Pages

May 26, 2015

Tempahan Hari2...

Sementara tunggu anakanda beta tidur....

Tiap malam pun memang kena tidurkan juga.. Bukan nak dodoi2, tapi sekadar baring kat sebelah dia yang menggelisah tu sambil dengar alunan surah Taha, dll. Anak sorang, jadi forever be my baby..

Sat lagi bila dia tidur, mak nak mengemaskan dapur yang dah jadi kawasan serebeh tu.. Tapi perut ni lapaq pulak.. tadi abe belikan mee kari belum sempat makan. Psychologically, sejak timbang berat kat klinik Nur Sejahtera hari tu didapati no kurang dari yg hari2 akak timbang kat depan toilet tu, akak dah tak kesah nak menjaga2 nih.. Cuma akak memang dah susah nak naik selera makan kecuali kudap-kudapan.

Hari ni aktiviti akak caca marba.. Bermula dari menyediakan sarapan, hantar Fawwaz ke sekolah, pergi market, packing sambal goreng, restock, buat delivery, pos laju, n macam2.. Tu yang maghrib mata dah separuh pejam. Tapi bila pukul 10 segar balik pulak...

Kisah sambal goreng memang tak habis.. Tapi sempat buat selingan juga sebab memang tak mampu nak mengadap tu je sepanjang masa. Nak all out dan ambil pembantu, masanya belum sesuai. Rumah pun tak sesuai.. privacy adalah priority. Mmm.. banyak nah priority nya kiki..


Brownies ni Ana, member akak tunggu anak di sekolah yang order.. T.Kasih ye! Harap menepati citarasa keluarga.

Durian crepe pulak ada customer baru, Wanie yg nak. Asalnya akak macam tak rela, tapi sebab dengar perkataan 'teringin' tu terus akak cari masa buat. Mesti bukan sebarang teringin... Akak dah biasa tu.. hehehe. Sementelah dah nak buat amikla order dari yg lain.. Musim durian import yg tengah mahal ni kena cari pair lebih sikit baru pulang modal.. modal bahan dan tenaga sebab semua kena beli dan kalau tak habis, buang gitu je... kan rugi.
Apapun, TQ Wanie, Ita & Aina... moga2 tak 'ngences' baby..

Sambal goreng untuk harini dah selamat di depo Pos Laju, on the way ke KL. 3kg utk my sis wa and the rest my BFFs Aleng, Shihan and Zu and x-office mate Lala yang punya..

Alhamdulillah... terima kasih atas rezeki dariMu ya Allah...

May 23, 2015

Roti Manis lagi Lembut

ASSALAMUALAIKUM..

Selepas berbulan2 tak meroti, tetiba akak teringin pulak. Lagi2 kebelakangan ni beli roti gadenia tak pernah nak habis. Sebabnya, che mat tu dah kurang nak makan roti sapu nutella.. dah jemu kot. Mak pun dah tak larat nak perabis.


Resipi roti ni dah berkali2 akak buat. Tak pasti pernah post di sini ke belum.. Malas pulak nak scroll down.. huhu!  Saya ambil dari blog Sinar Kehidupan (Yatie Memories). Memang lembut walau dah berhari-hari buat. Belum nak habis sebab rakyat jelata sikit sangat di rumah ni. Dah tu bukan jenama pemakan. Tu yang momentum nak masak dan mencuba resipi semakin berkurangan sebab akan berakhir dengan suasana 'sedih'..

Untuk buat roti ni saya guna breadmaker comel Takada tu je. Memang berbaloi dengan harganya yang tak semahal jenama lain.. akak guna untuk buat pau juga. Memang gebus2 semua.. Cumanya akak ni tak serajin dan kreatif macam orang lain yang buat roti dengan pelbagai gaya.. Hakak cuma bulat2kan dan masuk kat cups saje.. :D



ROTI MANIS

Bahan2:

250g tepung roti/high protein
50g gula halus
1/2 sk garam halus
10g susu tepung
1/4 sk bread improver
1/2 sk bread softener
30g telur (pecahkan sebiji dan timbang)
6g yis kering
20g mentega
125 ml air biasa (jika guna tangan, guna air suam)

Cara2:

