Lulang? Apa tu ekk..? Hehehh.. lulang ialah kulit lembu yang telah melalui beberapa proses pembersihan sebelum boleh dimakan. Masa akak kecik2 dulu selalu lah tengok pembuatannya.. Mula2 kulit lembu yg lepas dilapah tu dijemur sampai kering (macam keropok) dan tak berbau. Lepas tu dibakar sampai kehitaman... dikikis bulu2nya sampai betul2 tinggal lapisan kulit je. Kemudian direndam, basuh dan rebus... baru boleh masak dengan pelbagai resipi. Rumit kan? Tapi saya tak reti nak memakannya... tompang seronok je, sebab ini makanan kesukaan kebanyakan masyarakat Jawa di mana2 pun. Kawan lulang ni ialah "babat" atau perut lembu.. pun saya tak reti makan..huhu!
OKlah.. sambal taun ni memang makanan kebanggaan orang2 Jawa. Kami pun setiap hari raya membuatnya sebab banyak permintaan dan sentiasa tak cukup. Kalau kenduri kawin pun selalu ada menu ni. Tahun ni buat lebih dari selalu.. 3kg isi kerang + 1-2kg lulang.. Lulang kalini senang je, sebab dah jual siap2 kat market, tinggal masak je. Sekilo dalam RM6 je, murah! Rupanya cam kat bawah ni...
Sambal taun yang ni baru masak, sehari sebelum raya... so, kuah nampak banyak dan cair... belum betul2 menyengat. Bila dah masuk pagi raya dan dipanaskan semula, baru sebati rasanya. Versi kami pulak yg tak berapa pedas sebab ramai yg tak tahan pedas... Ada sedara yg kuat pedas tu, mau berasap telinga masa mula2 makan dorang punya... Untuk seperiuk selalunya tak kurang dari RM6 cilinya...
Bahan2 (anggaran je, terpulang kpd citarasa masing2) :
3 kg kerang rebus - ambil isi sahaja
1 kg lulang (kulit lembu)
1 cawan lengkuas - yg dipotong nipis (atau potong macam mancis) *
20 ulas bawang merah - hiris *
5-10 ulas bawang putih - hiris *
1 mangkuk cili padi - ikut citarasa, selalunya orang letak banyak2.. (cuma buang tangkainya)
1 inci belacan - hancurkan
Garam
2 keping asam gelugur
Santan pekat (saya guna sekotak besar santan segera + sedikit air agak2 tenggelam semua isinya)
Minyak untuk menumis
Cara2:
1) Tumis lengkuas dan bawang sampai layu... * lengkuas & bawang tu boleh seimbangkan ikut kuantiti bahan utama (kerang) tu.. tp lagi sedap kalau banyak
2) Bila dah layu, masukkan belacan dan cili... Cili tu bulat2 je masukkan. Kacau2 kejap sampai naik bau dan masukkan kerang dan kulit lembu. Goreng seketika hingga agak kecut
3) Masukkan santan, asam dan garam... Biarkan sampai mendidih agak lama dan santan semakin pekat. Kacau2 sikit, jangan sampai pecah minyak.
4) Nak lagi feel, masak awal2 dan perangatkan dulu sampai cili2 pecah, baru makan dengan nasi atau ketupat... hehehe
sambal taun memang kebanggaan kite wong jowo neh..
ReplyDeleteraya mesti ade..tak cukup2...menambah2..
Mummy Miqhael... harusss!! Buatlah pedas macamana, tak pernah tak habis.. haha!
ReplyDeletelagi pedas lagi terangkat....nak nak tunggu dah 2 ke 3 ari....lagi sedap
ReplyDeletebiasenye tak kan nye sampai 3 hari...kejap je hidang dah abes...
wuuhhh...ngences dah ni...