Pages

May 24, 2014

Pandan Layer Cake

Buat pertama kali, akak buat kek ni...

Entah kenapa, tak semena-mena teringin sangat nak makan. Sampai tak tunggu2.. Padahal bahan tak cukup. Beli itu, yg ini lupa.. Sebab tak ngaji resipi betul2. Tapi bukanlah tak cukup sangat, cuma pandan je yang takde.. Artificial flavour jenama Star tu agak merosakkan rasa.. Ada pandan emulco pulak tak cukup... redah je lah ye..huhu.


Resipinya akak blend dari pelbagai sumber... lepas tu tak ingat le pulak yg mana satu.. Apa2 pun semoga murah rejeki sesiapa yang kongsi resipi step by step tu.. Yang akak ingat, sponge cake tu sikit2 tiru Jom Masak punya.. tapi tak semuanya.

Masih tertanya2 macamana nak buat tepi kek halus mulus macam permukaan dia... Yg ni akak ikut arahan, sisip bahagian tepi loyang... Mungkin boleh disorokkan kehuduhannya dengan kelapa kering mcm yang banyak dalam gambar...
Potong tak come... ganas sgt. Tapi malas nak snap gambar baru.. ;)
Jom tengok resipi... ikut yang akak buat.

KEK LAPIS PANDAN

Bahan2:

150 g tepung superfine *
1 sk baking powder *
5 biji telur A (saya timbang menjadikan 260g - buang sikit yg putih )
100 g gula kaster
1 sk ovalette
50 ml susu segar/full cream
50 ml minyak jagung
Perisa pandan / pandan emulco
Pewarna hijau - saya letak sbb perisa yg saya guna takde color

Cara2:

1) Ayak tepung dan baking powder
2) Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk mixer, kecuali minyak.
3) Putar bahan2 hingga jadi gebu dan likat
4) Tuang minyak dan gaul guna kaedah kaup balik.
5) Tuang ke dalam loyang berukuran 8" yang dilapik dasarnya dan dilengser. Tepi loyang tak perlu lengser ye...
6) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170C selama 30-35 minit atau sampai tak melekat bila dicucuk.


KASTAD PANDAN

Bahan2:

1200 ml santan/susu/santan kotak - saya guna santan betul, dari kelapa yang diparut
100 g tepung hoen kwee - saya guna yg dah siap warna hijau.. kalau guna yg putih, letak sedikit pewarna hijau
1 cawan gula kaster
10 g serbuk agar-agar
Perisa pandan (emulco)

Cara2:

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, sebaiknya yang non-stick. Gaul sebati guna hand whisk.
Letak atas api kecil dan kacau sehingga menjadi likat atau meletup2 dalam periuk. Tak perlu sampai kental sangat nanti takut tak cantik. Tak perlu juga tunggu sejuk untuk mula melapis kek.


CARA NAK BUAT LAYER :

1. Potong tepi kek dalam 1 cm.. saya letak je loyang 7" di atas kek dan potong guna pisau biasa ikut ukuran loyang tu. Lepas tu, potong jadi 3 keping


2. Alas loyang asal kek (8") dengan plastik. Tuang dalam 3 senduk atau ikut ketebalan yang sesuai (macam dalam gambar). Goyang2 sikit biar rata. Masa ni kastad tu agak cair, takpe..


3. Letak lapisan pertama kek ke atasnya. Ulangi steps ni sampai habis..

Pastikan kastad tu cukup ye.. Lagi satu, bila dah step akhir, ratakan kastad dengan spatula secara perlahan dan goyang2 sikit biar rata. Dah selesai, akak terus simpan dalam peti sejuk untuk 'mengeras'kan kastad. Dalam 1 jam lebih akak dah boleh keluarkan dari loyang dan potong.. Ikut resipi tu, dia kata biarkan selama 3 jam... mungkin kalau di luar peti.

Ikut firasat akak, kalau guna purely air pandan, mesti lagi sedap.. Apakan daya, pokok pandan kami mati kering.. Nak beli di kedai pulak tak pernah hengat...

May 21, 2014

Tart Nenas Mokcik CT...


Belum jadi kepakaranku bab2 tart nenas ni... walau suka nak makan. Tapi bukan asal tart nenas je akak suka... memilih juga. Adalah kriteria tertentu yg boleh diterima dek tekak ni.

Tunggu sat lagi.. ada satu promosi baik punya pasal tart yang satu ni. Tapi queue panjang... lambat lagi nak dapat. Kalau kena dgn tekak, akak citer nooo... Buat masa ni, biarlah akak menunggu dengan penuh debar.. ;)

Petang tadi lepas tengok cerita filipina Temptation of Wife, terus akak bangkit.. walau niat asal tu nak bermalas-malasan dan tidur je. Ambik tepung, butter, gula, telur (ptg tadi akak buat demo sedut kuning telur guna botol... heee). Inti nenas pulak dah berbulan duk kat dalam bakul hijau tu.. Hat segera je.. Maka, terealisasilah impian nak makan tart nenas hasil airtangan sendiri. Pelbagai gaya pulak tu bentuknya... Boleh laa... tapi still tak boleh beat resipi makcik saya punya. How laa...



Belum rasa nak kongsi resipi.. Bukan kekedut, cuma tak pasti ianya menarik ke tidak.. Tunggu feedback dari tester lain dulu... :D


May 20, 2014

Mari Merumput...


