Lama sungguh ku tak buka ini pintu... harap tak bersawang dan berkepam di dalamnya..huhuhu!
Hari ni akak nak tulis resipi BINGKA UBI KAYU aka BENGKANG UBI dengan manis sederhana. Harap tak hibernate lama kat draft udeh la yerr... Sebenornya itulah kejadian selalu. Tulis title, letak bahan, pastu tinggal...
Kisah bermula dari penemuan ubi kayu besor anak orang kat tepi pagar rumah ni. Idakle tak bertuan..eheh! En Abe kita yang tanam lebih setahun yang lepas kot. Dari haritu nak tarik, tapi tanah tengah keras sebab musim panas. Minggu ni straight hari2 hujan, jadi bolehla di mulakan projek menggali secara manual. Terkejut oii nengoknya! BESAQQQ... 😆😂
Memang ramai peminat bengkang ubi sebab tak banyak tempat jualnye. Kadang jualpun, tak sedap sangat...keras, tak cantik dan lain2. Baik buat sendiri, sedap idak kita puas. Ada jiran jemuran atau kawan2 terdekat, boleh sedekah sikit2.. Baru aman makmur kejiranan kita..hehehe!
BINGKA UBI KAYU GULA MERAH
Bahan2:
4 cawan ubi kayu yang telah diparut
2 cawan santan pekat (Santan asli RM2 akak jadikan 2 cawan)
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir (akak guna brown sugar)
3/4 sk garam
Cara2:
1) Hancurkan gula merah dengan santan dan tapis.
2) Masukkan ubi (tak perlu tapis kalau parutan biasa), gula pasir dan garam
3) Gaul sebati, masukkan ke dalam loyang saiz 8 1/2" atau 9" yang telah dilengser minyak di permukaan dan tepinya. Bakar.
4) Boleh periksa menggunakan dawai tester atau lidi. Jika dah tak melekat, boleh angkat.
5) Potong bila dah sejuk
Cara bakar:
1) Kalau guna oven, set pada suhu 200C dan bakar selama 45-50 min atau sehingga masak dan warna cantik ikut citarasa
2) Kalau guna periuk besar macam akak tu, letakkan tungku di dalam periuk. Gunakan api sederhana kecil. Letakkan loyang di atas tungku, tutup periuk dan bakar selama 50 min
3) Boleh juga guna magic pan (pan ajaib) dengan masa yg lebih singkat selalunya.
4) Untuk pressure cooker elektrik, boleh set kepada bake dan ikut masa yg ditentukan kemudian boleh test samada dah masak atau belum bila dah selesai. Jika belum cukup cantik, bakar lagi sebentar.
Gambar peristiwa:
Tu diaaa... |
Saja masak macam ni... elok je kejadian. Dalam ni letak tungku dapur tu, baru letak loyang |
Calit2 sikit dengan majerin atau butter di permukaannya sebelum bakar |
SIAPP!!! Tapi nanti dia turun sikit bila dah sejuk. |
Salam singgah dan kenal. Blog saya http://cararesepi.blogspot.my
ReplyDeleteJust letak dlm periuk mcm tu je ke. Klu letak loyang bole x
ReplyDeleteHi Sheaz,
ReplyDeleteYup letak dlm periuk macam tu je, tapi kena lapik atau letak tungku untuk letak loyang atau acu bingka tu.
kalau takde oven boleh guna periuk je la kan..tpi periuk tak bau hangus ke klu letak sejam atas dapur gas?
ReplyDeleteTak bau hangus pun walau bakar lama2.. cuma api kena kecil. Nak bakar kek atau cookies pun boleh dengan cara ni
ReplyDeleteAs salam ..sy minta nk guna resepi yaa ya tuan emounya resepi..smga Allah permudahkn urusan puan
ReplyDeleteSalaam Kak Siti, nak tanya lebih detail lah, berapa lama anggaran nak pastikan yang bingka ubi tuh boleh dipotong dengan senang nya?
ReplyDeleteSebab pagi tadi saya punya bingka ubi, dekat 1/2 jam baru siap potong. Kemain liat & keras nak potong nya susah.
Salam Ella...
ReplyDeleteBiasanya untuk dipotong elok kena pastikan sejuk betul2.. Cth kalau buat malam, esok pagi baru potong.. Kalau masih panas, dia akan lembik dan melekat. Sepatutnya adunan ni tak jadi liat dan keras :)
Sya mohon share resepi ni ye.nak cuba buat jualan.tkshmoga tuan punya resepi dilimpahi rezeki yg berkat.aamiin
ReplyDeleteNak tanya bajar tu api atas bwh ke
ReplyDeleteKalau dgn oven, api atas bawah
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete