozzle rose biasa tu je, atau yg bentuk bintang tertutup saiz besar.. Tp cream cheese adunan saya biasanya gak lembut n sukar sikit. Kena sejukkan lama sikit dan cepat2 buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dgn mslh yg sy prnah buat..cream cheese frosting jd lembik..xdpt nk deco bunga guna nozzle pn..huuu..
      Akak ada pnmbahan bhn ke yer nk bg keras skt n sng nk deco?

      Delete
  23. Salam..boleh x kak siti buat page yang berkaitan mcamana nak hiaskan kek guna butter cream atau cream cheese..maksud saya tunjukkan step by step nak sapu buttercream atas kek..coz apabila saya buat kek jadi comot dan berhabuk..nape ye?

    ReplyDelete
  24. W'salam Anon... InsyaAllah, ada masa nanti akak buat. Sebenarnya sebelum sapu kek dengan krim yg tebal tu, kena buat crumb coating dulu... iaitu salut kek dengan krim secara nipis dulu.. Kalau nak lebih senang, lepas crumb coating, sejukkan kek dlm fridge.. Lepas 30 min, keluarkan n baru sapu krim lebih tebal dan deko :)

    ReplyDelete
  25. salam, akak kalu wt resepi no 2 2 dgn kek span pndan sdp x ea rasenye?

    ReplyDelete
  26. W'salam Eyma... setakat ni akak dah cuba utk span rainbow pelbagai perisa dan semua kek akak. Tapi utk perisa pandan belum pernah lagi.. Eyma cubalah. Mungkin sedap sebb cream cheesenya pun dah sedap... :D

    ReplyDelete
  27. Assalam...akak, saya nak tanya, kenapa cream cheese frosting saya cuma cantik untuk sehari saja, samaada suhu bilik atau dalam peti sejuk. lepas sehari, frosting tu dah mengecut/menipis, tak nampak segar atas kek dan warna jadi kekuningan. sukatan saya, 500g cream cheese, 5sudu besar butter, secawan gula aising, satu sudu esen vanila. terima kasih

    ReplyDelete
  28. salam kak utk resepi no 2 pure buter tu yg brand apa ye ? cream cheese resepi no 2 tahan lama tak duduk luar lebih dari 2 hari ?

    ReplyDelete
  29. Wsalam..

    Akak tak pasti la kenapa frosting tu menipis.. kebiasaan akak kalau 500g cream cheese tu, akak guna butter 90-100g n gula aising 270g gitu... OK jue. Utk vanilla, akak guna yg jenis serbuk..

    Pure butter tu cth Anchor, golden churn.. Tapi kalau nak guna buttercup pun OK je... ;) Sebaiknya simpan dlm petisejuk sebab cream cheese akan rosak rasa kalau lama2 kat luar esp cuaca panas

    ReplyDelete
  30. saya nank tanya kalau nak buat snow cheese meleleh tu..apa kah resepi yg sesuai dan muai( dapt bnyk)..cream cis tu nak kena pukul gebu ke?

    ReplyDelete
  31. Wiezureen,
    snow cheese tu selalunya orang tak guna resipi spt di atas... Kebanyakannya guna cream cheese & susu pekat manis.. Kalau google, mesti jumpa banyal resipinya. Saya pun tak boleh nak bagitau bab2 muai tu sbb tak buat bisness cheese leleh.. tu yg tak pasti :D

    ReplyDelete
  32. saya nak wat kek pelangi rs nya cream cheese frosting yg mana satu patut sy buat..lg satu sy nak yg jenis tahan lama di luar dlm 2 atau 3 jam..

    ReplyDelete
  33. Salina,

    Utk kek pelangi, saya selalunya guna resipi 2 yg 360g cc tu... tapi kena buat double, kdg2 lebih lagi ikut banyak mana deco nya.. Kebiasaannya sehari pun tahan di luar asal tak terlalu panas..

    ReplyDelete
  34. Salam.. Akak, nk pkul creme cheese sje blh ke? Sbb ari 2 ade try pkul creme cheese jge.. Tp die jd berair n berketul..

    ReplyDelete
  35. salam kak..
    sy nk tnye,, klo utk resepi cc frosting no 5 tu cukup x utk sapu pd kek berukuran 8" loyang bulat dan utk deco..???

