Pages

July 6, 2012

Tempahan Kek Lagi

Semalam (Khamis) saya menerjah kesesakan jalan sepanjang Jln Tun Razak, Jln Ampang dan Jln Sultan Ismail untuk ke Wisma Genting.. Menyelesaikan tempahan dari long lost friend semasa di Mega TV, Aida.  Teruja nak jumpa Aida yg masih maintain macam 12-13 thn yang lepas. Last jumpa tu sekitar 1998, masa company masih wujud (now dah masuk kubur :P).  Aida order frozen foods (karipap, donut & pau) dan juga Kek Russian Black & White utk birthday anaknya Farish.  Tak puas nak sembang sambil ber'propa' kihkihkih... Jumpa lagi nanti ye Aida!!

Masa upload gambar baru perasan huruf 'h' pada birthday tu tercicir.. Mujur Aida tak marah.. Anyway, saya pun dah buat modification hihi...  Aida kata kek ni sedap dan anak dia suka sgt.  Alhamdulillah.. thanks fren!!
 Interior kek - yg mcm spiral tu ialah cream cheese & ganache.  Lepastu di sekeliling kek disaluti juga dengan coffee cream cheese

**************************
Untuk hari ini (Jumaat), saya menyiapkan tempahan Dr Madihah (Maddy), geng lama masa di NISER dulu (ada budak gelar geng jepun haha).  Maddy tempah Walnut Carrot Cake utk birthday hubby dia dan Cotton soft Cheesecake utk dia sendiri dan anak2.  Lepas tu angkat sekali 5 pack karipap frozen.  

Dalamnya 2 lapis macam gini... layered with cream cheese

 Lately ni cheesecake saya kerepot gini la.. Nak kena 'find out' kenapa.. Mujur Maddy tak cerewet.. huhu!

 Frozen products yang mampu dibuat setakat ni.. Kadang2 rasa nak pengsan membuatnya, terutama bila permintaan datang serentak dengan permintaan kek.  Tapi sebab suka/minat dan semangat kuat, siaplah juga... Esok semangat nak penuhkan chest freezer tu semula :)

2 comments:

  1. Mashuk tu.. well, kalau dah sedap harus lah dapat tempahan yang bayak :) Well done and congrats!

    ReplyDelete
  2. Yuhuu Mrs C.. masyuk sgt tidaklah lagi.. Alhamdulillah kenkawan semua tak berkira utk support.. TQ beb!

    ReplyDelete