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk breadmaker
Setkan menu untuk 'dough' dan tekan butang ON. Biarkan ia menguli sehingga selesai. (Saya suka keluarkan dough dari breadmaker bila proses uli selama lebih kurang 30 minit)
Jika ikut cara saya - letakkan dough ke dalam mangkuk lain dan tutup dengan plasting cling. Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik sekali ganda.
Keluarkan angin pada doh dengan cara menumbuk2.
Bentukkan mengikut citarasa dan biarkan lagi 20-30 minit atau naik sekali ganda lagi sebelum dibakar dalam ketuhar.
Sapu permukaan dengan telur atau susu yang dibancuh terlebih dahulu. Guna susu segar pun boleh.. kemudian baru bakar.
Bakar dengan suhu 170C selama 15-20 minit.
Keluarkan dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega.
Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk menjaga kualitinya.

Masih panas keluar dari oven rupa tak berapa nak manis lagi.. hehe

May 22, 2015

Mamogram

Minggu lepas akak nekad akan satu perkara ni.. Memang dah lama tanam niat. Kiranya dah makan tahun.. Sebab akak memang jenis nak jaga bab2 kesihatan walau pemakanan dan gaya hidup tak berapa nak sihat sebenornya.. huuu.

Selasa semalam akak redah je kawasan Bangunan Persekutuan di Anak Bukit tu.. Niat mencari klinik Nur Sejahtera milik LPPKN. Ingatkan dah save alamat penuh di tab, rupanya tidakkk... Maka dok terdongak2 le kepala ni dan masuk ke dalam bangunan macam tak jumpa. Padahal alamat dan street view menunjukkan kawasan tu. Rupa2nya ada bangunan klinik sendiri kat belakang balai polis di situ. Terima kasihlah kepada encik pengawal yang beritahu.


Selepas bertanya sedikit sebanyak maka nurse di situ buatkan surat appointment untuk buat MAMOGRAM di KMC (Kedah Medical Centre). Juga PAP SMEAR di klinik tu sendiri. All for free!! Sebab umur dah melebihi 40 tahun, subsidised by the government.



Semuanya buat pada hari Rabu kelmarin.

Untuk yg pertama kali macam akak, proses mamo tu memang agak mendebarkan. Selalu dengar orang cerita.. dipenyekkanlah... itulah inilah.. So, hari ni merasai sendiri. Memang akan dimampatkan payudara kita di atas 'tray' sejuk tu sebelum x-ray. Taklah sakit sangat. Akak lebih concern pada kepala yang kelenguhan sebab kena teleng-teleng tu.. hihi. Zap zapp sebanyak 4 kali.. 2 imej kanan 2 imej kiri. Siap!! Beberapa minit kemudian dapat result. ALHAMDULILLAH syukur ya Allah. Atas nikmat kesihatan. Semua clear.

Selesai mamogram terus ke klinik Nur Sejahtera untuk hantar report dan buat pap smear. Memang lama la yang ni sebab adalah buat beberapa perkara lagi. Baru terasa yang selama ni akak dan spent terlebih RM terutamanya di klinik swasta. Kalau tak ambil entitlement untuk yang free ni pun pap di klinik tu masih murah dari yang lain. Cuma RM20. Nak atau tidak je sebab proses tu agak membuat muka kita merah2 malu ya amat. Mujo akak tak berapa nak cerah kan.. idokle nampak wajah merah2 delima tu.. hihi. Kalau nak beranak tu idakle malu sangat.. aishh.

Ada jugak sedikit cuak bila nurse tu ada sebut pasal cyst.. Tapi sebab takda doktor, taklah boleh disahkan. Tunggu saja sebulan nanti bila report siap.  Apa2 pun hasilnya, akak kenalah redho. Cuma hopefully takda apa2 serius.

Sekarang masa untuk pandang ke depan dan proceed sebagai insan sihat.. Aamiin.


May 16, 2015

Chilled Blueberry Cheesecake

Alhamdulillah..
Selepas berminggu-minggu teringin kek yang sejuk2 bercheese, akhirnya terlaksana jua semalam projek akak.. Padahal siang tu agak penat dengan urusan goreng menggoreng. Tapi sebab dah teringin dan terajin, menjadilah jugak..