    ReplyDelete
  36. Salam kak, boleh ke gantikan buter ke shortening atau krimwell untk membuat cream chese frosting ni, dan t.q atas tnjuk ajar.semua best.

    ReplyDelete
  37. Wsalam..
    Boleh letak whip cream.. Mcm selalu org buat utk cheese meleleh tu mmg letak whip cream atau susu cair... bukan susu segar.

    ReplyDelete
  38. Salam..kak sy nak tnya klu cheese cake d ltak luar peti sejuk tahan brapa jam xrosak ke kek tu sbb sy nak hntar kek ke kedai dn ltak kat luar je bkn dlm peti sejuk..

    ReplyDelete
  39. Waalaikumsalam..

    Cheese cake yg macamana? Kalau topping saja yg cheese cth red velvet dll tu seharian tahan.. cuma dari segi kualiti dan kesedapan akan terjejas kalau lama sgt di luar terutama musim panas ni..

    ReplyDelete
  40. akk..sy n buat layer kek guna cream cheese resepi no bp yg ok?n tahan x kalo kat luar seharian?rosak tk rasanye?

    ReplyDelete
  41. Utk layer mana2 pun boleh... kalau akak kebiasaan guna resipi no2.. Kalau ada campuran lain cth mascarpone, lebih elok sejuk sebab mudah lembik..

    ReplyDelete
  42. Waalaikumsalam..
    Boleh letak warna.. :)

    ReplyDelete
  43. salam. terima kasih atas perkongsian ilmu yer kak...smg btmbh murah rzki akak.

    ReplyDelete
  44. salam.kak saya de bli krim keju yg ready made.cina kdai 2 kta blh trus guna n sapu atas kek.saya ingt nk buat kek keju meleleh.pe lg bhn yg blh sya tmbh utk bg krim 2 jd lbh byk.krim tu rs msm n manis buah je

    ReplyDelete
  45. Waalaikumsalam... Boleh whipping cream atau susu cair saja... agak2 je kuantitinya.. nak letak fresh cream pun boleh n lagi sedap

    ReplyDelete
  46. assalamualaikum akak,kalau guna cheese cream yang no 2 tu boleh letak ats kek kukus tk ?

    ReplyDelete
  47. Terima kasih Cik Siti Abu Sujak kerana ikhlas dan murah hati berkongsi ilmu. Moga Cik mendapat berkat.

    ReplyDelete
  48. salam kak..sya mmg fail buat cream cheese frosting..xpernah menjadi..slalunya mesti lembik..xboleh nak hias dgn cantik..bru2 ni sya ada plak terjumpa resepi guna whiping cream..tp dlm resepi tu x tulis pun yg whipng cream tu bolh trus cmpur dlm cc or kna pukul asing dlu..hrap akak dpt mmbntu sya sgt2

    ReplyDelete
  49. Terima kasih bebanyak untuk tips ni kak. 😀😁😊

    ReplyDelete
  50. Terima kasih kak, saya buat resipi yg ke 2.

    Sedap, tambah oreo.. pergh. makin lah bulat.

    TQ ye!

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum..
    Akak, sy buat red velvet. Nak yg simple ja.. Yg mana sesuai??

    ReplyDelete
  52. Waalaikumsalam.
    Kebiasaannya akak guna resipi 2..

    ReplyDelete
  53. as salam..
    saya ada buat btrcream menggunakan gula aising tp tk jadi.. resepi mnta saya pukul hingga gula hancur dan tk rasa biji2 ditangan bila pegang.. saya pukul guna speed maksima.. mslhnya adunan mnjadi bintil2 dan gula tk hancur.. knapa jadi begitu? perlukan pukul adunan hingga gula hancur?

