Sedap kek ni terutama bila diletak perisa dan cream cheese, dan dimakan sejuk... Resipi yang sama juga boleh digunakan untuk membuat SNOW CHEESE CAKE. Yang membezakan ialah kadar kecairan cream cheese tu nanti.
Tak nampak meleleh sebab sejuk lagi... |
Versi snow cheese yg sejuk juga.. |
KEK CHEESE MELELEH @ LAVA CHEESE CAKE
Sumber : Cik Puan Ashikin & www.facebook.com/bukuresepi
BAHAN2 UNTUK KEK
**100 gram tepung hong kong (boleh guna tepung gandum)
**60 gram tepung jagung
100 gram gula halus
2 sudu makan ovelette (akak biasa letak 1 sudu besar)
4 biji telur ayam
2 biji telur kuning
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
75 gram mentega (dicairkan)
1 sudu teh esen vanilla
Cara:
Bahan yang bertanda* di ayak dulu...
Pukul semua bahan kecuali mentega sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
Boleh campurkan pewarna dan perasa yang anda inginkan.... spt strawberry, coklat, oren, pandan, dsb.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit (kalau akak siap bahagikan 2 loyang dan bakar dalam masa 20-25 minit dgn suhu 160C)
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
Campurkan semua bahan di atas dan pukul hingga sebati
Adunan ini memang cair
Untuk hiasan:
Cheddar cheese, diparut
Parutla sebanyak mana yang suka....
Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping, saya buat sekeping jer... tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama. Lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek...
Perisa pandan pun sodap... |
Salam sis, knp saya buat kek x gebu. Kena pukul dlm berapa minit..
ReplyDeleteWaalaikumsalam... bergantung kepada pemukul. Kalau stand mixer yg besar, sekejap je dah gebu... Kalau hand mixer atau stand mixer yg kecil, mungkin memerlukan 5 - 10 minit dengan kelajuan tinggi
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletesaya nak tanya..
yang telur 4 biji tu diambil putih dan kuning ke..
Waalaikumsalam ika..
ReplyDeleteYa, semuanya, whole eggs... :)
salam kak..nak tanya kek saya pecah tp dlm belum masak knp ye?
ReplyDeleteWsalam Norrish,
ReplyDeleteKek pecah biasanya berkaitan suhu oven cth tak cukup panas masa adunan kek dimasukkan, atau suhu oven x sesuai sedangkan kek agak tebal..
kecur air liur tgkkn kek bertakhtakan cream cheese ni..sy pun peminat cream cheese....nnt nk try this resepi..tq dear for sharing.
ReplyDeleteSebab suka sgt cream cheese tu yg hampir suma kek akak bercheese..
ReplyDeleteKalu nk gne perasa lain kena yg serbuk gak atau pewarna makanan? Contoh kalu nak letak nescafe boleke?
ReplyDeleteHi ,akak kalau beli kek sponge dikedai kek je blh ke? Pstu taruk krim cheese
ReplyDeleteBoleh je Myra.. :)
ReplyDeleteSaya mohon copy resepinye..terima kasih..nak tanye boleh tak nak kukus kek ni
ReplyDeleteSilakan.. tak pasti kalau dikukus sbb belum pernah cuba..
ReplyDeleteHi sis, able translate this recipe into eng?
ReplyDeleteHi Jasmine.. I'll try for you but it might take some times.. ;)
ReplyDeleteOr else you can use google translate. More or less you'll find the same or similar meanings
Hahaha i tried to translate but still don't understand as the translate a bit confusing
Deletesalam kak.mentega cair tu maksudnya letak kt suhu bilik?atau cairkan guna kaedah double boil?atau direct heat?
ReplyDeleteWaalaikumussalam Fadzi.. sorry baru sempat buka blog.. direct heat je n biarkan sejuk sikit. Biasa akak guna mangkuk stainless steel tu jer n bagi panas sikit mangkuk atas api, pastu matikan api. Goyang2 skit, mentega pun cair semua..
ReplyDelete