Kisah hari tu. Mak mencoba resipi kat youtube kepunyaan Michael Lim yang sangat teliti kelihatannya tapi mudah je cara dia menyiapkan donut tu. Macam bawah ni lah... akak tiru sebijik2 bahan dah ubah jadi ayat mudah je.
Resipi asal : Michael Lim (Strawberry Jam Donuts)
Alihbahasa dan olah semula: Cik Siti
Filling:
Ikut citarasa
Doh:
560 g tepung gandum / All purpose
280 g susu 'full milk' - suhu bilik
11 g yis kering (1 peket kecil)
50 g mentega
40 g gula halus/kastor
5 g garam halus
1 biji telur saiz sederhana (B atau 57-60g bersama kulit)
Salutan:
Boleh guna gula kastor atau aising
* Sediakan acu bulat atau guna cawan plastik ikut saiz yg disukai
Cara2:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan mulakan menguli. Boleh gunakan mesin penguli atau hand mixer sahaja. Uli sehingga menjadi doh lembut , tindak melekat dan elastik.
2. Tutup dengan plastik dan biarkan ia mengembang sekali ganda (dalam 30-40 min)
3. Keluarkan doh, sapu2 dengan tepung dan tabur juga papan canai dengan tepung. Canai doh setebal 1 - 1 1/2 cm.
4. Lekapkan acu terlebih dahulu ke dalam tepung supaya mudah untuk proses menerap doh. Tekap bulat2 dan susun pada loyang atau dulang yg telah ditabur tepung supaya tidak melekat. Rehatkan kejap dalam 10-15 minit.
5. Goreng di dalam pan dengan minyak penuh dengan api sederhana kecil. Apabila telah berwarna perang cantik, baru terbalikkan. Angkat dan toskan sebelum disalut gula.
6. Untuk memasukkan filling, masukkan jam atau apa2 filling ke dalam plastik piping yang diletakkan nozel bulat dan paipkan terus ke dalam donut. Boleh juga dibuatkan lubang dengan straw dlm 1" terlebih dahulu dan paipkan filling.
SEKIAN...
Gambar peristiwa
Selepas diuli, perap dulu sebelum dibentuk menjadi donut. Tutup dgn plastik cling |
Akak bahagikan dulu kepada portion kecil sebelum mencanai sebab papan pun kecik |
Tekap bulat2 guna mulut gelas, biarkan naik sekejap baru digoreng. Kalau nak bentuk donut biasa 🍩, nak goreng tu baru cucok bahagian tengah dengan jari |
Minyak sebaiknya banyak lagi supaya tenggelam separuh donut tu masa goreng dan tak mencecah lantai pan |
Sedap dan kenyang. Lain kali nak buat gelap sikit lagi |
No comments:
Post a Comment