    ReplyDelete
  54. Waalaikumsalam..
    Saya tak berapa pakar dgn buttercream sbb selalu mengelak dr gunakannya. Tapi apa yg basic, kalau nak buat apa2 cream, gula aising mestilah diayak dulu. Sebaiknya utk buttercream, guna speed rendah atau sederhana tetapi lama sikit, sampai membentuk cream yg cantik.. :)

    ReplyDelete
  55. suka la stail cik siti ni..kl bg resepi mesti byk choices..so xyahla sy nk google kat lain lg..hihi..perkongsian yg hebat.tq

    ReplyDelete
  56. assalamualaikum k. siti..buat crumb coating itu macam mana yaa?

    tq k.siti, mmuahs

    ReplyDelete
  57. Waalaikumsalam Salwati...
    crumb coating tu proses mula2 menyalut kek tu supaya tak comot nanti dgn serbuk2 kek tu.. Sebelum deko cantik, salut nipis dulu kek dengan cream supaya serbuk2 kat tepi kek tu melekat.. Lepas tu simpan dlm fridge kejap (utk memudahkan kerja), baru salut dgn krim dgn lebih tebal dan deco.. :)

    ReplyDelete
  58. Oo..thx k.siti..Barakallahualaik dear! :)

    ReplyDelete
  59. Kak..kalau guna gula biasa pastu blend..bleh x?

    ReplyDelete
  60. Huhu.. tak pernah pulak pakai gula blend. Sebaiknya guna je gula ising.. Selain halus, manisnya kurang sikit dr gula biasa.. Tp mesti nak kena ayak juga supaya lebih ringan, dan halus creamnya

    ReplyDelete
  61. Assalam kak siti.

    saya x pernah nampak topping cream cheese diwarnakan. Boleh tak kalau letak pewarna eg:merah biru kuning utk deko rainbow kek???

    ReplyDelete
  62. Waalaikumsalam luny.. boleh warnakan, mcm yg kak selalu buat kat bunga atau corak deco kek tu. Kena pandai adjust la kalau tak susah nak bentukkan..

    ReplyDelete
  63. Assalam puan kalau nak cream cheese tu tahan lama mcm dalam 3 hari nak kena letak apa ye

    ReplyDelete
  64. Wsalam... kalau letak dlm peti sejuk memang tahan berhari2.. tp kalau di luar, sy pun tak pasti. Setakat seharian rasa tak banyak berubah, kalau dah hari ke2 akan jadi lembik.. apalagi kalau cuaca panas..

    ReplyDelete
  65. Assalam cik siti,boleh simpan x baki cream cheese frosting dan choc ganache yg x habis dlm peti ais @ freezer? Brp lama boleh simpan? Tq

    ReplyDelete
  66. Waalaikumsalam... simpan dalam refrigerator tgh tu saja dah cukup..tak perlu dlm freezer. Kalau tak tercemar, cc tu sebulan pun sedap lagi.. ganache lebih tahan lama..

    ReplyDelete
  67. assalmkm kak...nak ty....saya nak letak frosting utk cupcake...bole ke campur creamcheese dan krimwell? maksud saya mix sekali 2 bhn ni dan pukul sekali.....huhu

    ReplyDelete
  68. Salam sis...klu xletak jus lemon xpe ke..ade pganti x .nk bg rase seakan lemon...

    ReplyDelete
  69. Waalaikumsalam.. Boleh je klu tak letak jus lemon.. boleh letak perisa lemon..

    ReplyDelete
  70. Salam.kalau nk buat choc cream cheese kena ltk ekstrak vanila jgk ke?sy baru nk blaja buat kek :)

    ReplyDelete
  71. Waalaikumsalam.. takpe, OK kalau tak letak.. guna coklat emulco ye :)

    ReplyDelete
  72. Salam kak Siti..

    Nak tanya sket.

    Sy buat kek red velvet. N guna creme cheese frosting (450gm cc, 4 tbsp susu segar, 4tbsp susu pekat, n 1tbsp lemon) utk topping.

    Sometime buat n then simpan dalam peti ais, frosting tu serap warna kek tu. Kenapa eh? Ada tips tak utk elakkan jadi lagi?

    Thank you :)

    ReplyDelete
  73. Waalaikumsalam Reramaungu..

    Akak tak pastilah kenapa.. mungkin sebab penggunaan liquid (susu) instead of gula aising je mcm akak selalu guna.. Tp ni andaian akak je ye :)

    ReplyDelete
  74. Salam kak, npe yea sy buat frostng dy ,untk rd velvet .. Lembik smpai x dpat nk jd bentuk.. Rasa dy sume ok, juz cair sgt . Sbb mix trlalu lme ke ? Mcmmana nk bg dy cntk? Mudah bentuk .. :D

    ReplyDelete
  75. Waalaikumussalam miss rara..
    Ada pelbagai sebab kalu frosting boleh lembik.. samada kandungannya, over beat, cheese lama di luar, etc... Biasanya sy guna cream cheese yg masih sejuk (bukan suhu bilik)dan pukul tak lama.. kalau letak liquid cth whipping cream, susu dll dia lebih mudah lembik

    ReplyDelete
  76. Assalam.. akak, jika sy nk buat cream cheese dan nk mkn pd wktu tghri, wktu bila sesuai utk buat? Brapa lama cream cheese boley bertahan jika di luar peti sejuk? Jika sy letak dlm bekas polisterin cmpur dgn ais, adakah tekstur n rasany akan berubah? Dan 1 lg, jika sy nk buat frosting mnggunakan krimwell boley ke?

    ReplyDelete
  77. Waalaikumsalam Fatin..
    Akak jawab ikut pengalaman ya.. Cream cheese tu tahan je kalau letak diluar utk beberapa jam.. Asalkan tak letak bahan yg memudahkan dia lembik spt mascarpone, whipping cream, susu, dll. Akak pernah semalaman letak diluar saja sebab tak muat peti.. dan masih elok cuma mungkin kurang feel nak makan sbb bg akak cream cheese sedap kalau sejuk sikit.

    Krimwell mmg boleh dibuat frosting.. Ia bahan campuran untuk buat BUTTERCREAM.. Kena campur butter untuk lebih sedap..

    ReplyDelete
  78. Salam sis..thnks sharing info yg menarik..sy nk tanya klau nk wt cupcake red velvet creamcheese utk doorgift kawin sesuai x?risau plak creamcheese jd cair nanti..

    ReplyDelete
  79. assalam sis....nak tnya..klau utk letak atas carrot kek n cream cheese tu tebal n keras mcm kat secret recipe tu guna resipi no bape ye? sbb dulu pernah buat tp cream cheese tu jadi lembik....ke sbb lps sapu cream kat kek sy x masuk kan dlm peti ais?

    ReplyDelete
  80. Salam kak, saya nak tanya sikit.. Saya kena buat cupcake dgn cream cheese dan hantar awal pagi. Pada hemat akak lebih baik buat malam sebelum dan simpan peti sejuk atau biar je di luar? Saya biasa guba buttercup dan pakai resepi no 5.. Terima kasih kak!

    ReplyDelete
  81. Waalaikumussalam.. Sorry lambat baca n reply.. Cream cheese kalau nak maintain elok dan sedap, sebaiknya simpan dalam petisejuk.. Kalau simpan luar akan jadi lembik

    ReplyDelete
  82. Salam akak . saya ain . sy bru jumpa blog ni . sy nk tnya . sy nk buat rainbow cake . dan topping guna cream cheese + whipping cream + gula. agak2 tahan x kalau letak luar peti ais? Tapi di tmpat yg beraircond . dari 7am-5pm ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis nk tye tahan x kek sis tu..
      klu ltk tmpat yg beraircond..sy da tmph kek tpi isau lak cair kli perjlnn dlm 1 jam lbh

      Delete
  83. salam kak. kalau untuk buat Kek rugged yg tgh famous skrg ni kan utk cuba jual, elok pakai resepi mana kak ye? lg satu kan.. mcmana nk kurangkan manis ganache ya? selalu buat tp rasa mcm manis resepi2 yg penah Cuba.

    mintak maaf kak byk pulak tanya hihi

    ReplyDelete
  84. Cik Shuha,
    Boleh je guna mana2.. yg penting nak buat rugged tu presentationnya akak rasa.. tak perlu nak sweet2 deconya, cuma perlu nampak very tempting..
    Punca manis ganache tu dtg dari coklatnya.. nak kurang manis bolehla tukar guna chocolate bitter sweet atau yg sewaktu.. jgn guna coklat biasa yg sedia manis

