Pages

July 8, 2014

KOCI KELEDEK... dan Kesunyianku

Kalau diikutkan, akak lebih rajin buat kuih muih berbanding masak lauk pauk. Lagi pulak, semakin umur bertambah ni perasaan nak makan makanan berat semakin merosot. Kadang tengok gambar macam berselera, bila dah dapat kenyang sebelum makan. Tapi macam juga buat kuih ni.. Rasa nak buat banyak2, tapi bila siap, makan 2 ketul dah kenyang. Memang la tak layak untuk JJCM!

Petang tadi, abe kata tak payah masak lauk.. (yahuuu). Dia nak beli ikan bakaq ja. Akak cuma kena sediakan ulam- ulaman yang macam selalu akak buat lately dan sambal belacan. Kali ni sambal belacan kena letak mangga muda... arahan en abe.

Lepas tengok Angeline, terus akak bangun kupas keledek yang seketoi tu dan rebus. Inti dah sedia ada dalam fridge. Daun pisang pun dalam fridge ambik dalam 3 helai layukan. Apa lagi... tadaaa! Sekejap je siap koci keledek. Seronok kalau ada daun pisang siap2 ni.. macam2 nak buat.

Masalahnya..... takde sapa nak tolong makan melainkan diri sendiri dan en suami. Rumah seketul di hujung kampun. Takde jiran tetangga yg dekat2 nak dihulur macam tahun2 lepas. Makin lama, makin tak berjiran. Rindu zaman2 bujang, bertukar2 juadah dengan jiran sebelah. Yelah.. masa tu cuma mampu duk di flat rakyat. Sekurang2nya kenal jiran sebelah... Bila pindah ke flat yg lebih baik di Anjung Hijau tu, walau tak berapa kenal jiran, ada gak pekerja2 cleaners dan security untuk disedekah. Sabar je lahhh..

Inilah dia rupa koci keledek.. separuh berjaya dimakan dan separuh akak perosok dalam freezer. Biar dia membeku di situ.. Esok2 kita ulang tayang lah... mcm pau & karipap tu.. ;)



Akak main agak2 je bahan tu.. Lecek keledek, letak tepung pulut dan tepung ubi sikit.. Air sekadar basah2kan tangan sebab tepung mcm banyak (sebenarnya kurang kalau dibandingkan dengan versi kenduri).  Letak inti, bulat-bulatkan dan bubuh dalam minyak baru dibungkus.. kemudian kukus 20-25 minit guna kukusan elektrik yg comel tu.


No comments:

Post a Comment