Pages

May 26, 2016

Brownies Nak Bercuti

Alhamdulillah.. settled sudah tugasan hari ini. Esok boleh merempit balik kampung..

Minggu ni memang brownies saja, selain dari aktiviti masak2 versi teringin.. Tak banyak masa pun.. dengan tugas2 hakiki yang lebih penting..

Terima kasih sesangat buat yang order terutama geng2 kepada Fizah yang tak jemu2 order. Minggu lepas delivered 2 biji untuk Fizah, diikuti Nurul, Shima dan Kak Zaidah.. Hari ni 2 lagi customers baru iaitu Suhaira dan ex-gang di sekolah rendah, Sari@Iza. Kalau order secara jemaah ni hanya BROWNIES yang mampu akak buat. Kalau nak kek, kena slow sikit, 1 hari 1 jenis jer.. huhu. Buat sehari 5 biji pun dah rasa nak pengsan sebab kita bukan duk buat kerja tu je.. Kena keluar sana sini, rempit sana sini dan belum kira rempit kat dalam rumah sendiri.. Nak lipat kain yang sedikit tu pun tak sempat dekk...



Seronok bila dah siapkan ni.. mewah dengan taburan almond. Tunjuk gambar yang buat harini je. Sama je rupanya dengan yang sebelum2 ni jadi takyah nak tepek sini sangat. Kalau akak sendiri tak suka yang ada aksesori.. Baik kek atau brownies, nak yang "bare" saja.. Tapiiii... yg sebenornya, akak dah tak lalu nak telan kek2 yang selalu terpamir nih.. hehehe.


OKlah... nak pi mengemas.. Yayy esok balik kampung. Jitra - Sabak Bernam, exit Changkat Jering, Perak yer...


No comments:

Post a Comment