Gambar ehsan Noraini Maskam
Menu potluck hari ni ialah set nasi ambeng oleh Tati, mihun s'pore & cucoq udang panas oleh Anie, pecal & cocktail oleh Dr Eus, cupcake ceklat oleh anak bujang Mima dan punten bersama sambal dan rojak buah oleh Harte (akak la tuu... nama zaman sekolah hehe). Boleh tak kembung perut makan? ngeeee.... Lepas makan mandi manda kat sungai yg cantik bersih tu. Opss lupa pulak, ada juga durian fresh dari pokok. Maklum lah, sungai tu kat kawasan dusun. Tak terkata sedapnya durian kampung tu! Tapi takde rakaman gambar dari kamera saya sebab kamera yg ada ni agak nazak. Guna kat rumah kejap2 boleh la...
*************
Sambung balik pagi ni... tak tahan tido dulu :))
Semalam kira pengenalan kepada PUNTEN makanan org jawa ni. Sebenarnya tak semua jawa tau apa punten ni. Kawan2 kat atas tu first time tengok punten walau masing2 ada darah jawa. Pakcik saya pun tak tau punten ni... mungkin sebab masa dia banyak di asrama dan universiti luar negeri. (takpe pakbong.. InsyaAllah nanti saya buatkan... one fine day!). Saya fikir, ada tempat dan daerah tertentu je di Indonesia tu guna term 'punten' ni... sebab makcik pun tak tau.
Bukanlah gempak sangat... Macam nasi impit je. Tapi sebab jarang ada dan orang jawa je buat. Terutama belah Selangor utara.. dari belah Ijok atau K/Selangor ke S/Bernam. Belah Banting dan Klang, ramai yg tak tau. So, inilah resipi dan pasangan punten iaitu sambal kering yg selalunya dari udang kering... tapi semalam saya tukar ke udang geragau, untuk menyenangkan kerja menumbuk... Kuantiti agak2 ye, ikut citarasa...
PUNTEN
Bahan2:
Beras
Santan
Garam secukup rasa
Boleh juga nak letak pandan masa masak tu..
Cara2:
- Basuh dan masak beras dengan santan dan air yang banyak. Macam nak buat bubur tu... Masukkan juga garam secukup rasa. Kalau saya, masak dengan rice cooker sampai suis auto tu naik.. lepas tu alih ke dapur dan sambung masak dengan api sederhana kecil. Kalau rasa kurang air, tambah lagi sampai nasi betul2 hancur. Jangan lupa kacau sekejap2 takut melekat dan hangit
- Bila nasi dah nampak macam bubur, keringkan airnya.. tutup kejap dan api biar kecil.
- Sendukkan ke dalam bekas atau dulang dan rata2 serta ditekan2 macam menekan nasi impit tu. Saya alaskan bekas dengan plastik supaya tak melekat. Sejukkan baru potong.
************
SAMBAL TUMIS UDANG GERAGAU
Bahan2;
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Cili padi ikut suka dan tahap kepedasan cili - biar rasa pedas sikit
1 paket udang geragau - dlm 200g kot (lupa tgk bungkusan tu)
1 sk gula
Garam secukup rasa - letak sikit dulu
1 cwn minyak
Cara2:
- Kisar bawang merah, bawang putih dan cili sampai halus. Kalau nak sedap, tumbuk je..
- Tumis bahan kisar dengan minyak yg mencukupi atau agak banyak supaya cukup garingnya. Masukkan udang yg telah dibasuh. Kacau2 atau ratakan udang dengan perencah. Kadang2 saya letakkan serai yg dititik, kadang tidak...
- Perasakan dengan sedikit gula (tak letak pun takpe) dan garam. Siap!
p/s: Kalau nak yg berkuah sikit, boleh tambahkan air sedikit selepas udang dan bawang betul garing/layu atau sebati rasanya..
Gitulah kisahnya... Alhamdulillah, semua suka... siap boleh tapau lagi. Cuma, tulah... cili kat sini ni banyak manapun kadang tak pedas. Tak macam cili kat Bahrain tu.. (dari Kerala ke mana...). Kalau letak segenggam, mau jadi monyet yg tak ikut amaran si kancil tu...berasap! (hehe.. hanya yg pernah tgk je tau kisah apa ni...).
akak sedap punten ni.. biasanya kita yang duk ijok ni makan dengan sambal ikan bilis @ sambal taun..
ReplyDelete