    ReplyDelete
  85. Salam kak..
    saya 1st time nk bake guna cream cheese.. sy nk buat creamcheese brownies :http://www.bettycrocker.com/recipes/cream-cheese-swirl-brownies/868896b5-84a3-4c64-af34-58fb5a00470d

    Soalan saya
    1. Mcmana nk tahu creamcheese tu dh masak? Dia akan mengeras atau kekuningan ke?
    2. Mcmana nk keluarkn creamcheese brownies dr loyang? Kalau terbalikkan, akan rosak x cream cheese tu?
    3. Lebihan topping/filling cream cheese tu bole simpan dlm peti ais x? (125g cc, 1 telur, 3sudu gula, 1/4 vanilla)

    Thank u sgt kak

    ReplyDelete
  86. Assalamualaikum sis nk tnye resepi cc mne yg sesuai gune untuk brownie kukus? And ad pape advice x? Thank you..

    ReplyDelete
  87. Assalam.. maaflah kali ni akak tak pandai nak jawab pertanyaan cc utk brownies sbb tak pernah buat..

    ReplyDelete
  88. As salam..cream cheese ni thn x utk perjalanan jauh..katakankanlah majlis sabtu tp hr khmis dh buat..thn lme x krim tu..tme ksh

    ReplyDelete
  89. Waalaikumussalam MyCivic..
    Berapa jauh perjalanan,, ya? Setakat Kedah ke KL tu tak jadi masalah asalkan tak diletakkan di tempat panas. Dia akan jadi lembik sikit. Boleh buat awal.. tapi kena simpan di tempat sejuk (peti sejuk), Kalau tak jadi lembik dan rasanya kurang sedap/fresh.

    ReplyDelete
  90. Assalam kak, cc boleh ke ltk ats kek yg di kukus?

    ReplyDelete
  91. Waalaikumsalam..
    Kalau sama2 dikukus akak x pernah buat n tak pasti
    Kalau kek dah lepas kukus/masak n letak, OK je.. :)

    ReplyDelete
  92. Saya buat topping . Letak susu cair dan susu pekat then cream cheese . Then saya masak . Sebab ni first time buat . Topping tu rosak ke tak eh ? Sebab dia tak cair macam orang lain buat . Sebab saya silap panaskan dia

    ReplyDelete
  93. Tak tau akak nak jawan Izah.. sebab tak pernah buat lagi tu.. Biasanya kita tak perlu nak masak2 kalau buat topping cream cheese ni..

    ReplyDelete
  94. salam,
    kak resepi mana boleh digunakan untuk deko bunga..saya selalu buat bunga jadi tak cantik.. adunan lembut . tq

    ReplyDelete
  95. Waalaikumsalam..
    Adunan cream cheese dlm ni mostly memang jenis lembut (bila dah tak sejuk).. tak mudah membentuk bunga mcm kalau guna buttercream. Cuma kebiasaannya kalau nak menghias tu, akak simpan dulu dlm peti sejuk baru mula piping apa yg patut.. Maaf ya kalau x berapa membantu :)

    ReplyDelete
  96. Assalam...nk tnye klau x letak jus lemon boleh tk??:-)

    ReplyDelete
  97. Waalaikumussalam..
    takda masalah.. boleh je x letak jus lemon sbb kebanyakan jenis cream cheese dah ada masam skit

    ReplyDelete
  98. assalam...kak nak tanya tentang crumb coating tu, mcm mne nak buat krim utk crumb coating tu kak..boleh ajar caranya tak...@ boleh ke crumb coating guna whipping cream ready to topping

    ReplyDelete
  99. Waalaikumussalam.. crumb coating tu guna cream yang sama untuk tutup keseluruhan kek (topping/frosting) samada buttercream, cream cheese, fresh cream dsb. Ianya proses permulaan untuk menutupi kek dengan lapisan krim yg nipis untuk memudahkan kerja seterusnya, supaya tak comot kerja2 tu dengan lebihan2 kek yg tak melekat(crumbs).

