Pages

August 1, 2012

Delivery Hari Ini

Teruk kan bahasa akak ni.. caca marba, English + BM.  Takpelah ye.. bior sedap bunyinya.  Cikgu jangan marah ye..

Saja nak update yang petang ni akak berjaya meng'clear'kan freezer tu.. Kalau ada pun setakat 2-3 pek frozen pau & karipap.  Tadi saya buat penghantaran 10 pek pau dan 10 pek karipap ke Wisma Genting untuk Aida dan 4 pek karipap + pau kepada kakak saya di Jalan Perak (belakang Wisma tu je..).  Yang buat saya gembira ialah kemahiran saya terhadap selok belok jalan2 itu yang semakin baik.  Al maklumlah, dah bertahun2 meninggalkan kesibukan KL.  Macam Wan kata, saya ni GPS.. hehehe!  Dalam masa 1 jam, saya drive dari Bukit Jalil - Jln Sultan Ismail/Jln Perak - Bukit Jalil, termasuk sesi sembang2 dan tidur2 ayam masa tunggu Aida turun.  Ngantuk gila masa drive tadi sampai adakalanya terasa mamai (bahaya betoi!).  

Dalam tu terasa dekatnya centre of KL dengan Bukit Jalil ni dengan adanya MEX expressway.  Saya sangat bangga dengan kemajuan jalan/lebuhraya di Malaysia ni.  Kalau lalu highway PLUS tu, rasa bersyukur sangat...  So, janganlah asyik nak kutuk je kerajaan yang dah menyediakan infra ini.

Macam nilah rupa frozen karipap and pau akak... Alhamdulillah, sambutannya sangat baik dan semakin hot! Cuma akak je kekadang tak mampu nak buat banyak2.. terutama bila dah mula buat kek.  Capekkk... Tapi minat punya pasal, usaha dan gigih juga menyiapkannya..

Sebelum di packing.. Kalau Fawwaz, 3 biji sekali harung je.. sedap banget! heheh

InsyaAllah kalau maju nanti, tukar packaging yg lebih vogue  :D

No comments:

Post a Comment