Pages

March 28, 2011

Dulce De Leche



Hati tengah syahdu... tiba2 terkenang hubby yg mungkin kala ni baru je landing kat bumi arab yg tengah bergolak tu..  Selalu takle rasa macam ni.  Tapi petang tadi bila tengok Fawwaz tidur tergolek atas comforter depan TV, rasa macam kesian pulak.  2-3 hari lepas dia sangat gembira dan manja terlebih dengan kehadiran abi nya.. sampai pening saya dan nak marah je, sebab banyak betul kerenah si kecik tu.  Abi cakap terkuat suara pun dia boleh merajuk ingat marahkan dia... mmmmm.  Sayalah juga yg kena handle..

So, utk mengurangkan perasaan tu, ke dapurlah.. dapur comel ku itu!  Mula2 buat dulce de leche.. sambil tu buat apam dot2.  Ingat nak buat secara rebus sekali tong susu macam org lain buat.. tapi periuk tak cukup besar, tak terendam kesemuanya.  Malas nak korek kat stor!  Buatle method oven.. senang juga.  Saya tanya google, cari cara paling mudah.  Lepas tu nak cerita juga... apam dot2 ku cuma 3 yg menjadi.  Yg lain mekar sebab baking powder biasa abis, guna yg double action.  Dahtu lupa nak men'dot2'... dah tinggal 4 ketul nak kukus baru perasan.. adohhh!  Memang jiwa kacau aku petang nih!!!


the best match... yg ni balance macaron yg rosak semalam.. jaaadilah nak buat posing jer :D



OK lah.. tgk camna saya buat dulce de leche nih..

Bahan:

1 tin susu pekat manis - saya guna jenis F&N
Bekas baking kaca

Cara2:

1)  Buka tin susu dan keluarkan isinya ke dalam mangkuk atau bekas kaca tahan panas (boleh masuk oven).  Tutup rapat dengan aluminium foil.
2)  Panaskan ketuhar (preheat) dahulu dengan kepanasan 210-220C
3)  Masukkan bekas berisi susu dengan kaedah seperti 'bain marie" iaitu dialas dengan bekas lain yang berisi air panas (sama paras dengan susu)
4)  Bakar selama lebih kurang 1 1/2 - 2 jam.. selalu check air, jangan sampai kering
5)  Keluarkan bekas susu dan kacau sebati dulce de leche tersebut.. Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk..


Yang ni nak enter frame je... hehe

No comments:

Post a Comment