    ReplyDelete
  100. Aslmkm akk..
    Sy nk tny..Sy buat fondant kek red velvet with lemon creamcheese pada hr rabu semlm untk wedding..Tp potong kek hari sabtu berikutnya..Perlu ke sy simpan dlm fridge?Sy takut rasa kek sy tu rosak..Sy letak dlm bilik berhawa dingin fondant ok je tp takut rasanya dah x elok..Klu letak dlm fridge x berpeluh ke kek tu nnt bila dikeluarkn..Setahu sy fondant x leh kena air nnt permukaan rosak..

    ReplyDelete
  101. Waalaikumussalam..
    Maaf sis.. akak tak pernah buat kek fondant so tak tau nak jawab.. Tapi kalau guna cream cheese sahaja sebaiknya simpan dalam fridge sebab mudah rosak rasanya..

    ReplyDelete
  102. Assalamuaikum akak.. Nk tnya, kek red velvet with cheese frosting boleh than brapa lama ye kalau letak dalam fridge? 1-2 minggu boleh than ke? Trima kasih

    ReplyDelete
  103. Waalaikumussalam.. InsyaAllah tahan je.. cuma kadang kek akan menjadi kering sikit

    ReplyDelete
  104. As Salam sis sy nk buat resepi No 2 tp nk gandakan dlm 500 g cream cheese. Nk resepi yg x mudah cair.

    ReplyDelete
  105. untuk durian cheese cake...letak lemon juga ke untuk tahan lama...

    ReplyDelete
  106. Assalamualaikum Puan,
    Saya buat frosting Red Velvet Cheese ..... 500gm cream cheese, 200 gm butter dan asing sugar. Saya guna loyang 9 in sebab tak nak terlampau tinggi kek. Cream saya tak cukup. Kalau tambah cream cheese jadi 700gm, macam Puan cakap tu....butter pun nak kena tambah jugak ke amountnya.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  107. assalam kak siti..akak ada nyatakan cream cheese kalo letak dluar akn rosak rs..tp mslh sy kiranya sy toppingkn cupcake dgn cream cheese pd mlm ari prlukah sy simpan dlm fridge utk mjlis esoknyer?

    ReplyDelete
  108. Salam kak ct... nak tumpang tanya.. hehe.. sy nk buat kek utk bday anak.. no buat 2tier.. bwah choc moist.. atas rainbow... nk tanya resepi cc mne yg sesuai utk filling n salut 2-2 jenis kek ni?? Kalo bleh nk buat 1topping je utk 2jenis kek ni.. tq

    ReplyDelete
  109. Salam kak ct... nak tumpang tanya.. hehe.. sy nk buat kek utk bday anak.. no buat 2tier.. bwah choc moist.. atas rainbow... nk tanya resepi cc mne yg sesuai utk filling n salut 2-2 jenis kek ni?? Kalo bleh nk buat 1topping je utk 2jenis kek ni.. tq

    ReplyDelete
  110. Sorry dear NurZara.. akak baru sempat buka blog.. Akak biasa guna hat no 2 tu untuk semua kek n filling.. kalau manis sangat, boleh adjust la..

    ReplyDelete
  111. Assalam kak...sgt2 membantu blog akak ni..trma kasih kak..blh x akak bg resepi kek span yg mudah...kalau dah buat frosting cntik2 tp kek nye x sedap n x lembut pun x ok jugakkan..

    ReplyDelete
  112. Waalikumussalam Nor Diyana,

    Kebanyakan resipi kek span di sini mudah.. akak pun dah tak pasti mana yg tersedap huhu. Pukul lama sikit sampai gebu, letak perisa atau emulco, nanti jadi sedap.. frosting byk membantu kesedapan kek. Kalau guna yg readymade kat kedai tu pun OK je..kalau dah campur cheese mesti sedap ;)

    ReplyDelete
  113. Duk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye 😂

    ReplyDelete
  114. Bleh x klu sye buat cream cheese guna susu pekat yg dibancuh air ??

    ReplyDelete
  115. Assalamualaikum kak..naka tny. Resepi lepa krim mane yg boleh gn untuk buat hantaran agar thn lama kt luar dan x cepat cair..kalau boleh yg sedap dan x muak..

    ReplyDelete
  116. Salam... akk sy ada whipping cream n cream cheese.. mcm mn nk buat lepa kek yg sedap ngn bhn2 ni..

