Pages

May 23, 2015

Roti Manis lagi Lembut

ASSALAMUALAIKUM..

Selepas berbulan2 tak meroti, tetiba akak teringin pulak. Lagi2 kebelakangan ni beli roti gadenia tak pernah nak habis. Sebabnya, che mat tu dah kurang nak makan roti sapu nutella.. dah jemu kot. Mak pun dah tak larat nak perabis.


Resipi roti ni dah berkali2 akak buat. Tak pasti pernah post di sini ke belum.. Malas pulak nak scroll down.. huhu!  Saya ambil dari blog Sinar Kehidupan (Yatie Memories). Memang lembut walau dah berhari-hari buat. Belum nak habis sebab rakyat jelata sikit sangat di rumah ni. Dah tu bukan jenama pemakan. Tu yang momentum nak masak dan mencuba resipi semakin berkurangan sebab akan berakhir dengan suasana 'sedih'..

Untuk buat roti ni saya guna breadmaker comel Takada tu je. Memang berbaloi dengan harganya yang tak semahal jenama lain.. akak guna untuk buat pau juga. Memang gebus2 semua.. Cumanya akak ni tak serajin dan kreatif macam orang lain yang buat roti dengan pelbagai gaya.. Hakak cuma bulat2kan dan masuk kat cups saje.. :D



ROTI MANIS

Bahan2:

250g tepung roti/high protein
50g gula halus
1/2 sk garam halus
10g susu tepung
1/4 sk bread improver
1/2 sk bread softener
30g telur (pecahkan sebiji dan timbang)
6g yis kering
20g mentega
125 ml air biasa (jika guna tangan, guna air suam)

Cara2:

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk breadmaker
Setkan menu untuk 'dough' dan tekan butang ON. Biarkan ia menguli sehingga selesai. (Saya suka keluarkan dough dari breadmaker bila proses uli selama lebih kurang 30 minit)
Jika ikut cara saya - letakkan dough ke dalam mangkuk lain dan tutup dengan plasting cling. Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik sekali ganda.
Keluarkan angin pada doh dengan cara menumbuk2.
Bentukkan mengikut citarasa dan biarkan lagi 20-30 minit atau naik sekali ganda lagi sebelum dibakar dalam ketuhar.
Sapu permukaan dengan telur atau susu yang dibancuh terlebih dahulu. Guna susu segar pun boleh.. kemudian baru bakar.
Bakar dengan suhu 170C selama 15-20 minit.
Keluarkan dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega.
Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk menjaga kualitinya.

Masih panas keluar dari oven rupa tak berapa nak manis lagi.. hehe

No comments:

Post a Comment