Sebenarnya tak susah sangat pun buat kek rupe gini. Yang susah tu nak cari kerajinan.. uhuukss! Dengan menggunakan cheese entah zaman bila yang duk hibernate dalam chest freezer tu (nasib baik tak keras macam ais), taraaa... Makan sepotong terus rasa kenyang setahun  :D

Meh tengok resipi. Sebenarnya dah pernah buat entry cake ni lama dulu..


CHILLED BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan A:
200g biskut oreo (digestive pun boleh)
110ml mentega - cairkan

Bahan B:
250g cream cheese
120g gula kaster
1 sudu besar jus lemon
200ml non dairy whipping cream (fresh cream)

Bahan C:
15g gelatin halal
100ml air panas

Bahan D:
1 bekas (200g) blueberry pie filling

Cara2:

1. Sediakan loyang bersaiz 7 inci, sebaiknya jenis spring foam
2. Base : hancurkan biskut dan gaul dengan mentega cair. Tuang ke dalam loyang dan tekan2 sehingga padat. Simpan ke dalam freeze selama 30 minit atau lebih.
3. Sediakan dulu bahan C - masukkan gelatin ke dalam air panas dan kacau hingga sebati. Sejukkan.
4. Putar cream cheese, gula kaster dan jus lemon sehingga sebati dan kembang. Masukkan gelatin dan gaul atau putar sebati.
5. Dalam bekas berasingan putar whipping cream sehingga kental.
6. Masukkan adunan cream cheese (step no 4) ke dalam whipping cream dan gaul sebati menggunakan hand whisk sahaja.
7. Tuang ke dalam loyang yang berisi base tadi dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
8. Keluarkan cheese cake dari loyang dan letakkan di atas alasnya. Tuang permukaannya dengan pie filling.

Nota: Untuk mencairkan sedikit topping filling tu boleh juga dicampurkan terlebih dahulu dengan gelatin yang sudah dicairkan dengan air panas, sebelum dituang ke atas kek.


Nak enter frame jugak... 20 bekas + 1kg sambal goreng sudah selamat dihantar kpd customers Khamis semalam

May 13, 2015

REZEKI

Alhamdulillah...
Masih dimurahkan rezeki.. dari pelbagai bentuk. Syukur ya Allah..

Malam ni rehat sikit sebab dah terlampau penat. Siang tadi akak jadi terhoyong-hayang macam duk atas kapal titanic... hihi. Tak tau pasal apa.. mungkin malam semalam tidur terganggu + keletihan tapi tak dapat rehat sepenuhnya. Fawwaz asyik menggelisah tidurnya membuat mak ikut sama gelisah.

Ikutkan level kesihatan ditahap baik. Semalam dah ambil result ujian darah di Klinik Kesihatan. Alang2 tak bekerja, bior cari perkhidmatan percuma dari kerajaan. 3 minggu ke 1 bulan baru boleh tengok. Belum kira step2 di klinik dalam nak dapatkan result tu.  Kena estimate berjam2 kat situ. Macam akak sampai situ pukul 9 lebih sikit, keluar bilik doktor pukul 11 lebih.. hahaha! Mujur2 tak darah tinggi...

Alhamdulillah semua bagus kecuali kolestrol yang masih tinggi.. betul2 atas lepas border. Tapi yang sebenarnya dah turun la tu.. Cakap kat doktor ikut history dah kira turun tu sbb pernah mencapai 7 bacaan kolestrol akak. Jadi doktor pun percaya. Tanya camna akak buat. Akak cakaplah minum jus delima.. So, doktor tak bagi ubat.. suruh ekstra jaga pemakanan je. hehehe... legaa no!! Selain jus delima akak jaga penggunaan minyak masak dan kurangkan seafood macam udang sotong tu.. Sotong memang dah tak pernah beli. Udang pun beli untuk cucoq ja.. Untuk lauk jarang teringin kecuali bila balik kampung..  Sejak kecik memang udang tu lauk rasmi kat kampung.. buat kari.. perghh!

Antara rekod untuk beberapa tahun ... the highest n lowest... tapi ada yg lower lagi cuma takda rekodnya disimpanan

LAIN CERITA

Hari ni akak siapkanlah 6 kg SAMBAL GORENG.. Tapi macam akak kata, penat sesangat.. sampai rasa nak tanggal tangan kanan ni haa.. esok je lah packing nya. Esok pulak kena hantar Fawwaz ke terapi dulu, baru ke sekolah. Pastu nak amik stok tempe.. Makna kata esok laaagii busy. Belum kira sekor ikan siakap yang menunggu utk di stim tu.. hehe! Abe kita jarang ada di rumah.. Bila ada tu, tenaga kita kena extra untuk ambil order domestik. Jadi kalau boleh, taknak buat urusan business masa dia ada. Bila dah semakin tambah umur ni akak mudah stress.. Sebenornya azalinya pun memang begitu... huuh.


