Pages

November 29, 2012

Custard Cream utk Durian Crepe

Walla.. wallawehh!!  Akhirnya dapat juga akak mengecas energy ini untuk membuat custard filling bersama saudaranya durian dan crepe!! Ahahaa.. fening dengan bahasa putar alam ku. Sebenarnya akak ni taklah fanatik kepada DC ni.  Makan sehari 1-2 ketul cukup. Ikutkan lagi nikmat makan durian gitu2 saja. Tapi dek kerana tsunami DC yang tak reda2, buatlah juga. Ikutkan ada je yg order. Tapi selain menolak, akak pass je kat orang. Takde mood la dek! Tak cukup istighfar kot..huhuhu.


Resipi filling ni adalah hasil cedok sana dan sini. Sedap tak? Terpulang kepada tekak masing2.. Kan akak kata sedap tu subjektif.  Kalau nak kelainan, boleh cuba yang ini.. Tapi akak rasa memang la sedap. Cuma lebih manis dari yang fresh cream biasa2 tu..

Custard Cream 

Bahan2:

1 cawan susu segar/full milk
1/4 cawan gula
2 biji kuning telur
1 sudu kecil serbuk vanilla
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
Secubit garam
1 sudu besar mentega
Non dairy whipping cream secukupnya

Cara2:

1)  Panaskan 30ml susu (ambil dari sukatan di atas separuh dari 1/4 cawan) bersama gula hingga sebati
2)  Masukkan kuning telur dan kacau cepat-cepat
3)  Masukkan 1 sudu tepung jagung, vanilla dan garam.  Kacau lagi
4)  Masukkan baki susu, tepung jagung & kastard dan mentega.  Kacau sehingga likat dan meletup2.  Matikan api dan sejukkan.
5)  Pukul whipping cream sehingga kental.  Masukkan krim kastard dan gaul dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.
6)  Gunakan sebagai filling bersama isi durian seperti biasa


UNTUK CREPES DAN FRESH CREAM FILLING BOLEH TENGOK SINI

Yang ni filling fresh cream + durian. Dah kena hempap dgn DC yg dh kena kenduri dulu, tu yg nampak penyet2.. akak main tindan2 je hehe

Tak dapat nak upload gambar bebanyak.. katanya over quota. Dulu pun pernah jadi tapi back to normal..  Tak best la cam ni kan..

No comments:

Post a Comment