Pages

October 14, 2011

Tepung Bungkus Roti


Pagi ni nekad membungkus dan mengukus kuih ni.. walau en abe dah order nasi lemak untuk sarapan.  Takpe, dalam pukul 7, semua kira dah siap...kuih dan set nasi lemak. Hari ni hari groceries.  By pukul 9 dah kena menolak trolley sebab kena balik cepat... zohor awal.  Harini kan hari Jumaat..

Resipi ni saya dapat dari makcik yg saya panggil 'kakak' sedari kecik.  Masa pergi sama2 ke rumah pakcik yg sakit haritu, dia bawak kuih ni... tapi guna roti high fiber.  Pagi ni saya buat guna roti biasa.. mmmm memang sedap dan senang!  Yang ni sukatan saya sendiri.. makcik haritu cuma cerita camna nak buat je hehe..

Masa tengah panas2 suam... terlihat akan kelembikannya

Ni pulak lepas keluar peti... padat sikit
Bahan2 (8 biji) :

5 keping roti putih - potong/siat kecik2
2 cawan santan
3 sudu besar gula
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya

Cara2:

1)  Masak santan bersama gula dan garam sampai mendidih.  Angkat.
2)  Masukkan roti yg disiat ke dalam mangkuk atau bekas.  Siram dengan santan tadi sampai menyerap semua.  Kalau santan masih berlebih, boleh je nak tambah roti lagi...
3)  Bila roti dah agak sejuk (supaya senang nak bungkus), sudukan ke atas daun dan bungkus.  Saya bungkus macam tapai tu dan kemaskan dengan stapler je.  Ikutlah nak saiz besar mana ye!
4)  Panaskan kukusan... bila dah mendidih, kukus roti tadi dalam 15 minit.  Boleh makan bila dah sejuk atau suam (bila tak sabor.. hehe).  Masuk dulu kat peti sejuk lagi sedap dan nyaman...

2 comments:

  1. menarek nye siti...

    mcm puding roti jugak ke?

    ReplyDelete
  2. yup.. macam puding ke, bingkang roti.. versi kukus. Sangat mudah, boleh main agak2 je buatnya asal roti meresap habis..

    ReplyDelete