Pages

February 3, 2016

Laksa Johor




Sesekali mengidam laksa kegemaran akak iaitu laksa johor.. Dapat pulak selepas ternampak satu post di FB.. Tapi maaflah kat orang Johor kiranya tak asli resipinya. Akak guna apa yang ada je.. Asal ada rasa.. Sebab susah nak jumpa laksa johor ni, lagi-lagi kat Utara.

Bila dapat buat sendiri, dapatla makan puas-puas.


LAKSA JOHOR

Bahan2:
(untuk hidangan 4-5 orang)

Kuah
500g ikan selayang/kembung (org Johor selalu guna ikan parang atau tenggiri)
3 biji bawang besar *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
2 batang serai *
1 sudu besar udang kering
2 sudu serbuk kari ikan
2 sudu cili kisar
1 sudu kerisik
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
Garam
Minyak untuk menumis

Cara2:
Rebus atau kukus ikan, selepas itu asingkan isinya dan kisar. Ketepikan air rebusan ikan.
Kisar bahan * iaitu bawang, halia, lengkuas dan serai.
Kisar atau tumbuk halus udang kering secara berasingan.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kari, kacau sebentar dan tuang sedikit air.
Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.

Masukkan cili kisar, santan dan air rebusan ikan.
Bila dan mendidih, masukkan udang kering dan kerisik, juga garam.
Renih sebentar sehingga agak pekat. Kuah laksa Johor memang sepatutnya pekat.

Ikut resipi yang saya follow, mereka tak letak asam keping dan yang sewaktu. Tapi waktu merebus ikan saya memang letak asam keping dan masuk je terus ke kuah tu..

Bahan2 Lain & ulam:

1/2 bungkus spaghetti - rebus hingga lembut
Tauge
Timun - racik
Daun kesom  - racik
Kacang panjang - racik
Bawang besar Holland - mayang
Limau kasturi/nipis
Sambal belacan


Hok ni gambar selingan - koci keledek biru :D



No comments:

Post a Comment