Pages

June 18, 2011

Blended Orange Kek


Ada sebijik oren tergolek2 atas kabinet dapur tu.. entah zaman bila punya.  Bila buka, isinya pun dah kering.. hehe!  Dah lama juga nampak beberapa blogger tayang kek oren ni.. Kat MYR berderet2 orang dah buat.. Sesapa nak tengok, pergi ke myresipi.com.. pastu search nama kek ni dan click yg K.FIDA punya... perghh!  Memang le ramai peminat resipi k.fida ni.. siapa ada gambar steps dia..

Maka untuk tidak membazirkan oren kering tu, kita pun ikut2 la resipi k.fida tu.. senang sangat.  Main blend je.. Cuma ending tu laa... ingat nak salut kek dengan cheese cream, rupanya yg ada kat fridge tu cheddar cream cheese (beli 3 bulan lepas b4 balik ke M'sia).. mcm tak kena je!  Makan ngan sandwich boleh la... Confident je cheese cream biasa.. tukar pakai buttercream pulak >_<

sedap!


Sumber: myresipi.com (k.fida)
Bahan2:

1 biji buah limau (saya guna oren sunkist)
1 cawan minyak (saya guna sunflower oil)
2 cawan gula halus (saya guna gula pasir biasa, 1 1/2 cawan)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum (saya guna all purpose flour) *
1 sb baking powder *
Saya tambah 1 sk orange essence


Cara2:

1)  Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus. (saya parut kulit oren tu dulu dan ambil isi oren, baru masukkan ke dalam blender)

2) Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.


3)  Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris (alas dengan kertas baking, atau kalau dah takde, A4 paper pun boleh je...)


4)  Bakar pada suhu 170C ikut oven masing2 ye, selama 40 min hingga 1 jam... 


Tips:  
a)  Kalau kek macam nak merekah, kurangkan suhu kepada 150C dan guna api bawah je... pastikan acuan kek berada betul2 di tengah oven... kekadang saya sendiri pun tak faham oven ni, kejap2 tukar mood  :|
b)  Boleh juga selepas 1/2 jam, kurangkan suhu utk mengatasi masalah kek merekah


 "HAPPY FATHER'S DAY MY DEAR ABE & BELATED BIRTHDAY MY DEAR SON!"
Masih belum dapat skill dan passion nak men'deco' kek... nak kena cari guru dulu kott!!!  hehehe... Dahle time ni nak kejar waktu tidur Fawwaz... :D

No comments:

Post a Comment