PERHATIAN:

Sambal goreng cik siti mungkin tak sama dengan sambal goreng lain terutama yang datang dari arah Selangor. Saya dah ubah ikut citarasa saya dan beberapa pelanggan yang sudi bagi input. Kalau anda TIDAK BERPUAS HATI boleh dipulangkan semula atau refund dari saya. Yang membimbangkan saya jika masih rangup di tangan saya, tapi sampai ke pelanggan berubah pula. Jadi, jangan segan hubungi saya untuk sebarang komplen. No hp saya 019 2240325 ya.. :)


May 11, 2015

Nak Tiramisu sejuk sedapppp

Rindunyaaa nak makan kek yang sejuk, lembut, sedappp... Nak tiramisu.. indulgence.. cheese cake.. uhuh.

Ahahaha... nilah dia. Dulu aku buat kek, la ni oven dah tak menyala pulak. Alih2 teringin itu teringin ini.. Dari masa harijadi sendiri sampai ke harijadi suami, langsung tak bakar kek macam yang dah bertahun2 akak buat. Ghase dah ke penghujung usia je rasa..

Kali ni kalau teringin kek, akak cuma buka album2 lama.. tengok gambar kek hasil buatan sendiri untuk orang. Bak kata abe, akak ni cukup tengok gambar je.. dahhh kenyang. So, takyah nak bawak makan mana2.. Huwaaa ada ke gitu!! Tapi memang betul la.. Akak ni jenis bukan pemakan tapi kena kerap mengudap. Apa bezanya? Adala sikit.. mengudap tu utk benda renyah2 macam kopok ke, kuih ke.. Tahap makanan berat tu esp spesis nasi arab cukup jarang terliur kecuali lapar tahap gaban.

Macam ni... dah beli bahan tak tau bila sempatnya nak buat...

Hari ni akak penat goreng bahan2 untuk sambal goreng. Tadi siang pos 2kg ke KL, semalam dah pass 10kg untuk tokeh tempe.. Rasa nak rehat esok.. tapi ada pending lagi 5 kg tak termasuk gerai dan kedai yg biasa dihantar.. Badan dah mula sakit2.. maklum urat manja. Mana nak cari assistant yang tak payah nak suruh2 ye. Akak ni jenis diam kalau bekerja dan nak orang kerja macam akak jugak. Takut orang tak tahan tengok muka stress akak. Zaman akak kerja dulu pun macam tu. Kalau khusyuk bekerja orang takut nak tegur.. hihi. Hakikatnya akak sebenornya mesraaaa.... tapi ada hangen.

Ni baru selesai shift malam.. boleh la tido satgi. Moga2 esok rezeki makin mencurah.. Bukan boleh nak kaya kalau bisnes sejuk panas ghope akak  nih... tapi bila dapat memenuhi permintaan pelanggan tu, rasa puas hati. Kali ni tangan kanan akak macam mula rasa lenguh geli2.. Satgi nak sapu krim susu kambing yang panas berapi tu.. baru zzzzzz. Sok pagi lepas antar Fawwaz nak pi amik keputusan ujian darah. Harap2 OK la tak kena makan ubat klinik yg seumur hidup tuuu... huhuhu!

Akhir kalam, selamat malam ye dinda2 dan kanda2...  Sweet dreams!

10 kg utk Tholha - T.kasih ya

Untuk Aleng & Ita - sohabat dunia akhirat akak.. T.kasih deh..

May 7, 2015

Kisahnya...

KOMEN

Komen 1 : Ko punya sambal tu kurang lama masaknya... aku tengok orang tu sampai 3 jam atas api tu yg rangup tu... pastu gula kena banyak kalau nak kilat... bilis jangan besar2.. bla bla bla.. hihi panjang syarahan dan ilmunya..
Jawab : 3 jammm? huuuu... aku buat beberapa minit jekk... padan laa bla bla bla... hahaha

Komen 2 : Kalau rangup lagi lebih sedap..
Jawab : OK kak.... InsyaAllah nanti saya perbaiki. Terima kasih..

