Pages

March 18, 2013

Ayam Kicap Untuk Fawwaz


Lauk Fawwaz tengahari tadi. Diilhamkan dari majalah Midi yg cover dia Abby Fana a.k.a Kak Bed. Anak akak si Fawwaz ni boleh rasa lauk tu beli ke atau ummi dia yg masak. Dia akan check dulu kat dapur apa lauk dia sebelum setuju nak makan. Kalau beli tu, selalunya dia tak mau makan. Mati selera. Ummi pulak, kadang2 malas nak spend masa di dapur.  Atau bila dah masak, tak berapa nak suka makan masakan sendiri. Lebih nikmat makan air tangan orang. Jadinya, lauk ni dimasak untuk Fawwaz untuk sekurang-kurangnya 2 hari punya serving dan ummi pulak makan lauk beli atau goreng saja telur. Bila abi ada, baru ummi makan apa yg ummi masak... hahaha! Boleh..??!! Macamana anak tak berkerenah... ummi dia yg macam tu dulu.


Apa2 pun, masak kicap kali ni berlainan sikit dari yang selalu akak masak.. Approved by Fawwaz sebab dia amat berselera makan hari ni. Hari tu kat Langkawi, 2 hari dia tak jamah nasi...


AYAM MASAK KICAP

Bahan2:

1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 batang kayu manis
2 kuntung bunga lawang
3 biji buah pelaga
Kicap secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit gula
1/2 keping asam gelugur (boleh juga guna air asam)
2 sudu kerisik (optional)
Minyak

Bahan tumbuk/kisar

1/2 sudu kecil jintan manis (kasar)
1/2 sudu kecil jintan putih (halus)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Sedikit lada hitam

Cara2:

1)  Bersihkan ayam dan goreng hingga kekuningan
2) Tumis bahan tumbuk sehingga layu. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau
3) Masukkan ayam dan gaul mesra dengan bahan tumis.
4) Tuang kicap, garam, gula dan asam keping. Gaul rata. Masukkan sedikit air jika mahu sedikit berkuah. Siap!


No comments:

Post a Comment