Pages

January 8, 2013

Cekur atau Kencur

Ingatkan kat Bukit Jalil dan kawasan berdekatan je yg memang takda jual cekur ni. Rupanya kat Jitra ni pun takda, walau akak pernah nampak ianya dijadikan ulam di salah sebuah kedai makan kat situ. Dah berapa minggu akak tawaf kat pasar pagi di situ, tetap tak jumpa. Melilau2 mata akak.. hahaha.

Kat pasar pagi Jitra tu memang best. Selain market basah kat atas tu, kat bawah2 ada juga kawasan menjual ulam-ulaman, sayur mayur, ikan pekasam, ikan darat, dan kuih muih dan sarapan yg pelbagai. Tudung, baju pun ada.. Lontong je yg macam takde. Tu sebab semalam akak buat sendiri. Kesimpulannya, memang akak suka pemandangan tu. Kat Sg Besar kampung mak saya pun takda.

Berbalik kisah cekur, akak memang rasa mengidam sangat nak buat masak pecel atau kerabu Jawa style. Cekur yang akak tanam belum cukup besar untuk diguna. Kalau sesapa tak tau itu cekur, meh tengok gambaq ni.. ;)

Gambar ihsan http://agromedia.mardi.gov.my


Nama saintifik cekur ni ialah Kaempferia ariety L. Nama jawa pula ialah KENCUR. Bagi masyarakat Jawa, memang banyak resipi masakannya yang menggunakan cekur ni baik akar atau daunnya. Kebiasaannya akar atau biji akan ditumbuk lumat dan daunnya akan diracik2 halus.

Antara masakan popular yang menggunakan kecur ni ialah masak lemak atau dipanggil PECEL yang biasanya untuk ikan darat seperti keli (lele), ikan talapia, dan lain2. Boleh juga dijadikan campuran untuk ayam atau daging.  Selain itu, ia juga digunakan sebagai perencah kerabu. Sesetengah orang, menjadikan ia sebagai ulam. Penggunaan cekur ini akan menghasilkan suatu rasa dan bau yang istimewa dan lain sedikit dari kebiasaan makanan2 lain.

No comments:

Post a Comment