    ReplyDelete
  117. Salam... akk sy ada whipping cream n cream cheese.. mcm mn nk buat lepa kek yg sedap ngn bhn2 ni..

    ReplyDelete
  118. Assalamualaikum. Kak mcm mne ye nak buat toping utk coklat moist tuh lembut bile letak lam petiais. Sebb biler kluarkan dri Peti dia jadi keras, so mcm mne nak lembutkan die ye...

    ReplyDelete
  119. Assalam . Saya berniaga . Saya tumpang letak kek di kedai org . Jadi saya dh campur cream cheese tu awak awal kw atas kek . Cream cheese saya campur dgn susu pekat dan juga susu kotak . Saya letak d peti sejuk . Brp lama ye bolw tahan ? Ada cara lain untuk lmbtkan rosak tak?

    ReplyDelete
  120. Yg mana sesuai utk filing cream puff?

    ReplyDelete
  121. Wahh.byknya ilmu.
    Terim kasih sis...akak dah bc semua komen..jd soalan akak dah terjawab...tq again🥰🥰

    ReplyDelete
  122. Salam sis..nk tnya kalau cream cheese frosting yg lebih nk disimpan dlm freezer boleh tahan brapa lma yer?agk2 2 3bln atau lbh boleh x?

    ReplyDelete
  123. Cream cheese frosting yg dah siap biasanya hanya simpan di bhg chiller atau refrigerator. Bukan dlm freezer. Tahan selama seminggu atau lebih sikit. Kalau lama sgt dia akan berubah jadi masam atau berkulat.

    ReplyDelete
  124. Terima Kasih tidak terhingga. Allah jualah yang membalasnya.Aamiin

    ReplyDelete
  125. Assalamualaikum..nak tanya, bahan apa yang perlu saya campur dalam adunan cream cheese tu supaya xcair? Sebab saya try buat semalam, tp adunan saya cair. Ada cadangan x untuk betulkan adunan cream cheese sy tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Tak pasti cik puan guna resipi yg mana. Biasanya saya mengadun cream cheese yg masih sejuk keluar dari peti, begitu juga butter. Terus pukul sampai lembut dan mulakan deko. Tak pernah jadi cair. Kalau mcm nk lembik sebab suhu persekitaran yg panas, saya akan simpan kejap dlm peti ais dan sambung balik bila dh sejuk dan tak lembik

      Delete
  126. Assalamualaikum. Nak tanya, kalau cream cheese tu cair, bahan aoa yang perlu saya campurkan dalam adunan cream cheese tu bagi dia nampak stabil? Adunan saya buat semalam cair.

    ReplyDelete
  127. Salam kak , boleh ke kita buat topping cream cheese memggunakan marjerin sekiranya tiada butter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Boleh la cuba 😬 Tapi majerin biasanya masin sedikit dan kurang rasa lemak.

      Delete
  128. Salam sis, kalo nk topping kek carrot...resepi mana yģ sesuai ya

    ReplyDelete
  129. Assalamualaikum akak,boleh x saya nak tahu sukatan resepi cream cheese no 2 dalam sukatan cawan..hehe kt rumah x ada penimbang..thank you..💖

    ReplyDelete
  130. Assalamualaikum kak siti, nak tanya utk coating red velvet cake menggunakan frosting cream cheese tapi utk piping bunga dan sbginya guna frosting seperti buttercream. Blh x. Terima kasih.

    ReplyDelete
  131. Boleh... cream cheese frosting boleh je kalau nak letak bunga buttercream.

    ReplyDelete
  132. Assalamualikum kak siti. Cream Cheese sya dan berketul dan ada cecair wlpn buka..soalan sya, ada kan cc ni masih blh guna? Sekiranya blh guna,.apa resepi yg sesuai? Rasa dan warna masih ok. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang dlm packaging cc mmg ada sikit cecair dlm tu terutama yg jenis dlm kotak. Boleh je buat macam2 menu.. Cheesetart, cheesecake, dan sewaktu..

      Delete
  133. Salam kak. Cc frosting ni boleh color guna pewarna makanan atau gel based?

    ReplyDelete
  134. Wsalam Nur Hanis.. boleh je guna 2 2. Akak selalu guna pewarna yg biasa tu je.

    ReplyDelete