Pages

June 20, 2011

Pizza

Kebelakangan ni Fawwaz suka sangat dengan pizza.. walau makannya tak seberapa.  Tapi boleh dikatakan banyak juga portion dia boleh habiskan sekali makan berbanding dengan nasi.  Semalam akak buat pizza ala2 je.. hehh! Dah pasti topping dia akan ditolak ketepi sebelum makan.  Tapi mesti nak berupa pizza.. apakah?

Takpe takpe... bukan susah pun nak buat.  Ni adalah cara nak buat doh roti pizza yg sonang!

Bahan2:

200 g tepung roti (saya guna all purpose flour je)
1 sk yis kering
1 sudu gula
1 sudu mentega (boleh juga tukar dengan minyak zaitun)
Sedikit garam
125ml air 
- kalau nak tambah sedikit shortening pun boleh... ada takpa, takda pun takpa... :)

Topping:
Mozarella cheese (boleh juga guna yg bercampur2 dgn parmesan tu..)
Sos tomato/cili/tomato puree - ikut citarasa
Mayonese
Sayur campur/sosej/tuna/ayam/mushroom/tomato dll - apa2 pun boleh kalau suka :D


 Letak tomato segar  & inti daging (inti daging cincang yg telah disejukbeku.  Resipinya nak kena selak2 dulu entri sebelum ni - inti tortilla) 

Cara2:

1)  Gaulkan kesemua bahan kering dab tuang air.  Uli sampai lembut dan halus
2)  Bentukkan bulat dan tutup dengan kain lembab dan biarkan selama lebih kurang 45 min
3)  Canai doh ikut tebal yg digemari.  Boleh juga dibahagikan kepada beberapa bahagian dulu sebelum dicanai.  Cucuk2 doh tersebut dengan garpu..
4)  Bakar dalam oven bersuhu 200C selama 10 min
5)  Keluarkan roti dan sapu permukaannya dengan mayonnese diikuti sos
6)  Taburkan dengan sayur atau apa2 inti kesukaan dan akhir sekali tabur dengan keju mozarella
7)  Bakar lagi selama 10 min dengan suhu 200C 



1 comment:

  1. Hye ..yang ini kita pakai ai tgn sendiri .. kalau kita tunjuk cara buat pizza ala bujang kat sini boleh ? Ia dipanggil Paratha Pizza Kebab

    Selamat menjamu selera ye

    ReplyDelete