Pages

February 16, 2012

Apam Nasi a.k.a Apam Salju

 Setelah sekian lama menatap orang membuat apam nasi ni, baru hari ni saya tergerak hati nak mencoba.  Asalnya makcik saya yg minta carikan resipi ni.  Bila dah 'pos' kat anak dara dia, tetiba rasa nak buat juga.  Ikutkan nak buat semalam, tapi macam bz lah pulak kan.. :D

Rupanya senang dan boleh tahan sedap apam ni.  Boleh lawan apam tepung beras omak den!  Nilah dia, emak sediri pakar apam, tapi anak2 sorang pun tak menurun kebolehan tu rasanya.  Tak masuk dalam buku resipi masing2.  Agaknya sebab senang nak makan.. Balik rumah mak je, mesti ada.  Nantilah, 'one fine day' saya berguru dengan mak.  Hari tu dah berguru baulu kemboja... Ni, acu baulu dah balik dari Bahrain, bolehlah minggu depan cuba buat baulu tu...
Resipi apam saya cnp dari yatimemories bertajuk apam salju.   Sebab apa nama salju, saya pun tak pasti.  Yg saya senang nak sebut, apam nasi je lah... Lepas ni tak membazir le lebihan nasi saya.  Kalau sendiri tak makan, boleh panjangkan sedekah kat sapa2.. :)  Tapi macam biasa, resipi kat sini saya guna bahasa sendiri je.. malas nak tengok2 balik..

APAM SALJU (APAM NASI)
Resipi asal: Yatimemories

2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
2 sk yis kering
1 cawan brown sugar (boleh juga nak tukar gula pasir mcm di bawah)
3/4 cawan gula pasir
Pewarna ikut kesukaan
Kelapa parut - untuk yg suka

Cara2:

1)  Kisar (blend) nasi bersama air hingga halus - masukkan air tu sedikit demi sedikit
2)  Bila dah halus, masukkan pula gula dan kisar lagi
3)  Satukan tepung beras, tepung gandum dan yis
4)  Tuang bahan kisar (cecair) tadi ke dalam bekas tepung dan gaul sebati
5)  Perap selama 3 jam
6)  Panaskan kukusan.  Acuan apam pula dilumur dengan minyak (saya guna acu lompang)
7)  Sendukkan adunan ke dalam acu dan kukus selama 15 minit

Kualiti gambar yg tak menarik sebab kurang cahaya... Maklum, yg hilang belum berganti.. :(

4 comments: