Pages

July 12, 2012

Kek dan Kawan2 Yg Supportive

Baking and baking... Tersangatlah penatnya tapi kugagahkan kerana seronok!  Bila kek dah siap tahap ke deco (yg kengkadang rasa hentah apa2), rasa lega sesangat!!!

Kejap tadi saya dan Fawwaz buat delivery lagi ke Jalan Semarak.  Sampai tertidur2 Fawwaz kat dalam kereta dari pegi hingga ke balik.  Belum kira dia nak buat ragam lagi!  Sabar jelah ye nak.. mama tengah kumpul pengalaman ni.

My BFF Nab order sebiji KEK OPERA dan 4 pek karipap.  Dia order karipap dah lama tapi tak sampai2. Sekali dia order terus opera, lajuu je akak antar!  Nampak tak di situ? $$$$ Hehehe... Sebenarnya sebelum ni tak menang tangan nak buat karipap.  Tapi minggu ni saya buat stok inti banyak dan tiap pagi bangun tidur sempat buat sedulang dua stok baru.  So, kira ada jelah dalam freezer tu. Dan sebab nak balik kampung esok, saya gagahkan juga buat kek opera yang rumit tu.. Alhamdulillah siap dan sampai dah kat tangan Cik Nab!  Tima kasih Nab.. I love U..  Dari abaya, Vemma, kuih, kek.. semua dia order.

Kisah di sebalik lorekan pink dari strawberry choc compaund... Mula2 lorek, jadi herot perot dan sangat buruk.  Rasa keciwa sangat.. Masukkan fridge semula, dia mengeras, lepas tu saya cungkil satu persatu coklat tu sampai habis.. Kemudian buat choc ganache semula, tuang/tutup kek balik.. dan re-do lorekan strawberry choc tu.. comot juga tapi better dari yang awal tadi...  Dah keras semula, baru potong tepi2 kek tu... Berpeluh makcik!!
 

KISAH SEMALAM

Semalam pula, siapkan tempahan buat Atie Nazam.  Regular customer dari Menara Petronas, merangkap sahabat yang tak jemu2 order.  Atie pun macam Nab juga.  Dari abaya hingga kek, dia order.  Sangat2 lah saya berterima kasih dengan mereka2 ni.. (termasuk kawan2 lain juga ye..).

Atie order 2 biji KEK RAINBOW.. Sebiji utk kawan dan sebiji utk dia.  Minggu depan dia order 2 biji kek lagi.. tungguuuu  :D


Saya suka color ni.. pink & white.  Dan hijau utk penambah seri (sebenarnya nak buat rossette, tapi tak menjadi, terus letak butang merah kat tengah hehehe..).  Kek ni tertinggi sampai menjadi masalah nak cari kotak.  Taulah bila last minute, semua takde kat kedai... :((

Cerita di sebalik yg kek yg di bawah ni.. rosette dah menjadi.  Tapi fresh cream meragam bila dah tambah pewarna dan perasa (saya letak perasa honeydew).  Dia jadi tak smooth dan macam nak 'benyek'..  Saya dah bubuh keliling, kemudian padam balik.. dan buat macam ni.  Plan asal nak buat rossette di keseluruhan kek dengan konsep warna purple & white.  Lepastu gatal tangan pulak bubuh benda oren tu.. nak buang tak boleh.. Tak puas sangat dgn yg ni...  Saya rasa kalau guna buttercream lebih mudah nak deco kot..


No comments:

Post a Comment