Pages

October 26, 2011

Kari Ikan ala Pantai Timur

Saya memang menyukai nasi dagang.. Tak kira Kelantan punya atau Terengganu.. Ditambah dengan kari atau gulai ikan tongkol yg lain sikit dari kari kita di belah Barat ni. Tapi tak pernah nak mencuba membuat sendiri :)

Kelmarin tiba2 teringin...tapi sejak balik ke sini belum pernah masuk fish market lagi nak beli tuna. Setakat ikan kembung adalah... Takpelah, ikan kembung pun jadilah! Masa raya haritu ada bertanya kat makcik camna nak buat, tapi lupa2 sikit... Macamanapun adalah rasanya tu.. Nasi dagang je takde. Adoi... Mengidam nasi dagang la pulak!!! Isk isk..

Bahan2:

2 ekor ikan kembung
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci lengkuas - ketuk
1-2 sudu cili kisar
1/2 sk jintan manis (kasar) - tumbuk halus
2 sudu rempah kari ikan
1/2 biji tomato
Sedikit gula merah
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
Santan secukupnya - agak2 tenggelam ikan
Minyak untuk menumis

Cara2:

1)  Tumis bahan kisar (termasuk cili), lengkuas dan tomato hingga naik bau.
2)  Masukkan pula rempah kari.. bila dah sebati dan kemerahan.. masukkan jintan manis - kacau sekejap, jgn sampai hangus.. :)  Saya tambah sedikit air waktu ni...
3)  Masukkan ikan, balik2kan kejap diikuti santan (saya guna susu segar).  Biarkan hingga mendidih.. Tambah garam, asam keping dan sedikit gula merah (pastikan tak manis sangat..)
4)  Bila dah pekat dan pecah minyak sikit, bolehla angkat...


No comments:

Post a Comment