Pages

April 11, 2011

Eggs Are The Real Things...

Terasa macam dah lama tak baca suratkhabar secara fizikal.. tapi sebenarnya baru semalam dan hari ni.  Hari ni pun gayanya macam tak keluar ke mana2.. sebab puasa dan tak habis2 dengan mood fawwaz yg tingtong tu.  Saya memang rasa letih mental ni.. Terfikir hebatnya ibu2 tunggal yg beranak ramai tu.. Aku anak sorang, nak demam la, stress la, pening laa... hahaha!

So, bila duduk depan lappy ni dia OK je main2 sendiri.  Saya pun browse berita sana-sini.  Agak gembira baca the Star pasal telur pelesu yg galak diperkatakan kebalakangan ni.  Saya pun taklah bulat2 terima dan ban telur dalam dapur saya.  Masih gembira ber'baking' dan mendadar telur.  Sebab saya yakin dengan telur2 yg saya beli, yg harganya bukanlah murah sgt tapi kira murahlah dari telur2 di Bahrain.  Kalau telur omega atau tanpa antibiotik, kat M'sia ni paling mahal RM4.60 utk 12 butir, kat Bahrain 6 butir berharga mencecah lebih BD1 atau lebih RM8.  Telur biasa pulak paling murah 320 fils utk 6 butir... malas pula nak cari converter :))

So, berita hari ni menyebut "Eggs are the real things" kata menteri kesihatan.  Maksudnya "genuine"... lagi pulak kita tak impot dari China yg rakyatnya sangat genius mencipta pelbagai perkara termasuk makanan yg penuh pencemaran dan makanan palsu.  Kalau tak ramai bijak pandai, idakle kita disuruh menuntut sampai negeri china...huhu!  Sebaliknya kita pula yg mengeksport telur keluar... Ada ke rakyat kita yg genius mencipta telur nih??  Harus dapat anugerah inovasi dari MOSTI..:)

OK lah... jaangan risau banyak.  Sikit2 takpe... kalau nak kurang risau, beli yg ada brand dan boleh dipercayai... Bukan beli handbag dan baju je nak pakai branded, telur pun sama...kehkeh!  Till then, adios!! Sat gi nak buat telur kicap utk cikmat yg kuat merempan nih... bagi dia gemuk dan comel lote..

No comments:

Post a Comment