Komen 3: Kali ni banyak 'hitam-hitam'nya tak macam yg mula2 dulu... (bilis tak bersih la tuu.. huhu)
Jawab : Tu la kak... saya ada masalah bilis ni.. Tengah cari yang sesuai. Yang mula2 tu abiskan stok rumah punya 1kg RM55... bilis Pangkor.. Terima kasih kak.. (memang masa tu susah cari bilis elok.. berpuluh ringgit 1kg pun masih tak bersih kalau beli kat market.. Padahal sekarang ni saya jumpa banyak juga yang lebih murah dan elok di kedai borong..)

Komen 4 : Kak... dorang nak tempe lebih kak..
Jawab : Hehehe.. banyak la jugak tu tapi jadi hancur.. akak cuba berlaku adil sebab ada juga yang suka kentang.. (sebenarnya yg suka kentang dan sambal yang melekat2 kat dia tu aku n d kuncu je kot...)

Komen 5 : Sambal mu ni kurang pedas sikit je lagi...
Jawab : Ye la.. kadang cili tu tak sama.. sukatan sama tapi ada yang pedas dan tidak 

Komen 6 : Tie... aku nak yang pedas sikit... yang aritu punya manis sikit dari yang dulu... tapi jangala pedas sangat pulak... hihi
Jawab : Ok bebeh... untuk ko nanti aku tambah pedas.. custom made :D

Hehehe... itu antara komen2 yang membantu akak dalam pembuatan SAMBAL GORENG KERING Airtangan Cik Siti. Setiap komen begini amat akak ambil serius dan akan ubahsuai sedikit-sedikit ikut citarasa pelanggan selaras dengan citarasa sendiri.  Sementara komen yang memuji2 tu akak jadikan sebagai motivasi untuk konsisten dalam perniagaan ni.

Yang membimbangkan akak ialah pelanggan yang mungkin tak berpuas hati tetapi mendiamkan diri atau tak berterus terang. Maklum saja, tangan dan lidah akak ni bukan perfect. Hatta chef kat hotel pun kadang kita rasa depa masak tak sedap inikan pula bukan chef apalagi ketua rewang macam hakak...


KISAH HARI INI

Buat delivery 2 kg untuk Kak Fuziah yang dah berkali2 order.. Masa mula2 tu Kak Fuziah order sampai 10 kg untuk majlis kenduri saudara.. Alhamdulillah.. terima kasih sgt2 kepada Kak Fuziah yang sangat mesra tu.. Minggu ni ada juga yg order sampai 10kg iaitu customer carta no 1 yang dah berpuluh kilo kot ordernya... tokey tempe di Jitra ni hehehehh.


Balik dari buat delivery dan ambil anak sekolah (sebenarnya satu jalan, tu yg saya boleh hantar tu..), dapat whatsapp msg dari seseorang pula... sembang punya sembang rupanya kami lebih kurang sekampung la.. dari Selangor dan daerah yang sama. Kenalan baru, Kak Salbiah datang dan beli 2 bekas dulu.. katanya nak rasa. Kalau kena, nak jual pula.. Hehe sebenarnya akak malulah kalau ada geng sekampung beli. Sebab tak sama dengan jenis yang dijual di kampung kami. Kat sana otai2 belaka yg buat sedang akak ni kira macam budak tadika je. Tapi Alhamdulillah, sebab ada permintaan, akak teruskan juga dan tak menoleh ke belakang. Harap2 akak dapat buat yang lebih baik saban kali menggodek sambal.. Dan macam yang akak cakap mula2 tadi, produk akak ni berlandaskan komen2 pelanggan yang membina.. Terima kasih my dear customers!!!

Malam ni sebenarnya akak nak berehat puas2 selepas siang ke petang sibuk menggoreng.. mengadap api. Tu yang boleh tulis berjela. Membebel-bebel. Ikutkan hati nak lagi buat sesuatu kat dapur tu.. tapi mata ni kalau orang Jawa kata dah "sepet-sepet".. Ngantukla tuh! OK lah... nak pi lipat kain dulu pastu zzzzz.... Gud nite sleep tight!