Pages

November 8, 2011

Red Velvet Cake 2

Entah dah berapa kali buat RV ni.. tapi masih belum memperolehi kesempurnaan walaupun hasilnya tetap sedap.  Apapun tetap nak cerita juga kat sini sebab ianya lagi SEDAAAP!  Kali ni guna tepung superfine dan kejadiannya lebih baik lagi dari selalu.

Kali ni buat untuk hidangan makan2 Hari Raya Aidil Adha yang kami buat hari ni (raya ke-2) untuk rakan2 terdekat di Juffair ni.  Alhamdulillah, sempat juga buat semua2 tu dalam sibuk menghadiri majlis perjumpaan Kelab Malaysia-Bahrain (MCB) pada hari raya pertama pada sebelah pagi dan malam..

KEK RED VELVET

Bahan2:

Bhn A
2 1/2 cawang tepung superfine (kalau takde tepung ni, boleh pakai tepung gandum/kek spt di bawah) *
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk koko

Bhn B
1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula castor
2 biji telur
1 sudu kecil vanilla extract atau 2 sk esen vanilla

Bhn C - alt kpd buttermilk
1 cawan susu
1 sudu besar cuka
2 sudu besar pewarna merah - kehabisan merah, saya campur pink

Bahan D
1 sudu kecil  soda bokarbonat
1 sudu kecil cuka

Cara2:

1)  Satukan bahan A dan ayak sekali
2)  Pukul mentega dan gula sampai sebati dan masukkan telur.  Pukul sampai kembang.
3)  Masukkan pula vanilla extract
4)  Utk bahan C: campurkan susu dan cuka dan biarkan untuk 10-15 minit.  Bila dah membentuk susu masam, masukkan pewarna dan kacau sebati  (kalau ada buttermilk, boleh tukar bahan C ni..)
5)  Masukkan 1/3 bahagian tepung ke dalam adunan dan pukul hingga sebati
6)  Masukkan pula 1/2 dari bahan C - susu/buttermilk dan pukul
7)  Ulangi step 5 dan 6 sampai tepung habis.
8)  Campurkan cuka dan soda bikarbonat sampai berbuih (dlm bekas lain).  Cepat2 masukkan ke dalam adunan dan kacau secara kaup balik menggunakan spatula
9)  Bakar dengan suhu 170C selama 50 minit atau sehingga tak melekat bila dicucuk tghnya..
10)  Sejukkan kek dan boleh di lapis dan salut dengan cheese cream (spt di bawah).  Boleh juga guna buttercream, tapi cream cheese lagi sedap!

Nota tambahan:
- Masa nak bakar, boleh bahagikan adunan kepada 2 dan bakar selama 20-30 min (ikut saiz loyang dan oven masing2).  Ini untuk memudahkan deko layer kek tu nanti, tak perlu nak belah2.
- Kalau nak bakar sekali, pastikan tak tebal sangat, takut jadi 'gunung berapi' (merekah).  Bakar seperti step 9.  Bila dah sejuk, baru belah ditengah2nya untuk disapu cream cheese.


Sebelum dan selepas frosting


CREAM CHEESE FROSTING 
500g cream cheese (atau 2 buku) - saya guna sekadar <>350g
1/2 cawan mentega
1 sudu kecil vanilla extract
1 cawan gula ising
1 sudu besar jus lemon

Cara2:

  • Pukul cream cheese dan mentega sampai putih dan gebu
  • Masukkan bahan2 lain dan putar lagi sampai kembang
  • Sapu dan hiaskan pada kek mengikut citarasa 


TEPUNG KEK : 1 cwn tepung kek = 2 sb tepung jagung, masuk ke dlm cawan dan selebihnya masukkan tepung gandum/all purpose dlm cwn tersebut.  Ayak sebanyak 3 kali.

Nota:  Kuantiti pewarna merah adalah mengikut jenama.  Kalau dari kedai bakeri yg bertulis Bright Red yg agak pekat, gunakan terus 1 botol (selalunya dalam 2 sudu besar).

No comments:

Post a Comment