Pages

October 5, 2013

MUFFIN

Resipi muffin ni akak dapat dari Azie Kitchen, tapi akak buat sukatan double. Dah lama akak teringinkan muffin panas tapi tak terbuat. Tengahari tadi, dalam suasana cuaca yang muram, ditambah dengan syahdu hati yang tak pasal-pasal ni, tiba-tiba akak rasa nak buat muffin. Bahan-bahan utama ada cuma nak letak accessories tu tak banyak benda yang ada. Mujur ada jugak blueberry pie filling yang entah zaman bila punya. Kejap lagi baru nak tengok expiry date nya.. hahaha!!!



Resipi asal ialah Chocolate Chips Muffin. Tapi dah lama akak takde stok choc chips. Bukan nak buat apa pun... nanti alih2 expired. Kan rugi tu... Jadi, akak tukar dengan menenyehkan sedikit pie filling, ada yg tabur2 dengan chocolate dan couloured rice, dan ada yang boh orange emulco. Dah jadi pelbagai... mmmm! Terus isi mangkuk jiran sebelah yang haritu bagi akak lala masak lemak. Ingat nak balas dengan masak lemak jugak, tapi akak kan malas masak lauk.. :D

Resipi mudah dan ringkas. Hasil pun lembut. Akak dah makan 2 biji, Fawwaz lak 3 biji... Kira OK la tu.

Pelbagai rupa, pelbagai gaya & rasa...
lain kali kena banyak lagi isi cup supaya cantik menggunung dan merekah :)

MUFFIN
(boleh dipelbagaikan mengikut citarasa)
Resipi asal : Azie's Kitchen

Bahan2 (22 biji) :

250g tepung gandum
14g baking powder
150g gula kaster
150g susu segar (atau full milk)
150g minyak masak
2 biji telur B
1 sk esen vanilla
Optional : chocolate chips, oren emulco, badam, pandan, dll

Cara2:

Ayak tepung dengan baking powder.
Kacau sebati gula, susu, minyak, telur dan vanilla. Saya menggunakan hand whisk saja.
Masukkan tepung sedikir demi sedikit sambil mengacau hingga struktur menjadi halus.
Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Untuk papercup saiz sederhana yang saya guna tu saya timbang sebanyak 30-35g, manakala cup yg bersaiz 2.5oz tu saya timbang sebanyak 38g.
Bakar dengan suhu 160C selama 20 minit. Kalau suka warna muffin yang agak perang, tambahkan masa 5-10 minit.

************************
Akak tengah syahdu mengenangkan esok en abe dah nak terbang ke KL sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah. Tinggallah akak dengan si Fawwaz tu untuk selama 40 hari. Rasa macam ni memang biasa akak alami kalau insan terapat nak pergi menunaikan haji. Bukan pasal tak redha... tapi ianya semulajadi.. Kalau kena tinggal atas urusan cuti atau kerja tu tak rasa apa pun.. :)

Semoga Allah lindungi kami berdua di sini dan mempermudahkan perjalanan hidup kami.. amin.


No comments:

Post a Comment