Minggu ni juga adalah minggu menolak order.. adalah satu dua..Ya ampunnn. Macamanalah nak jadi kaya dan berjaya nehh?? Takpelah, dah bukan rezeki memasing. Hari Isnin lepas, sementara timing nak hantar hubby ke ERL, sempatlah juga saya bakar joconde (almond sponge) untuk buat kek opera. Alhamdulillah, berjaya juga nak bagi cikgu2 Fawwaz rasa kek exclusive tu semalam. Bukan apa, minggu ni penuh dengan cuti. Hari ni (Selasa) dan esok cuti.. Takut2 Jumaat last day nanti Fawwaz mogok.. mana tau kan hihi. Lepas ni dah nak hi hi bye bye je.. Kalau dak kecik ni tak sekolah, maknanya saya pun tak boleh ke mana2. Sebab dia tak suka ikut saya keluar.. boring kot. Kalau ada abi, ke mana je dia OK.
Masa operasi menyelongkar tadi terjumpalah macam2 barang2 nostalgia. Antaranya kad2 ucapan yang saya terima sejak sekolah menengah, ITM, sampailah dah bekerja.. Yang ni saya simpan balik dalam kotak tu. Nak bawa ke mana jua ku pergi hehe..
Nostalgia zaman remaja...
Forward View ni adalah peninggalan sebuah co. yg dah berkubur - Mega TV. Banyak kisah pahit manis saya kat tempat kerja tu walau cuma 2 tahun rasanya. Kat situlah saya mula2 kena serang gastrik sebab stress yang teramat! Huhu... Saya simpan ni sebab ada kisah Lady D ni.. Ada juga keratan2 akhbar untuk beberapa peristiwa gempar yang saya simpan spt runtuhnya Highland Tower, Amerika serang Iraq, angkasawan pertama M'sia pergi ke angkasa, dll. Nanti2 Fawwaz dah besar, boleh tunjuk kat dia.. :)
No comments:
Post a Comment