Pages

August 28, 2013

DAPUR

Terasa lama tak update blog ni... Sebab takde aktiviti baru. Fokus pun dah ke lain. Tinggal satu hari je lagi nak habiskan puasa 6. Sungguh terhegeh2.. Takut tak sempat pula. Harap2 esok mampu melangsaikannya. Dan akak akan meraikannya dengan perjalanan panjang ke Kuala Lumpur. KL yang sentiasa dirindui tapi terasa lega dah tak duduk situ. Wedding sepupu yang dulu kecik2 selalu akak yang jaga dia, tukar lampin pun ada kot. Rupanya dah besar panjang, jadi suami orang... Isk isk tua dah mokcik neh!

Akak dah semakin membiasakan diri memandu dari Utara ke Selatan dan balik Utara ni sendirian. Penat tu tidaklah sangat, cuma ngantuk tu kadang tak terkawal. Kadang tu memang macam terlelap jugaklah. Akak betul2 bergantung pada doa perjalanan dan naik kenderaan. Apa nak buatkan... Sesekali rasa macamana kehidupan ibu tunggal.. huhuhu.

Sekarang ni tengah fikir nak cari hobi baru selain buat kek. Sejak mula sibuk dengan jadual rawatan anak, akak rasa nak kurangkan aktiviti oven dan yang berkaitan yang memerlukan konsentrasi. Selalu rasa salah bila dia duk diam je depan komputer atau tab. Mak pulak diam je kat dapur. Bapak dah tentu dengan halnya sendiri. Tapi, sekarang ni kira OK lah, bukan banyak nah pun bakingnya hehe..

Bila cakap pasal DAPUR, setelah sekian lama baru akak tau ciri-ciri dapur masakan ni. Bila baca satu forum ni, kala akak mencari info dapur dan oven yang sesuai untuk rumah baru nanti. Setelah belasan tahun akak pakai dapur 4 tungku ZANUSSI yang sekali dengan oven tu, baru akak tau kenapa api dapur tu ala-ala malu je nak keluar. Walau masak apa pun tetap elok, tapi tahap api tu memang takat sederhana je. Taklah besar macam dapur biasa. Terutama bila mengukus, selalu rasa tak puas. Tapi tak boleh nak buat apa-apa..

Rupanya dapur yang buatan Eropah ni memang gitu kaedahnya. Api tak besar mana, bersesuaian dengan masakan orang-orang Eropah. Berlainan dengan dapur buatan belah-belah sini termasuk Taiwan dan China. Masakan kita ni memerlukan api besar yang kadang2 sampai api menyambar di kuali gitu. Jadi dapur yang dicipta tu kenalah mampu mengeluarkan api besar juga. Amacam? Logika... Memang akak tak tau sebelum ni.

Jadi, misi lepas ni kenalah beli dapur asia.. Cuma belum confirm jenama apa. Orang kitchen kabinet pun dah kasi hint suruh beli dan hantar. Seronokkan dapat dapur baru.. cuma semangat tu nanti harap2 setara juga.. hehehe!

Dapur yg 'mujur' masih belum terjual.... :D


5 comments:

  1. saya punya dapur pun sebijik mcm ni. Mmg dah lama x guna dapaur gas dia sb api x kuat. Sudahnya guna dapur gas biasa. Tp oven dia sya masih guna smpai skrg sb elok lg dan guna elektrik. Cuma xde kipas je la. Stail lama kan.

    ReplyDelete
  2. Yup.. sebab oven tu la sayang nak lepaskan.. usung ke sana sini (4 kali pindah). walau takde kipas, hasil tetap tiptop

    ReplyDelete
  3. Assalam kak..sy pon guna dpur yg sama.mslah sy skrg,wayar untuk on off suis oven tu trcabut..so sy x pandai nak smbung kn mcmana.takut salah smbung lain plk jdnya.kt snie boleh ke sy nk mnx tlg akak² yg guna oven yg sama untuk snap kn gmbar wiring dlm dia untuk sy buat cnth.trbntut sy nak buat kuih.😩help

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Mieza. Akak dah lama tak pakai dapur ni, dah letgo sejak 2014 lg. Mmg takda idea camna nak buat. Maaf ye.

    ReplyDelete