Pages

September 24, 2016

KEK SARANG SEMUT

Ini kisah sebelum raya hari tempohari... Tak sempat pos, akak dah ke hulu ke hilir dan balik kampung.. Hari ni biorle akak sambung ye...


 ---------------
Tiba2 customer lama whatsapp akak.. Bertanyakan kek sarang semut yang dah bertahun akak tak buat ni. Last buat dialah yang order.. 2 tahun lepas. Time tu hubby dia yg order dan akak terima sebab mengenangkan wife nya mengidam.. hihi.

Sebenarnya akak tak pakar dalam pembuatan kek ni walau dah beberapa kali juga buatnya. Akak rasa oven akak tak berapa friendly dgn kek atau kuih ni.. makan jam membakornya. Tak macam masa mula2 buat suatu masa dahulu..

Apa cerita pun, mohla kita ulangtayang resipi kek ni. Customer tu kata kek akak ni the best yang dia pernah makan. Walhal akak guna resipi yang rata2 bakers dan bloggers guna.. Tak perlu nak scroll balik cerita lama.. kita mulakan yang baru..eheh!


KEK SARANG SEMUT a.k.a GULA HANGUS

Bahan2 I:

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

- Masak gula dengan api kecil sehingga hangus dan cair. Tuang air panas perlahan-lahan dan berhati2 kerana akan memercik. Kacau hingga gula cair keseluruhannya, baru letak mentega. Kacau hingga mentega cair dan sebati. Matikan api dan sejukkan.

Bahan2 II:

1 cawan tepung } ayak dgn soda
2 sk soda bikarbonat/baking soda }
4 biji telur A
1 cawan susu/creamer pekat
1 sk esen vanilla

Cara2:

1) Pukul telur sehingga kembang - high speed
2) Masukkan susu dan vanilla. Pukul lagi sehingga sebati
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil memukul - low speed
4) Tuang gula hangus dan pukul sebati - low speed
5) Perap adunan di dalam bekas bertutup selama 2-4 jam.
6) Masukkan loyang bersaiz 7" atau 8" yang telah digris
7) Bakar dengan sugu 165C selama 1 1/2 jam

Nota:
Saya guna mode atas bawah kerana default suhu oven saya utk atas cuma 60C dan tak boleh ubah. Saya tak yakin nak guna :P. Kebanyakan penulis resipi membakar menggunakan api atas terdahulu selama 30 minit baru tukar ke mode atas bawah sehingga masak.

Kisah selanjutnya...


Akak buat kali ke 2 dan 3 menggunakan PRESSURE COOKER jenama Philips atau singkatannya PPC. Sejak join group underground PPC, banyak jugaklah akak dapat tips. Tapi ini kali, akak bakar guna PPC tu pakai default setting je.. takda nak pening2.

Caranya:
Tuang kesemua adunan terus ke dalam inner pot. Tutup dengan knob seal ke arah 'BAKE'. Kemudian, pilih menu 'CAKE' dan terus start. Biarkan je sampai dia habis bekerja.. Taklah sekejap.. dia akan blink2 la, pressurize la, macam2 sebelum ke defaul time tu.. Toksah pening2 fikir ye..

Bila dah selesai dan berbunyi 'teett', off kan suis dan boleh terus terbalikkan. Nak tunggu sejuk dulu pon boleh.. Tapi sedap tau kalau dapat makan hat fanas tu.. ;)


Nota: Hat gambar atas sekali yg dah berpotong tu nampak tak cantik berongga2 kan.. Itu yg akak guna pressure cooker dan tak berperap.. Malas nak fikir, asalkan rasa sodap disukai ramai kan.. hehe..

No comments:

Post a Comment