Minggu ni saya mula bergiat aktif di dapur comel lagi sempit tu (hihi..). Memulakan minggu dengan beberapa pek pau kacang dan ceklat frozen. Kemudian karipap.. Sebab dah masuk 4 orang menyuarakan hasrat.. Saya pulak angin lesunya susah betul nak menjauh. Hari ni nampak chest freezer saya dah hampir penuh, bolehlah panggil orang kosongkan balik..
Pagi tadi pula kek yg ditempah sudahpun bertukar tangan dan mungkin dah habis ke... hehe. Kembang kempis hidung yg tak berapa mancung ni membaca pujian sedap.. Lupa lak! "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah Aliyil Azeem..". Kalau banyak dapat pujian, bacalah ayat ni dalam hati kerana segala yg kita miliki adalah dari Allah.. Supaya tak timbul riak.
Tempahan kek rainbow dari Hazlin, x officemate di CSM untuk makan2 raya di office...
Thanks Lin!
Pagi tadi pulak, dek kerana nak sangat makan PUNTEN, breakfast pun pukul 10 lebih. Lengkap dengan sambalnya iaitu sambal tumis udang geragau. Lepastu saya buat ayam masak rendang hitam. Bukan pasal rajin sangat atau ada orang nak datang, tapi strategi namanya.. Saya frozenkan, incase ada orang nak datang tiba2, tinggal defrost je. Maklumle, saya ni tak boleh nak lari sana sini sesuka hati. Sorang2 bela anak ni terikat sikit kaki.. Nak pergi market, kena tunggu dia sekolah..
Sekali je makan dengan sambal ni.. Bila makan dengan rendang hitam ayam tu, lagi nikmat! Ada lagi tu, tak abis. Takde sapa tolong makan...huhu!
Kalau nak tengok camna buatnya dan apa si PUNTEN ni, boleh tengok SINI..
No comments:
Post a Comment