Pages
▼
April 18, 2013
Asam Pedas Ikan Keli
Asam pedas resipi makcik saya... Nak kata style Jawa, tak taulah pulak orang2 Jawa lain masak cara ni ke tidak... hehe! Tapi memang tak jumpa kat kedai makan asam pedas seghope gini... Yang memberi kelainan ialah buah pala, kayu manis dan bunga lawang tu..
Antara pencapaian akak sejak duduk di Jitra ni ialah dah tak berapa geli nak mengendalikan ikan keli. Kalau dulu, tau nak goreng je atau makan terus yg dah siap. Tapi inipun kena pastikan ikan dah mati masa beli tu. Kekadang masih bernyawa juga dan tergedik2 dalam plastik membuat akak terkejut dan tergedik sama... Malu juga kot2 orang kat pasar perasan. Alahai.. macam nilah gaya tukang masak! Tapi demi anak, suami dan diri sendiri yang suka ikan keli, kena lawan juga perasaan tu... Setakat nak masak, takde masalah...
ASAM PEDAS IKAN KELI
Bahan2:
3 ekor ikan keli
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 biji buah pala - tumbuk halus
1 keping asam gelugur
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam
Cara2:
1) Bersihkan ikan. Lumur dengan garam dan kunyit seterusnya digoreng seperti biasa.
2) Kisar bawang merah dan bawang putih. (Kalau nak pekat, elok di kisar/blend bawang)
3) Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau. Masukkan serbuk buah pala dan kacau seketika
4) Tuang air secukupnya dan masukkan asam keping serta garam.
5) Bila dah mendidih, masukkan ikan keli dan biarkan sekejap sebelum matikan api.
No comments:
Post a Comment