Balik ni bawa tempe 2 keping je.. yg besar, bungkus dalam plastik tu. Yg sekeping saya potong 2, goreng ala2 dan masuk freezer.. Nak buatkan lontong di suatu pagi nanti.. Hat yang sekeping tu, dah selamat jadi sambal goreng jawa a.k.a sambel goreng malam tadi.
Bahan2:
1 cekak kacang buncis - hiris ikut suka
1 keping tempe saiz besar - potong dadu dan goreng
1 keping fucuk - goreng dan patah2kan
1 cekak suhun - rendam
1 biji kentang - potong kecil2 dan goreng (kalini saya tak letak)
1/2 labu bawang besar (atau beberapa ulas bawang merah) - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci lengkuas - hiris
1 batang cili merah - hiris
Sejemput bilis - tumbuk ala2 je
1/2 inci belacan - hancurkan
Air asam - secukup rasa
1 cawan santan - kadang2 saya tukar dengan susu segar
Garam & gula secukup rasa (masakan ni perlu lebihkan manis mcm masak kicap)
Kicap manis
Serbuk perasa (opt)
Sedikit air
Minyak utk menumis
Lain2 bhn kalau nak letak - tauhu (goreng dulu), pedal, hati, dll
Cara2:
1) Tumis bawang dan lengkuas sampai layu. Masukkan bilis dan belacan, kacau2..
2) Masukkan santan, kicap, air asam dan perisa.. biarkan sampai mendidih.
3) Masukkan buncis. Bila dah nak layu masukkan bahan2 lain iaitu tempe, cili, fucuk, kentang dan suhun.
4) Gaul sebati dan angkat bila dah menjadi kering (suhun tu akan menyerap air). Kalau perlu atan nak yg berkuah sikit, tambah je air.. :)
p/s : enak dimakan dengan nasi ambeng.. tapi kena ada serunding, ayam semur, mee goreng dan rempeyek..
Ada banyak resipi, cara dan rasa sambal goreng jawa ni.. Kalau ke majlis perkahwinan orang jawa, terutama yg di kampung, selalu jumpa sajian tradisi orang2 jawa ni.. Resipi ni pun dah kira siaran ulangan je.. Ini adalah rupa sambal goreng di kariah kami kat kg.. jarang jumpa kat mana2 walau satu daerah..
Bahan2:
1 cekak kacang buncis - hiris ikut suka
1 keping tempe saiz besar - potong dadu dan goreng
1 keping fucuk - goreng dan patah2kan
1 cekak suhun - rendam
1 biji kentang - potong kecil2 dan goreng (kalini saya tak letak)
1/2 labu bawang besar (atau beberapa ulas bawang merah) - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci lengkuas - hiris
1 batang cili merah - hiris
Sejemput bilis - tumbuk ala2 je
1/2 inci belacan - hancurkan
Air asam - secukup rasa
1 cawan santan - kadang2 saya tukar dengan susu segar
Garam & gula secukup rasa (masakan ni perlu lebihkan manis mcm masak kicap)
Kicap manis
Serbuk perasa (opt)
Sedikit air
Minyak utk menumis
Lain2 bhn kalau nak letak - tauhu (goreng dulu), pedal, hati, dll
Cara2:
1) Tumis bawang dan lengkuas sampai layu. Masukkan bilis dan belacan, kacau2..
2) Masukkan santan, kicap, air asam dan perisa.. biarkan sampai mendidih.
3) Masukkan buncis. Bila dah nak layu masukkan bahan2 lain iaitu tempe, cili, fucuk, kentang dan suhun.
4) Gaul sebati dan angkat bila dah menjadi kering (suhun tu akan menyerap air). Kalau perlu atan nak yg berkuah sikit, tambah je air.. :)
p/s : enak dimakan dengan nasi ambeng.. tapi kena ada serunding, ayam semur, mee goreng dan rempeyek..
siti resepi ni sama ngn org parit 1 timur..tgok nazuwa buat..terus jer jd menu mlm td..mmg sedp..ratah mcm tu je
ReplyDeleteSue.. ye ke? makanan kebanggaan org jawa kan.. Selalu kalau makan kat kenduri kawin, asyik jumpa yg putih pucat atau merah tu.. tu yg claim "jumpa kat kariah kami je" yg 'ireng' ni... hehehh!
ReplyDelete