Pages

July 1, 2016

Biskut Cornflakes yang Mudah tapi Rangup

Duk memikir nak tambah cookies kat dapur tu, tetiba akak jatuh berkenan pada satu resipi ni. Sangat mudah. Apalagi bahan2 semua ada terutama cornflakes yang dah berbulan tak habis2 tu. Walau asalnya akak nak buat tart nenas la, pastu sarang semut la.. akhirnya biskut cornflakes juga yang jadinya. Kalini akak buat terus dua adunan dan dapat 2 tray hitam tu..


Akak dah tak berapa ada masa nak bebel macam selalu.. heheh. Meh kita terus check resipinya. 



BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Resipi asal dari: Amy Ayu Marissa (FB)

Bahan2:

1 cawan tepung gandum
125g mentega
1/4 cawan gula castor
1 sk esen vanilla
1 cawan cornflakes - diramas kasar

Cara2:

Kacau mentega, gula dan esen vanilla hingga sebati. Gunakan senduk kayu sahaja.
Masukkan tepung gandum dan kacau lagi.
Akhir sekali masukkan cornflakes yang kacau 'gitu'2 je
Bentukkan hanya menggunakan sudu sahaja terus ke atas tray yang disapu mentega/majerin atau alas sahaja dengan baking paper.
Bakar dengan suhu 160C selama 18-22 minit.
(Akak bakar menggunakan 'fan' setting selama 20 minit, sekali masuk 2 trays)




Resipi asal.. terima kasih ya :)

2 comments:

  1. Sedap sedap...blog saya http://cararesepi.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Sy dh try resepi ni. Simple dan sedap. Mama saya pon suka siap mintak repeat baking lagi hehe. Terima kasih utk resepi. Semoga Allah merahmati puan.

    ReplyDelete