Aktiviti terapi minda bersama kucing yang manja melebihi anak sendiri... Aktiviti yang mendapat pujian sebakul dari en huby.

Petang ni mokcik tensen sebenornya, mengenangkan windscreen keta yg tak siap pasang lepas sehari menunggu... Esok nak jalan2 cari barang takde kereta sendiri. Kenalah kansel. Nak marah pun tak guna, dah malam pun.. Tak puas hati betul dengan cina tu... Nape jugaklah ku hantar ke bengkel dia... huwaaa...nak makan kek nak kekk...  tapi takde kek sedap kat rumah ni!!! Nak makan GAJAH.... !!!


May 16, 2014

Puding Roti & Sos Kastad

Sesi nak perabis roti yang dah nak expired.. Selalu tak rajin dan buang je. Tapi hari ni tiba-tiba tekak teringin...



PUDING ROTI

Bahan2:

6 keping roti Gardenia
1 sudu besar mentega - cairkan
235ml susu cair
2 biji telur
1/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
Kismis

Cara2:

Bakar dahulu roti menggunakan toaster, kemudian koyak-koyakkan dan letak dalam bekas. Tabur kismis di celah-celah roti dan di permukaan.
Tuang mentega cair ke atas roti tersebut.
Dalam bekas lain, pukul telur, gula, vanilla dan serbuk kayu manis bersama susu cair.
Tuang ke dalam bekas roti dan pastikan keseluruhan roti menyerap adunan susu tersebut. Biarkan seketika.
Panaskan oven dengan suhu 170C. Bakar adunan roti selama 25-30 minit.

Biarkan susu menyerap dalam 15-20 minit, kemudian bakar...
 

SOS KASTAD

Bahan2:
400g (1 tin) susu cair
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad

Cara2:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau sebati dan panaskan hingga mendidih dan menjadi pekat.


May 15, 2014

SELAMAT HARI GURU

Kek untuk cikgu2 Fawwaz di Program Pendidikan Khas, Sek Keb Sultan Ahmad Tajuddin.
Terima kasih cikgu... semoga sentiasa bersemangat, sabar dan proaktif..




May 11, 2014

Red Velvet Sempoi

Untuk delivery hari ni, 2 biji RV bersaiz 10" dengan berat 2kg++ dan 8" berat 1kg++ untuk Pn Rosnizawati yg buat repeat order untuk rakan2 guru. Alhamdulillah, mereka suka katanya... sedap. Hari tu order tak puas makan. Ni yg order blik..  Akak segan nak promote lebih2, tapi setakat ni customers memang suka RV ni..





Hari ni nak rehatkan badan sikit dan terpaksa tolak order.. Setiap malam tak dapat tidur sangat sebab batuk yg teruk. Jadi, siang walau masih tak dapat tidur, dapat kurangkan aktiviti pun jadilah... Kalau sambil deko sambil batuk nanti susah dan merisaukan jugak...

May 9, 2014

Red Velvet Untuk Mak

Siap untuk diambil esok oleh si empunya kek.. Shakila.
Esok pula kena siapkan untuk yg hari ahad punya...repeat order. Tak banyak, 2 biji je.
Esok Fawwaz sekolah, so tak boleh baking banyak2 sebab kena keluar masuk rumah... badan lak tak cukup sihat lagi. So, kalau ada yg tak faham akak, mmg akan ingat yg lain. Akak bukan jenis sibuk nak baking je.. Lalau rasa tak mampu buat, memang takkan buat..




May 6, 2014

Red Velvet Untuk Cikgu

Petang semalam siapkan sebiji red velvet yang ditempah Pn Rosniza, seorang guru untuk rakan2 seperjuangan yang bersara.. Baru kejap tadi empunya kek datang mengambil. Kek RV akak kebiasaannya bersaiz 8 inci dengan 3 layers. Tapi atas permintaan, akak jadikan 10 inci dengan 2 layer sahaja dengan berat lebih 2kg... Terima kasih daun keladi lah ye... sebab sudi order dari akak yg macam biskut ni... hihihi. Baru nak tanam semangat nak baking balik.



Sejak balik umrah ni, badan tak cukup fit lagi. Batuk semakin menjadi2 dan kadangkala selsema. Suara pun dah naik parau. Nak kena cari tukang urut tradisional juga rasanya. Yang pandai bab2 urat. Walau akak dah agak biasa dulu dengan cuaca di Bahrain, kat Mekah dan Madinah ni mungkin sebab debu pembinaan dan aktiviti keluar masuk bilik. Badan memang tak terbela sebab nak mengejar aktiviti ibadah yang teramat singkatnya rasa.. Kalau tak, akan terasa ruginya. Sampai sekarang akak selalu termimpi2 dalam tidur suasana di sana... Moga2 dimurahkan rezeki sekali lagi untuk ke sana menjadi tetamu Allah...


May 3, 2014

Alhamdulillah... Kembali Sudah..

Syukur Alhamdulillah... akak dan suami dah selamat kembali semula ke lubuk kami ni.. Rasa letih di perjalanan tak hilang lagi.. Maklum, dari Madinah/Riyadh - KLIA - Sabak Bernam, barulah sampai ke Jitra ni...  Terus buat cleaning, laundry dan macam2... Enak sungguh ya kalau dapat tukang urut ni.. zzzzz


Kenangan abadi bersama abe & kak ipar saya... :)

Lepas seminggu ni baru nak tengok balik oven akak... Atau akak biorkan je sampai raya nanti... huhuhu.