Bulan ni memang saya tidak mengaktifkan diri di dapur. Boleh tahan banyak juga tempahan dan permintaan yang saya tolak. Semuanya bermula dengan cuti sekolah. Balik kampung hampir seminggu, dan beberapa hari selepas balik ke KL, patah semula ke kampung kerana ayah kembali ke Rahmatullah pada 21/11 lepas secara mengejut. Saya baru kembali ke Bukit Jalil Ahad semalam. Terasa macam blur saja nak memulakan semula aktiviti2 saya.
Ditambah pula dengan proses perpindahan saya ke Jitra. Minggu depan dah nak ke sana melawat rumah baru. By 18/12, In shaa Allah angkut semua barang. KL dan Bukit Jalil akan ku tinggalkan dengan kesedihan huhuhuu... Itulah antara sebab lain yg membuat saya amat malas nak buat projek baking dan menguli. 1-2 order yang pending tu, harap2 dapat saya selesaikan.
MAHA 2012
Hari ni sempat juga saya ikut abe ke pameran MAHA. Best juga sebab weekday, tak berapa sesak. Tapi ramailah orang.. Panas. Kecacingan saya terutama masa nak balik. Berjalan sejauh2nya. Ternampak durian crepe.. beli satu bekas. Padahal adalah 13 biji kat dalam fridge tu saya buat malam tadi. Abe kata sedap lagi yg saya buat dari yang beli tu. Ya udah.. :P
Lepas tu beli sata kat gerai terhujung sanun.. BASI! Dengan lemah lembut saya beritahu adik yg jual tu. Dapat ganti yg elok. Mujur beli satu cucuk je (3 ketul). Alasannya kurang masak. Tapi detik hati saya, kurang laku sebab tempat tu agak jauh dan kurang strategik berbanding yang di bawah khemah yang di atas bukit tu. Untuk tengahari saya order lah mee bandung muar kat khemah glamer tu. Tapi terasa udang kering sangat sampai menghampiri rasa belacan! Adohhh.. hari ni penuh dengan komplen. Tapi tak berani komplen terang2an. Dalam hati je. Dan dalam blog ni hehehe...
No comments:
Post a Comment